Walkman

Logo Walkman (2000 - sekarang)

Walkman adalah barisan jenama bagi pemain stereo peribadi keluaran Sony. Pada mulanya, istilah Walkman hanya merujuk kepada produk stereo peribadi keluaran Sony, tetapi kini istilah tersebut menjadi istilah umum yang turut merujuk kepada produk sama daripada pengeluar lain. Walkman telah mengubah cara hidup pengguna dengan membolehkan pengguna mendegar lagu-lagu kegemaran mereka secara bersendirian tanpa mengganggu orang lain. Pada Mac 2007, Sony mengembangkan jenama Walkman melalui model Walkman video pertama, NW-800.

Selain jenama Walkman, Sony pernah menggunakan pelbagai jenama bagi jenis pemain stereo peribadi yang tertentu, antaranya termasuklah Discman bagi produk pemain cakera padat peribadi, namun Sony mula menghimpunkan kesemua produk pemain stereo peribadinya di bawah satu jenama iaitu Walkman pada lewat 1990-an.

Produk Walkman tidak hanya terhad kepada alat pemain stereo peribadi semata-mata; ia turut dikembangkan dalam bentuk pemacu kilat USB dan juga telefon bimbit keluaran Sony Ericsson iaitu model-model siri W.

Barisan produk Walkman

Barisan produk Walkman

Model-model Walkman terbahagi kepada beberapa jenis mengikut medium rakaman audio seperti berikut:-

  1. Walkman berasaskan pemain kaset
  2. Walkman berasaskan radio transistor
  3. CD Walkman (Discman)
  4. MiniDisc Walkman
  5. Network Walkman - pemain audio digital yang menggunakan ingatan kilat sebagai media storan (terdapat model yang menggunakan cakera keras untuk bersaing dengan iPod)
  6. Video Walkman (Network Walkman dengan keupayaan untuk memainkan video)
  7. Telefon Bimbit Walkman (telefon bimbit Sony Ericsson siri W)
Bahasa lain
العربية: وكمان
Bahasa Indonesia: Walkman
català: Walkman
čeština: Walkman
dansk: Walkman
Deutsch: Walkman
English: Walkman
español: Walkman
فارسی: واکمن
français: Walkman
galego: Walkman
한국어: 워크맨
íslenska: Walkman
italiano: Walkman
עברית: ווקמן
ქართული: Walkman
Nederlands: Walkman
norsk: Walkman
polski: Walkman
português: Walkman
română: Walkman
русский: Walkman
Simple English: Walkman
slovenčina: Walkman (značka)
suomi: Walkman
svenska: Walkman
తెలుగు: వాక్‌మెన్
Tiếng Việt: Walkman
Türkçe: Walkman
中文: Walkman