Wilayah Kanagawa

Wilayah Kanagawa (神奈川県)
Peta Jepun dengan ditunjukkan Kanagawa
Ibu wilayah Yokohama
Kantō
Pulau Honshū
Gabenor Shigefumi Matsuzawa
Keluasan 2,415.42 km² (ke-43)
 - % air 2.3%
Penduduk  (1 Januari 2009)
 - Populasi 8,965,000 (ke-2)
 - Kepadatan penduduk 3,711.6 /km²
Daerah 6
34
JP-14
Laman rasmi www.pref.kanagawa.jp/
Lambang Wilayah
 - Bunga Bunga Bakung Bersinar Emas (Lilium auratum)
 - Pokok Ginkgo (Ginkgo biloba)
 - Burung Burung Camar Biasa (Larus canus)
Lambang Wilayah Kanagawa
Lambang Wilayah Kanagawa
Cetakan asal Ombak Raksasa di Kanagawa (神奈川沖浪裏 Kanagawa-oki nami-ura ?)
"Kanagawa" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Kanagawa (nyahkekaburan).

Wilayah Kanagawa (神奈川県 Kanagawa-ken ?) ialah sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan kawasan Kantō di Honshū, Jepun. Ibu kotanya ialah Yokohama. Kanagawa tergolong dalam kawasan metropolitan Tokyo Raya.

Geografi

Kanagawa ialah sebuah wilayah agak kecil yang terletak di sudut tenggara Dataran Kantō [1], tersepit di antara Tokyo di utara, tapak Gunung Fuji di barat laut, dan Teluk Sagami [1] dan Teluk Tokyo di selatan dan timur. Bahagian timur wilayah ini pula agak rata dan padat dengan pembandaran, termasuklah bandaraya-bandaryaa pelabuhan yang besar iaitu Yokohama dan Kawasaki.

Kawasan tenggara berhampiran Semenanjung Miura kurang bandarnya, dengan kota lama Kamakura yang menarik para pelancong ke kuil-kuilnya. Bahagian barat yang bersempadan dengan wilayah-wilayah Yamanashi dan Shizuoka di barat, [2] lebih bergunung-ganang dan merangkumi kawasan-kawasan percutian seperti Odawara dan Hakone. Kawasan yang terbentang 80 km dari barat ke timur dan 60 km dari utara ke selatan, mengisi tanah seluas 2,400 km persegi, ataupun 0.64 % daripada jumlah keluasan Jepun. [2]

Topografi

Secara topografi, Wilayah Kanagawa terdiri daripada tiga kawasan berbeza. Kawasan barat yang bergunung-ganang bercirikan Banjaran Gunung Tanzawa dan Gunung Berapi Hakone. Kawasan timur yang berbukit-bukau pula bercirikan Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura. Kawasan tengah pula yang mengelilingi Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura, terdiri daripada teres sungai rata dan tanah pamah di sekitar sungai-sungai terbesar termasuk Sungai Sagami, Sungai Sakai, Sungai Tsurumi, dan Sungai Tama. [2]

Sungai Tama membentuk kebanyakan sempadan antara Kanagawa dan Tokyo. Sungai Sagami mengalir melalui tengah-tengah wilayah. Di kawasan barat, Sungai Sakawa melalui Tanah Pamah Sakawa, di antara Gunung Berapi Hakone di barat dan Perbukitan Ōiso di timur, dan mengalir ke Teluk Sagami. [1]

Peta Wilayah Kanagawa.

Bandaraya

  • Atsugi
  • Ayase
  • Chigasaki
  • Ebina
  • Fujisawa
  • Hadano
  • Hiratsuka
  • Isehara
  • Kamakura
  • Kawasaki
    • Kawasaki terbahagi kepada 7 wad (ku):
    • Asao-ku
    • Kawasaki-ku
    • Miyamae-ku
    • Nakahara-ku
    • Saiwai-ku
    • Takatsu-ku
    • Tama-ku
  • Minamiashigara
  • Miura
  • Odawara
  • Sagamihara
    • Sagamihara terbahagi kepada 3 wad (ku):
    • Chūō-ku
    • Midori-ku
    • Minami-ku
  • Yamato
  • Yokohama (capital)
    • Yokohama terbahagi kepada 18 wad (ku):
    • Aoba-ku
    • Asahi-ku
    • Hodogaya-ku
    • Isogo-ku
    • Izumi-ku
    • Kanagawa-ku
    • Kanazawa-ku
    • Kōhoku-ku
    • Kōnan-ku
    • Midori-ku
    • Minami-ku
    • Naka-ku
    • Nishi-ku
    • Sakae-ku
    • Seya-ku
    • Totsuka-ku
    • Tsuzuki-ku
    • Tsurumi-ku
  • Yokosuka
  • Zama
  • Zushi
Prefectural office of Kanagawa

Bandar dan kampung

Bahasa lain
azərbaycanca: Kanaqava prefekturası
Bahasa Indonesia: Prefektur Kanagawa
Bân-lâm-gú: Kanagawa-koān
беларуская: Канагава
Cebuano: Kanagawa-ken
한국어: 가나가와 현
Kiswahili: Mkoa wa Kanagawa
मराठी: कनागावा
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Kanagawa-gâing
монгол: Канагава
日本語: 神奈川県
português: Kanagawa
Qaraqalpaqsha: Kanagabа (prefektura)
русский: Канагава
davvisámegiella: Kanagawa prefektuvra
Simple English: Kanagawa Prefecture
srpskohrvatski / српскохрватски: Prefektura Kanagava
Tiếng Việt: Kanagawa
Türkçe: Kanagawa ili
文言: 神奈川縣
吴语: 神奈川县
粵語: 神奈川縣
中文: 神奈川縣