Teater West End

Teater West End ialah satu istilah masyhur untuk teater pentas profesional arus perdana di teater-teater besar Theatreland London, West End.[1] Bersama dengan Teater Broadway New York, teater West End biasanya dianggap mewakili taraf tertinggi teater komersil di dunia bertuturan Inggeris. Melihat persembahan West End adalah suatu aktiviti pelancong umum di London.[1]

Jumlah kehadiran mengatasi 12 juta buat pertama kali pada 2002, dan pada Jun 2005 The Times melaporkan angka ini mungkin dipecahkan pada 2005. Jumlah kehadiran mengatasi 13 juta pada 2007,[2] mencipta rekod baru untuk West End. Faktor jualan tinggi tiket pada separuh pertama 2005 termasuklah muzikal kegemaran ramai baru seperti Billy Elliot, The Producers dan Mary Poppins dan sejumlah besar bintang filem yang muncul. Sejak akhir 1990-an terdapat pertambahan pelakon filem Amerika Syarikat di pentas London, dan pada 2005 antaranya adalah Brooke Shields, Val Kilmer, Rob Lowe, David Schwimmer dan Kevin Spacey.

Bahasa lain
العربية: مسارح وست اند
Bahasa Indonesia: Teater West End
français: West End theatre
Simple English: West End theatre
srpskohrvatski / српскохрватски: West End (teatar)
中文: 西区剧院