Wikipedia:Rencana tunas


Rencana tunas merupakan rencana-rencana Wikipedia yang masih belum menerima perhatian yang cukup banyak daripada penyunting-penyunting, dan oleh itu, tidak mengandungi maklumat yang mencukupi untuk dianggap sebagai rencana yang benar. Dengan kata yang lain, rencana-rencana ini merupakan maklumat yang pendek atau tidak cukup, dan memerlukan penambahan-penambahan untuk meningkatkan kebergunaan Wikipedia. Komuniti Wikipedia menghargai rencana tunas sebagai langkah-langkah pertama yang berguna untuk mencapai rencana-rencana yang lengkap. Sesiapa pun boleh melengkapi rencana-rencana tunas itu.

Matlamat untuk rencana ini adalah untuk menyediakan suatu panduan am untuk mengendalikan rencana-rencana tunas. Para pengguna disyorkan membaca bahagian Maklumat Penting yang terdiri daripada separuh rencana ini. Bahagian Maklumat Tambahan mengandungi data yang mungkin menarik minat hanya pengguna-pengguna yang lebih mahir, dan oleh itu, tidak wajib.

Maklumat penting

Sebuah rencana tunas ialah sebuah rencana yang terlalu pendek, tetapi tidak pendek sehingga tidak berguna. Secara amnya, rencana tunas harus mempunyai panjang yang cukup untuk mentakrifkan tajuk rencana, dan biasanya merupakan tiga sehingga sepuluh patah ayat yang pendek. Perhatikan bahawa rencana yang lebih panjang bagi topik yang rumit mungkin masih dianggap sebagai rencana tunas; sebaliknya, sebuah rencana pendek mengenai topik yang amat sempit ruang lingkupnya mungkin bukannya rencana tunas.

Cara yang lain untuk mentakrifkan sebuah rencana tunas ialah rencana itu tidak cukup lengkap sehingga seorang penyunting yang tidak mengetahui banyak atau langsung tidak tahu tentang topik itu boleh memperbaik kandungnya selepas carian Web yang pantas atau selepas beberapa minit di dalam perpustakaan. Sebuah rencana yang boleh diperbaik hanya oleh seorang penyunting yang berpengetahuan, atau selepas penyelidikan yang mendalam, tidak dipanggil sebagai rencana tunas.

Rencana-rencana panjang yang tidak mempunyai wikifikasi (format Wikipedia) atau salinan suntingan (iaitu pengemaskinian oleh penyunting lain) biasanya tidak dianggap sebagai rencana tunas. Kaedah yang biasa ialah untuk memasukkan teg pengemaskinian kepada rencana itu. Perhatikan bahawa rencana-rencana pendek yang tidak mempunyai banyak maklumat mungkin akan dicalonkan untuk penghapusan atau untuk penggabungan dengan rencana lain yang berkaitan. Wikipedia bukan sebuah kamus, tetapi mempunyai projek kembar, iaitu Wiktionary. Jika rencana anda terlalu pendek, pertimbangkanlah pengalihannya ke Wiktionary atau, lebih baik, tambahkanlah lebih banyak maklumat untuk rencana anda.

Membuang status tunas

Selepas sebuah rencana tunas telah dikembangkan dengan betul dan menjadi rencana yang benar berbanding hanya sebuah rencana tunas, anda atau mana-mana satu penyunting boleh mengeluarkan teg rencana tunas daripada rencana itu. Tindakan penyelia atau keizinan rasmi tidak diperlukan.

Pengkategorian tunas

Selepas menulis atau selepas mencapai rencana yang pendek, seseorang penyunting harus memasukkan apa yang dipanggil templat tunas yang memungkinkan rencana itu ditandai sebagai rencana tunas. Menurut kelaziman, templat rencana tunas itu harus diletakkan di bawah rencana. Oleh sebab pengenalpastian rencana tunas dipaparkan dalam halaman rencana sebelum butir-butir seperti kategori dan pautan antara bahasa Wiki, templat itu biasa diletakkan pada akhir rencana, selepas bahagian Pautan luar (jika ada), dan sebelum kategori.

Templat rencana tunas terdiri daripada dua bahagian yang berbeza:

  • satu pesanan ringkas yang menyatakan bahawa rencana itu merupakan sebuah rencana tunas bagi sesuatu jenis yang tertentu, dan menggalakkan penyunting untuk mengembangkannya;
  • pautan kategori yang meletakkan rencana ke dalam kategori rencana tunas, bersama-sama dengan rencana-rencana tunas lain yang berkenaan dengan perkara yang sama.

Keperluan untuk kategori-kategori rencana tunas tertimbul apabila kategori rencana tunas utama — . (Lihat Wikipedia:Teks penyimpan perenggan untuk maklumat lanjut.)

  • Maklumkan orang yang biasa bahawa terdapat rencana yang perlu diperbaiki dengan meletakkan pautan kepada Wikipedia:Cari dan baiki tunas dalam tunas rencana anda. Ramai penyumbang meronda laman Perubahan Terkini, tetapi jika tunas anda terkeluar tanpa menarik sebarang sumbangan, amat penting untuk mempunyai tanda yang lebih kekal bahawa lebih kerja diperlukan.
  • Ikuti standard Bahasa Melayu baku. Tulis dalam ayat penuh yang jelas.
  • Berikan istilah tepat dan jelas, atau gambarkan topik anda. Elakkan salah anggapan istilah (bahasa Inggeris: "fallacies of definition"). Untuk riwayat hidup dan rencana mengenai bukan konsep (seperti, mengenai negara dan bandar), pentakrifan adalah mustahil, jadi mulakan dengan gambaran jelas, membantu, berinformasi mengenai subjek. Contohnya, sila nyatakan apakah yang menjadikan seseorang popular, di dimana letaknya sesebuah tempat, perkara asas tentang sesebuah kejadian dan bilakah ianya berlaku. Sebuah definisi dan penerangan yang baik akan memberikan dorongan untuk seseorang memberikan sumbangan terhadap artikel tersebut jika diberikan had artikel tersebut yang secara tidak langsung memberitahu pengedit akan perkara yang perlu dilakukan. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973 merupakan penerangan yang memuaskan.
  • Cuba beri lebih daripada hanya maksud, walaupun hanya sedikit. Tidak mengapa jika ia mungkin merangsang kemarahan, asalkan anda cuba mengamalkan (sudut pandangan berkecuali) dan ia agak tepat. Apa yang menarik dan penting tentang topik itu? Jika pendahuluan anda berjaya menarik minat pembaca untuk terus membaca, mungkin ia akan menarik minat seseorang untuk menambah maklumat baru. Hanya satu ayat tambahan boleh menukar definisi yang bagus kepada tunas yang berguna. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam penggulingan beliau. Dengan pendahuluan seperti itu, anda tidak perlu tahu apa-apa lagi; orang ramai akan berebut-rebut untuk menambah maklumat yang lebih mendalam.
  • Pastikan bahawa sebarang perkataan berkait yang boleh dikaitkan telah dipautkan. Tetapi anda harus berhati-hati tentang perkataan yang digunakan untuk pautan; sila lihat kelaziman penamaan. Umpamanya, Salvador Allende ialah Presiden Chile dari 1970 hingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam rampasan kuasa yang menggulingkannya.
  • Serahkanlah rencana anda dengan ulasan ringkasan yang akan menarik perhatian pengguna lain terhadap rencana tunas anda. Sekurang-kurangnya, gunting-dan-tampal bahan-bahan rencana tunas anda dalam kotak ringkasan ketika anda menyimpan rencana anda.
  • Bertanggungjawablah sedikit tentang rencana tunas anda. Terdapat garis yang halus antara membantu dengan menggariskan apa yang perlu dibuat, dan menjengkelkan pengguna lain kerana sendiri tidak membuat apa-apa. Jika tiada pengguna menyumbang kepada rencana tunas anda selepas beberapa minggu, gulunglah lengan baju anda dan mengembangkan rencana tunas anda sendiri. Pandangkanlah fakta bahawa tiadanya pengguna lain yang menyumbang sebagai bayangan bahawa rencana tunas anda mungkin tidak begitu unggul, dan cubalah membuatnya supaya lebih baik.
  • Adalah mungkin bahawa anda dapat mengikut garis-garis panduan ini tanpa memerlukan anda menulis sebuah karangan. Secara amnya bagi rencana tunas sempurna, dua patah ayat adalah mencukupi — asalkan kedua-dua ayat itu adalah ayat yang benar-benar baik. Dan jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik itu untuk menulis dua patah ayat yang baik, janganlah menulis rencana tunas itu. Masa tambahan dan penumpuan yang diperlukan mungkin lebih baik digunakan untuk perkara lain, berbanding mencipta sebuah rencana statik yang menjadi objek untuk dipersendakan.

    Diakui, panduan ini agak tidak berkait kerana walau apapun yang anda lakukan, seseorang akan memperbaiki rencana itu untuk anda. Itulah kelebihan wiki! Tetapi jika anda mahu menyumbang sesuatu yang positif, dan anda tidak mampu menulis keseluruhan rencana itu bersendirian, sekurang-kurangnya biarlah sumbangan anda merupakan jemputan jelas untuk turut serta.

    Bahasa lain
    Alemannisch: Wikipedia:Stub
    armãneashti: Wikipedia:Ahurhire
    Bahasa Hulontalo: Wikipedia:Tuladu buntato
    Bahasa Indonesia: Wikipedia:Tulisan rintisan
    Bân-lâm-gú: Wikipedia:Phí
    беларуская: Вікіпедыя:Накід
    беларуская (тарашкевіца)‎: Вікіпэдыя:Накід
    čeština: Wikipedie:Pahýl
    Chavacano de Zamboanga: Wikipedia:Stub
    davvisámegiella: Wikipedia:Nalta
    dolnoserbski: Wikipedija:Zarodk
    Dorerin Naoero: Wikipedia:Kadudu
    Esperanto: Vikipedio:Ĝermo
    føroyskt: Wikipedia:Stubbi
    français: Aide:Ébauche
    hornjoserbsce: Wikipedija:Zarodk
    hrvatski: Wikipedija:Mrva
    interlingua: Wikipedia:Pecietta
    italiano: Aiuto:Abbozzo
    kernowek: Wikipedia:Stokk
    la .lojban.: uikipedi'as:kevzu'i
    မြန်မာဘာသာ: Wikipedia:Stub
    Napulitano: Ajùto:Stub
    norsk nynorsk: Wikipedia:Spire
    occitan: Ajuda:Esbòs
    oʻzbekcha/ўзбекча: Vikipediya:Chala maqola
    Plattdüütsch: Wikipedia:Stubben
    português: Wikipédia:Esboço
    română: Wikipedia:Ciot
    sicilianu: Wikipedia:Stub
    Simple English: Wikipedia:Stub
    slovenčina: Wikipédia:Výhonok
    slovenščina: Wikipedija:Škrbina
    српски / srpski: Википедија:Клица
    srpskohrvatski / српскохрватски: Wikipedia:Članci u začetku
    Tiếng Việt: Wikipedia:Bài sơ khai
    vepsän kel’: Vikipedii:Ezitegez
    Volapük: Vükiped:Sid