Video CD

Cakera Padat Video Digital (VCD)
VCDlogo.svg
OD Compact disc.svg
Jenis media: Cakera optik
Pengekodan: MPEG-1 video + audio
Muatan: Sehingga 800 MB
Mekanisme baca: Laser separa pengalir dengan panjang gelombang 780 nm
Piawai: Buku Putih
Dimaju oleh: Sony & Philips
Dilanjutkan kepada: SVCD
Penggunaan: Storan audio dan video
Dilanjutkan kepada: SVCD

Video CD atau VCD adalah format digital untuk menyimpan video ke dalam cakera padat. Video CD boleh dimainkan dengan menggunakan pemain VCD, komputer peribadi, pemain DVD, serta pada sesetengah konsol permainan video

Piawaian VCD mula dibangunkan pada tahun 1993 [1] [2] oleh Sony, Philips, Matsushita, dan JVC serta dirujuk sebagai Piawaian Buku Putih.

Spesifikasi teknikal

Bekas

Di dalam sekeping VCD, aliran audio dan video dimultiplekskan di dalam "bekas" MPEG-PS.

Video

Secara keseluruhannya, kualiti gambar adalah menyamai pita video VHS. [3] Kualiti gambar VCD dengan mampatan video yang kurang baik ada kalanya boleh jadi lebih teruk daripada video VHS, tetapi VCD berkualiti rendah biasanya sering menampilkan blok-blok dan bukannya hingar analog, serta tidak semestinya menjadi lebih teruk pada setiap penggunaan.

Resolusi 352x240 dipilih kerana ia merupakan separuh daripada resolusi video NTSC (pada kedua-dua paksi menegak dan mendatar). Resolusi 352x288 adalah lebih kurang suku daripada resolusi PAL/SECAM. Ia hampir bersamaan dengan resolusi (keseluruhan) bagi pita VHS analog.

Video VCD adalah serasi dengan piawaian DVD-Video, kecuali bagi video yang dienkodkan pada kadar bingkai 23.976 bingkai sesaat, yang perlu penggunakan tarikan 3:2.

Audio

Seperti kebanyakan format berasaskan CD, audio VCD tidak serasi dengan piawaian DVD-Video kerana perbezaan frekuensi; DVD memerlukan 48 kHz, manakala VCD menggunakan 44.1 kHz.

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: VCD
български: Video CD
català: Video CD
čeština: Video CD
dansk: VCD
Deutsch: Video-CD
English: Video CD
español: Video CD
français: Vidéo CD
한국어: 비디오 CD
हिन्दी: वी सी डी
italiano: Video CD
қазақша: Бейнедиск
Nederlands: Video-cd
日本語: ビデオCD
norsk: Video CD
ភាសាខ្មែរ: វីស៊ីឌី
polski: Video CD
português: VCD
română: VCD
русский: Video CD
Simple English: Video CD
slovenčina: Video CD
suomi: Video CD
svenska: Video CD
Tiếng Việt: Video CD
Türkçe: VCD
українська: Video CD
粵語: VCD
中文: 影音光碟