Televisyen Pusat China

CCTV
中国中央电视台
Rangkaian televisyen,
Televisyen satelit dan
kabel
Industri Penyiaran televisyen
Ditubuhkan 2 September 1958
Ibu pejabat Republik Rakyat China Beijing, China
Laman sesawang www.cctv.com

Televisyen Pusat China ( Cina Ringkas: 中国中央电视台; pinyin: Zhōngguó Zhōngyāng Diànshìtái, Bahasa Inggeris: China Central Television atau Chinese Central Television, singkatan: CCTV ) merupakan penyiar televisyen utama di Tanah Besar China. Dari sudut pertubuhan, CCTV merupakan kementerian kecil kerajaan pusat Republik Rakyat China dalam Pentadbiran Radio, Filem, dan Televisyen Negara. Oleh sebab kawalan kerajaan PRC, maka rangkaian ini tiada kebebasan editorial.

Laporan beritanya menurut garis panduan yang diarahkan Jabatan Propaganda Parti Komunis China. Namun begitu, kebanyakan rancangannya merupakan beraneka rancangan komedi dan drama. Seperti mana kebanyakan penyedia media di China, CCTV banyak dikurangkan subsidi negara pada 1990-an, maka adalah perlu baginya mengimbangkan peranannya sebagai agensi kerajaan dengan perlunya menarik penonton agar dapat menjual ruang iklan komersial.

Saluran

CCTV mempunyai 18 saluran yang berlainan kandungannya dan bersaing dengan stesen TV yang dikendali oleh kerajaan setempat seperti BTV dan juga rancangan asing yang boleh diterima melalui televisyen satelit.

Saluran-saluran CCTV adalah seperti berikut:

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: CCTV
italiano: CCTV (azienda)
occitan: CCTV
Qaraqalpaqsha: CCTV
саха тыла: CCTV
Simple English: China Central Television
suomi: CCTV