Tatanama binomial

Karl von linne atau Carl von Linné atau juga Carolus Linnaeus (1707–1778), ahli botani Sweden, ialah pereka sistem tatanama binomial yang moden.

Sistem formal untuk menamai spesies boleh digelar:

  • tatanama binomial, khususnya dalam lingkungan ahli zoologi;
  • tatanama perduaan, khususnya dalam lingkungan ahli botani; atau
  • sistem pengelasan binomial.

Yang penting adalah bahawa setiap nama spesies ditulis dalam bahasa Latin (saintifik moden) dan mengandungi dua bahagian. Oleh itu, ia umumnya dikenali sebagai "nama Latin" spesies, akan tetapi istilah itu dielakkan oleh para ahli biologi dan ahli filologi yang lebih suka akan istilah "nama saintifik".

Karl von Linne ialah ahli botani Sweden yang mereka sistem tatanama binomial yang moden. Beliau cuba memerikan seluruh alam semula jadi yang diketahui ketika itu dan memberikan nama dua bahagian kepada setiap spesies (mineral, tumbuhan, atau haiwan). Bagaimanapun, tatanama bionomial bukan sesuatu gagasan yang baharu dan pernah wujud dalam pelbagai bentuk sebelum Linne serta pernah digunakan oleh keluarga Bauhin yang hidup sekitar 200 tahun sebelum Linne. Bagi sistem rekaannya, Linne hanya menggunakan:

  • nama genus; dan
  • nama khusus atau nama julukan;

untuk membentuk nama spesies. Misalnya, manusia tergolong dalam genus Homo dan nama khususnya ialah sapiens. Justera, manusia sebagai spesies diklasifikasikan sebagai Homo sapiens. Huruf pangkal untuk bahagian nama pertama (genus) selalu ditulis dengan huruf besar, manakala huruf pangkal untuk bahagian nama kedua tidak, walau jika ia berasal daripada nama khas seperti nama orang atau tempat. Sebagai kelaziman, semua nama genus dan takson yang lebih rendah kedudukannya sentiasa ditulis dengan huruf italik, manakala nama famili dan takson yang lebih tinggi dicetak dalam teks biasa. Spesies boleh dibahagikan lagi kepada kedudukan taksonomi, dan menghasilkan nama trinomial atau trinomen untuk subspesies.

Lihat juga

  • Nama hibrid
  • Tatanama trinomial
  • Senarai ahi botani mengikut singkatan penulis
Bahasa lain
Afrikaans: Binomiale naam
العربية: تسمية ثنائية
asturianu: Nome binomial
Avañe'ẽ: Omboherokõiva
azərbaycanca: Binominal nomenklatura
Bahasa Indonesia: Tata nama biologi
Basa Banyumasan: Tatajeneng binomial
беларуская (тарашкевіца)‎: Бінамінальная намэнклятура
भोजपुरी: दूपद नाँव
Cymraeg: Enw deuenwol
فارسی: نام علمی
français: Nom binominal
客家語/Hak-kâ-ngî: Ho̍k-miàng
한국어: 학명
hrvatski: Dvojno nazivlje
íslenska: Tvínefni
עברית: שם מדעי
Kreyòl ayisyen: Nomanklati binomyal
Latina: Binomen
مصرى: اسم علمى
日本語: 学名
norsk: Binominal
oʻzbekcha/ўзбекча: Binar nomenklatura
پنجابی: سائینسی ناں
پښتو: علمی نوم
ភាសាខ្មែរ: Binomial nomenclature
Simple English: Binomial nomenclature
srpskohrvatski / српскохрватски: Binarna nomenklatura
Tiếng Việt: Danh pháp hai phần
粵語: 雙名法
中文: 二名法