Vaksin

Jonas Salk, pelopor vaksin polio, memegang dua botol kultur yang digunakan untuk menghasilkan vaksinnya yang begitu berjaya pada tahun 1955.

Vaksin adalah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisme penyebab penyakit; ia sering diperolehi sama ada daripada mikroba yang dilemahkan ataupun dibunuh, racun-racunnya yang terhasil mahupun salah satu protein permukaannya. Agen tersebut merangsang sistem imun badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman, menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imun tersebut lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua mikroorganisme yang ditemuinya di lain masa. Vaksin boleh bersifat profilaktik (mencegah atau memperbaiki kesan-kesan jangkitan akan datang dengan apa-apa patogen asli atau "liar") mahupun terapi (vaksin melawan kanser sedang diselidiki, misalnya).

Proses pengendalian vaksin ke dalam badan dikenali sebagai vaksinasi (atau pemvaksinan). Keberkesanan vaksinasi telah lama dikaji secara menyeluruh serta diberikan pengesahannya; seperti pada vaksin influenza,[1] vaksin HPV[2] serta vaksin cacar air.[3] Vaksinasi merupakan suatu langkah pencegahan penyakit yang paling efektif.[4] Sebuah laporan hasil Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak dua puluh jenis jangkitan dapat dikawal serta dicegah dengan wujudnya vaksin-vaksin yang berlesen.[5]

Istilah vaksin dan vaksinasi berakar daripada nama saintifik untuk cacar lembu iaitu Variolae vaccinae. Konsep vaksinasi ini pertama kalinya diilhamkan oleh Edward Jenner, seorang doktor dari England melalui tajuk jurnalnya yang terbit tahun 1798 bertajuk Inquiry into the...Variolae vaccinae...known...[as]...the Cow Pox di mana Jenner menggambarkan kesan-kesan perlindungan daripada pendedahan kepada cacar lembu terhadap cacar biasa. Pada tahun 1881, saintis Perancis Louis Pasteur mencadangkan agar istilah-istilah tersebut dikembangkan untuk inokulasi perlindungan baru yang dihasilkan ketika waktu itu sebagai memperingati Jenner.[6][7]

Bahasa lain
Afrikaans: Entstof
العربية: لقاح
asturianu: Vacuna
Avañe'ẽ: Tasymombiaha
azərbaycanca: Vaksin
Bahasa Indonesia: Vaksin
Bân-lâm-gú: E̍k-chu
Basa Jawa: Vaksin
Basa Sunda: Vaksin
беларуская: Вакцына
беларуская (тарашкевіца)‎: Вакцына
བོད་ཡིག: འབྲུམ་སྨན།
bosanski: Vakcina
български: Ваксина
català: Vacuna
čeština: Vakcína
dansk: Vaccine
Deutsch: Impfstoff
eesti: Vaktsiin
Ελληνικά: Εμβόλιο
English: Vaccine
español: Vacuna
Esperanto: Vakcino
euskara: Txerto
فارسی: واکسن
furlan: Vacine
galego: Vacina
한국어: 백신
hrvatski: Cjepivo
íslenska: Bóluefni
italiano: Vaccino
עברית: חיסון
ქართული: ვაქცინა
қазақша: Вакцина
Kiswahili: Chanjo
Kreyòl ayisyen: Vaksen
Latina: Vaccinum
latviešu: Vakcīna
lietuvių: Vakcina
magyar: Védőoltás
македонски: Вакцина
മലയാളം: വാക്സിൻ
मराठी: लस
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Ĭk-mièu
монгол: Вакцин
Nederlands: Vaccin
日本語: ワクチン
norsk: Vaksine
norsk nynorsk: Vaksine
ଓଡ଼ିଆ: ଟିକା
oʻzbekcha/ўзбекча: Vaksinalar
پنجابی: ویکسین
Patois: Vaxiin
ភាសាខ្មែរ: វ៉ាក់សាំង
polski: Szczepionka
português: Vacina
română: Vaccin
русский: Вакцина
саха тыла: Быһыы
Scots: Vaccine
shqip: Vaksina
සිංහල: Vaccine
Simple English: Vaccine
slovenščina: Cepivo
کوردی: کوتاو
српски / srpski: Вакцина
srpskohrvatski / српскохрватски: Vakcina
suomi: Rokote
తెలుగు: టీకా
Tiếng Việt: Vắc-xin
тоҷикӣ: Ваксина
Türkçe: Aşı (tıp)
тыва дыл: Вакцина
українська: Вакцини
اردو: ویکسین
Winaray: Bakuna
粵語: 疫苗
中文: 疫苗