Walnut

Walnut
Juglans major Morton.jpg
Juglans major
Morton Arboretum acc. 614-47*1
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Fagales
Keluarga:Juglandaceae
Genus:Juglans
L.
Spesies

Lihat teks

Walnut (genus Juglans) ialah tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae. Ia adalah pokok berdaun luruh, 10–40 meter tinggi (lebih kurang 30–130 kaki), dengan daun pinat 200–900 milimeter panjang (7–35 inci), dengan 5–25 anak daun; tunasnya mempunyai empulur yang berkebuk, ciri yang sama dikongsinya dengan wingnut tetapi bukan dengan pokok hikori dari keluarga yang sama.

21 spesies dalam keluarga tersebut menganjur merentasi kawasan utara Dunia Lama beriklim sederhana dari tenggara Eropah menghala timur ke Jepun, dan lebih meluas di Dunia Baru dari tenggara Kanada menghala barat ke California dan selatan ke Argentina. Nama Latin, Juglans, berasal daripada Jupiter glans, "Jupiter's acorn": secara kiasannya, kacang selayaknya untuk dewa.

Perkataan walnut berasal dari Bahasa Inggeris Lama wealhhnutu, bermaksud "kacang asing", wealh bermaksud "asing" (wealh serupa dengan istilah Welsh dan Vlach; lihat *Walha dan Sejarah istilah Vlach).[1] Walnut digelar sedemikian kerana ia diperkenalkan daripada Gaul dan Itali. Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica, kacang "Gallic".[1]

Spesies dan klasifikasi

Ahli yang terkenal dalam keluarga ini adalah walnut Persian (J. regia, bermaksud "walnut diraja"), berasal dari Balkans di tenggara Eropah, barat daya & tengah Asia hingga ke Himalaya dan barat daya China. Spesies ini ditanam secara meluas untuk mendapatkan kacangnya yang enak. Menurut UN Food and Agriculture Organization (FAO), kebun Shahmirzad di Iran adalah yang terbesar di dunia (700-750 hektar). Di Kyrgyzstan sahaja terdapat 230,700 hektar hutan buah-walnut, didominasi oleh J. regia yang pokoknya tinggi dan membentuk kanopi (Hemery dan Popov 1998). Di negara yang penduduknya tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, J. regia sering dipanggil sebagai "walnut English"; di Great Britain, "walnut biasa".

Walnut Hitam (J. nigra) adalah spesies biasa di tempat asalnya di timur Amerika Utara, malah juga ditanam secara meluas di lain-lain tempat. Kacangnya boleh dimakan, tetapi isirongnya lebih kecil dan mempunyai kulit yang sangat keras, dan tidak ditanam secara menyeluruh bagi pengeluaran kacang. Kayunya terutama sekali amat bernilai.

Pokok Butternut (J. cinerea) juga berasal dari timur Amerika Utara, di mana ia sekarang ini merupakan spesies yang terancam oleh penyakit butternut, disebabkan oleh kulat Sirococcus clavigignenti. Panjang daunnya 40–60 cm, buahnya berbentuk bujur, kulitnya mempunyai rabung yang tinggi dan isirongnya sangat tinggi lemak.

Walnut Hitam Hinds (J. hindsii) berasal dari utara California, di mana ia digunakan secara meluas secara komersil untuk pembiakan pokok J. regia. Kulit walnut hitam Hinds tidak mempunyai alur yang dalam seperti ciri kacang walnut hitam (J. nigra).

Walnut Jepun (J. ailantifolia) serupa seperti walnut Butternut, dibezakan oleh daun yang lebih besar sepanjang 90 cm dan kacangnya bulat (bukan bujur). Kepelbagaian cordiformis, seringnya dipanggil hatikacang mempunyai kacang berbentuk hati; nama biasa keperlbagaian ini menjadi sumber kepada nama keratan Cardiocaryon.

Bahasa lain
العربية: جوز (جنس)
asturianu: Nuez
azərbaycanca: Qoz
Bahasa Indonesia: Juglans
বাংলা: আখরোট
беларуская: Арэх
беларуская (тарашкевіца)‎: Арэх
བོད་ཡིག: སྟར་ཤིང་།
bosanski: Orah
български: Орех
català: Noguer
Cebuano: Juglans
čeština: Vlašský ořech
Deutsch: Walnüsse
ދިވެހިބަސް: ސިކުނޑި ބަދަން
dolnoserbski: Wórješyna
eesti: Pähklipuu
Ελληνικά: Καρυδιά (φυτό)
English: Walnut
español: Juglans
Esperanto: Juglando (genro)
euskara: Intxaurrondo
فارسی: درخت گردو
français: Noyer
galego: Nogueira
ગુજરાતી: અખરોટ
한국어: 호두나무속
հայերեն: Ընկուզենի
hornjoserbsce: Włóska worješina
hrvatski: Orah
Ido: Nuco
italiano: Juglans
қазақша: Жаңғақ
Кыргызча: Жаңгактар
kurdî: Gûz
лакку: Гьивхь
Latina: Juglans
latviešu: Riekstkoki
lietuvių: Riešutmedis
magyar: Dió
македонски: Орев
മലയാളം: അക്രോട്ട്
مازِرونی: اقوز
Nederlands: Juglans
日本語: クルミ
norsk: Valnøtter
norsk nynorsk: Valnøtt
ਪੰਜਾਬੀ: ਅਖਰੋਟ (ਰੁੱਖ)
português: Juglans
Runa Simi: Tuqti
русский: Орех (род)
shqip: Arra
Simple English: Walnut
slovenčina: Orech (rod)
کوردی: گوێز
српски / srpski: Орах
srpskohrvatski / српскохрватски: Orah
தமிழ்: அக்ரூட்
Tiếng Việt: Chi Óc chó
Türkçe: Ceviz
українська: Горіх (рід)
Winaray: Juglans
吴语: 蒲桃
粵語: 合桃
Zazaki: Goz
中文: 胡桃