Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai

Panduan Wikipedia
Kelakuan
Kandungan
Perbincangan
Suntingan
Penyusunan

Kategori, senarai dan templat
Pengkategorian
Nyahkekaburan
Sublaman

Laras bahasa

Manual Gaya
Manual Gaya (senarai)
Manual Gaya (jadual)

Lain-lain
Senarai dasar dan garis panduan
Sila ambil maklum bahawa Wikipedia berhak memadamkan apa-apa petikan, tulisan, rencana dan laman yang ditulis oleh penyunting tanpa memiliki sebarang rujukan dan pengesahan.

Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia, isi kandungannya adalah mengenai fakta. Ini bermakna sebarang pernyataan dalam Wikipedia seharusnya mempunyai sumber rujukan yang absah.

Pernyataan yang tidak mempunyai sumber rujukan adalah sesuatu yang kebenarannya diragu-ragukan. Ia adalah sesuatu yang mudah tercabar, dan lebih buruk lagi barangkali ia merupakan pernyataan yang palsu, yang boleh memudaratkan pembaca. Dengan kebanyakan rencana-rencana yang tidak mempunyai sumber rujukan, maka ia akan menjadikan Wikipedia satu ensiklopedia yang tidak boleh diharap.

Selain menjadikan Wikipedia sebagai gedung ilmu pengetahuan yang telus, adil dan jitu, setiap sumber rujukan juga perlulah diambil dari sumber yang boleh dipercayai dengan fakta-fakta yang benar dan tuntas. Ketiadaan sumber rujukan akan menyebabkan inspirasi Wikipedia sebagai ensiklopedia yang sarat dengan fakta berwibawa hanya tinggal omong-omong kosong sahaja, kerana itu bagi mengelakkan hal ini berlaku dasar utama Wikipedia adalah memastikan segala fakta yang diberikan oleh penyunting WAJIB mempunyai sumber rujukan yang boleh dipercayai.

Ketiadaan sumber rujukan juga dapat membuatkan ramai pihak mempersoalkan kerasional fakta dalam sesuatu ensiklopedia. Anda perlu ingat jika anda menggunakan sumber rujukan yang tidak boleh dipercayai ini memungkinkan maklumat yang terkandung dalam set rencana dapat menyebabkan berlakunya ketirisan fakta, penyataan berat sebelah yang akhirnya menggalakkan fitnah dan permusuhan. Semua ini tidak selaras dengan tujuan penubuhan Wikipedia serta membelakangi nilai-nilai moral dan kebebasan sejagat yang sebenarnya.

Sumber rujukan yang sah

Sumber rujukan merupakan tempat datangnya sesuatu pengetahuan. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan, tetapi bukan semuanya boleh dianggap sebagai sumber rujukan yang sah; yakni sah untuk diyakini. Pada umumnya sumber rujukan yang sah adalah seperti berikut:

  • Buku yang diterbitkan oleh penerbit yang ternama.
    Buku-buku bawah tanah adalah tidak termasuk ke dalam senarai ini.
  • Kamus dan majalah yang menjadi rujukan asas.
    Misalnya Kamus Dewan, Kamus Oxford Fajar, majalah/makalah terkenal seperti National Geographic, majalah karyawan dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Karangkraf dan lain-lain lagi yang hanya mendapat reputasi dan saranan yang tinggi oleh para akademis.
  • Buku agama, kitab-kitab, tafsir, buku undang-undang perundangan yang disanjung tinggi serta menjadi panduan hidup.
    Misalnya Kitab suci, kitab karyawan ahli tafsir dan falsafah kehormat, hadith-hadith, kata-kata hikmah dari pemimpin dan cendekiawan ternama dan kehormat, serta buku perundangan seperti akta dan peraturan-peraturan yang menjadi asas kepada perlembagaan sesebuah negara dan pertubuhan utama.
  • Surat khabar yang menikmati reputasi yang tinggi.
    Seperti akhbar harian yang mendapat sambutan tinggi oleh pembaca. Majalah gosip seharusnya tidak dijadikan sumber rujukan. Lihat senarai akhbar untuk mengetahui kepelbagaian jenis akhbar semasa.
  • Ensiklopedia Utama
    Contohnya adalah seperti Ensiklopedia Britannica.
  • Jurnal
    Jurnal adalah sejenis majalah yang memuatkan hasil kajian akademik. Dalam menggunakan maklumat dalam jurnal, anda seharusnya membuat pertimbangan terlebih dahulu, kerana bukan semua hasil kajian adalah menepati kebenaran. Cara terbaik dalam memilih jurnal yang boleh dipercayai hasil kajiannya adalah melihat samaada jurnal itu mempunyai sumber rujukan, bibliografi, dan kaedah saintifik yang utuh dan boleh dipercayai. Lihat juga kaedah pengolahan ayatnya agar ianya teratur, lihat juga jurnal itu adalah hasil kajian dari siapa, golongan profesor bertaraf PhD dari universiti terkenal dan pernah menjalankan puluhan hingga ratusan kajian perlu menjadi keutamaan. Lihat juga, penerbit jurnal tersebut mestilah dari penerbit atau agensi persatuan yang boleh dipercayai, serta paling penting pastikan jurnal tersebut telah mendapat penelitian para akademis dan disahkan merupakan kajian yang memberangsangkan.
  • Laman Web Rasmi
    Sekirannya anda sedang menulis tentang sesuatu institusi, kompeni, kerajaan, individu atau/dan komuniti, maka rujuk laman web rasmi mereka terlebih dahulu.

Memandangkan Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas yang menggunakan aplikasi elektronik dan "online", maka jadikan rujukan laman sesawang sebagai keutamaan terlebih dahulu dalam setiap baris frasa, penyataan dalam rencana atau artikel suntingan anda sebelum memilih rujukan dari sumber "bukan online".

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Wikipedia:Sumber tepercaya
беларуская (тарашкевіца)‎: Вікіпэдыя:Крыніцы, вартыя даверу
oʻzbekcha/ўзбекча: Vikipediya:Nufuzli manbalar
srpskohrvatski / српскохрватски: Wikipedia:Pouzdani izvori