USS Nimitz (CVN-68)

USS Nimitz (CVN-68) berdekatan San Diego, CA
USS Nimitz (CVN-68) berdekatan San Diego, CA
Kerjaya (Amerika Syarikat) United States Navy ensign
Nama: USS Nimitz
Nama serupa: Laksamana Armada Chester Nimitz
Dipesan oleh: 31 Mac 1967
Pembina: Newport News Shipbuilding
Dibaringkan pada: 22 Jun 1968
Dilancarkan pada: 13 Mei 1972
Ditugaskan pada: 3 Mei 1975
Pengkelasan semula: CVN-68
Pelabuhan asal: Stesen Udara Tentera Laut North Island, San Diego, California
Motto: Kerjasama, satu Tradisi
Nama panggilan: "Old Salt"
Status: Perkhidmatan aktif setakat 2009
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: kelas-Nimitz
Sesaran: Kira-kira 101,000 long ton (103,000 t) muatan penuh
Panjang: Keseluruhan: 1,092 feet (332.8 m)
Garis air: 1,040 feet (317.0 m)
Lebar: Keseluruhan: 252 kaki (76.8 m)
Garis air: 134 kaki (40.8 m)
Draf: Pengemudian maksimum: 37 kaki (11.3 m)
Had: 41 kaki (12.5 m)
Pendorongan: 2 × reaktor nuklear A4W Westinghouse
4 × turbin stim
4 × aci
260,000 shp (194 MW)
Halaju: 30+ knot (56+ km/j; 35+ bsj)
Jarak: Tiada had
Kelengkapan: Anak kapal: 3,200
Sayap udara: 2,480
Sistem penderia
dan pemprosesan:
*Radar pencari udara 3-D AN/SPS-48E
  • Radar pencari udara 2-D AN/SPS-49(V)5
  • Radar perolehan sasaran AN/SPQ-9B
  • Radar kawalan trafik udara AN/SPN-46
  • Radar kawalan trafik udara AN/SPN-43C
  • Radar bantuan pendaratan AN/SPN-41
  • 4 × sistem panduan Mk 91 NSSM
  • 4 × radar Mk 95
Peperangan elektronik
dan umpan:
Kelengkapan pertahanan SLQ-32A(V)4
Pertahanan torpedo SLQ-25A Nixie
Persenjataan: Templat:Nimitz class aircraft carrier armament I
Pesawat dibawa: 90 buah pesawat kepak kaku dan helikopter
Lambang:
Seal of Nimitz

USS Nimitz (CVN-68) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat super yang sedang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, dan merupakan kapal pertama di dalam kelas Nimitz. Nimitz adalah sebuah kapal perang terbesar di dunia. Semasa dilancarkan, Nimitz didesignasi sebagai CVAN-68, tetapi kemudian didesignasi semula sebagai CVN-68 (kapal pengangkut pesawat pelbagai misi berkuasa nuklear) pada 30 Jun, 1975 sebagai sebahagian daripada penjajaran semula armada pada tahun tersebut.

Kapal ini dinamakan bersempena Laksamana Armada Chester Nimitz, yang memerintah armada Pasifik dalam Perang Dunia II dan merupakan laksamana lima bintang terakhir dari tentera laut. Tidak seperti kapal-kapal di dalam kelas Nimitz berikutnya, Nimitz hanya menggunakan nama keluarga senamanya. Pangkalan asal Nimitz adalah di Stesen Tentera Laut Norfolk, Puget Sound Naval Shipyard bermula pada tahun 1987 sehingga pengisian semula reaktor nuklearnya pada tahun 1998 di Newport News, Virginia, dan pelabuhan kini adalah di Stesen Udara Tentera Laut Island.

Rujukan

Bahasa lain