Terusan Panama

Sebuah kapal tunda yang menuju ke hujung Caribbean terusan, menunggu untuk disertai kapal dari ruang paling atas Pintu Air Gatun.

Terusan Panama (bahasa Sepanyol: Canal de Panamá) ialah terusan kapal utama yang merentasi Segenting Panama di Amerika Tengah dan mengaitkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Pembinaan terusan ini merupakan salah satu projek kejuruteraan terbesar dan paling susah yang pernah dilakukan. Ia mempunyai kesan yang hebat pada perkapalan antara kedua-dua lautan tersebut, dan menyebabkan laluan yang panjang dan berbahaya melalui Laluan Drake dan Cape Horn di hujung paling selatan Amerika Syarikat tidak diperlukan lagi. Jarak pelayaran dari New York ke San Francisco melalui terusan ini ialah 9,500 kilometer (6,000 batu), manakala jarak dahulu mengelilingi Cape Horn ialah 22,500 kilometer (14,000 batu). [1]

Walaupun konsep untuk sebatang terusan di Panama telah wujud sejak dari awal abad ke-16, percubaan pertama untuk membina sebuah terusan bermula pada tahun 1880 di bawah pimpinan Perancis. Selepas percubaan itu gagal, kerja itu akhirnya disiapkan oleh Amerika Syarikat, dengan terusan tersebut dibuka pada tahun 1914. Pembinaan terusan sepanjang 77 kilometer (48 batu) dilanda oleh berbagai-bagai masalah, termasuk penyakit (khususnya demam malaria serta demam kuning) dan tanah runtuh. Sebanyak 27,500 orang pekerja dianggarkan maut dalam pembinaan terusan ini.

Sejak pembukaannya, Terusan Panama adalah amat berjaya dan terus merupakan laluan utama untuk perkapalan antarabangsa. Ia membekalkan laluan kepada melebihi 14,000 buah kapal yang membawa muatan melebihi 203 juta tan setiap tahun. 14,011 buah kapal melalui terusan ini pada tahun 2005, dengan jumlah muatan sebanyak 278.8 juta tan, iaitu hampir 40 buah kapal setiap hari. [2]

Portal.svgPortal Panama

Terusan Panama boleh menampung kapal-kapal dari kapal pesiaran peribadi yang kecil sehingga kapal komersil yang agak besar. Saiz kapal yang paling besar yang boleh menggunakan terusan ini dikenali sebagai Panamax; semakin banyak kapal moden melebihi had ini, dan dikenali sebagai kapal pasca-Panamax. Jangka masa pelayaran tipikal untuk sebuah kapal kargo merentasi terusan ini ialah sekitar sembilan jam.


Bahasa lain
Afrikaans: Panamakanaal
Alemannisch: Panamakanal
አማርኛ: ፓናማ ቦይ
العربية: قناة بنما
aragonés: Canal de Panamá
অসমীয়া: পানামা খাল
asturianu: Canal de Panamá
azərbaycanca: Panama kanalı
Bahasa Indonesia: Terusan Panama
Bân-lâm-gú: Panama Ūn-hô
Basa Jawa: Terusan Panama
башҡортса: Панама каналы
Baso Minangkabau: Tarusan Panama
беларуская: Панамскі канал
беларуская (тарашкевіца)‎: Панамскі канал
भोजपुरी: पनामा नहर
Boarisch: Panamakanal
bosanski: Panamski kanal
brezhoneg: Kanol Panamá
български: Панамски канал
Cymraeg: Camlas Panama
Deutsch: Panamakanal
ދިވެހިބަސް: ޕެނަމާ ކެނަލް
English: Panama Canal
Esperanto: Panama kanalo
Fiji Hindi: Panama Canal
føroyskt: Panamaveitin
français: Canal de Panama
客家語/Hak-kâ-ngî: Panama Yun-hò
한국어: 파나마 운하
हिन्दी: पनामा नहर
hrvatski: Panamski kanal
Ilokano: Kanal Panama
interlingua: Canal de Panama
עברית: תעלת פנמה
Kabɩyɛ: Panama Hɛŋa
къарачай-малкъар: Панама илипин
ქართული: პანამის არხი
Кыргызча: Панама каналы
latviešu: Panamas kanāls
Lëtzebuergesch: Panamakanal
lietuvių: Panamos kanalas
Limburgs: Panamaknaal
lumbaart: Canal de Panama
македонски: Панамски Канал
മലയാളം: പനാമ കനാൽ
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Panama Ông-ò̤
Nederlands: Panamakanaal
नेपाली: पानामा नहर
नेपाल भाषा: पनामा नहर
日本語: パナマ運河
norsk nynorsk: Panamakanalen
олык марий: Панама канал
oʻzbekcha/ўзбекча: Panama kanali
ਪੰਜਾਬੀ: ਪਨਾਮਾ ਨਹਿਰ
پنجابی: نہر پانامہ
Piemontèis: Canal ëd Panamà
português: Canal do Panamá
română: Canalul Panama
русиньскый: Панамскый канал
Seeltersk: Panamakanoal
Simple English: Panama Canal
slovenčina: Panamský prieplav
slovenščina: Panamski prekop
Soomaaliga: Kanaalka Banama
српски / srpski: Панамски канал
srpskohrvatski / српскохрватски: Panamski kanal
svenska: Panamakanalen
tarandíne: Canale de Panama
татарча/tatarça: Panama kanalı
Tiếng Việt: Kênh đào Panama
Türkçe: Panama Kanalı
Türkmençe: Panama kanaly
українська: Панамський канал
vepsän kel’: Panaman kanal
Yorùbá: Ìladò Panamá
Zeêuws: Panamakanaol
žemaitėška: Panamas kanals