Susilo Bambang Yudhoyono

Jen. TNI (Purn.) Dr. Hj.
Susilo Bambang Yudhoyono
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.png
ke-6 Presiden Indonesia
Dalam jawatan
20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014
Naib PresidenM. Jusuf Kalla (2004–2009)
Boediono (2009 - 2014)
Didahului olehMegawati Soekarnoputri
Digantikan olehJoko Widodo
ke-4 Ketua Umum Partai Demokrat
Memegang jawatan
30 Mac 2013
Didahului olehAnas Urbaningrum
ke-8 Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan
Dalam jawatan
23 Ogos 2000 – 1 Jun 2001
PresidentAbdurrahman Wahid
Didahului olehSoerjadi Soedirdja
Digantikan olehAgum Gumelar
Dalam jawatan
9 Ogos 2001 – 12 Mac 2004
PresidentMegawati Soekarnoputri
Didahului olehAgum Gumelar
Digantikan olehHari Sabarno (sementara waktu)
ke-11 Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral
Dalam jawatan
26 Oktober 1999 – 23 Ogos 2000
PresidentAbdurrahman Wahid
Didahului olehKuntoro Mangkusubroto
Digantikan olehPurnomo Yusgiantoro
Butiran peribadi
Lahir(1949-09-09) 9 September 1949 (umur 68)
Tremas, Arjosari, Pacitan, Jawa Timur, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politikLambang Partai Demokrat Partai Demokrat
PasanganKristiani Herrawati
Anak-anakAgus Harimurti Yudhoyono
Edhie Baskoro Yudhoyono
Alma materAkademi Militer
United States Army Airborne School
Ranger School
United States Army Infantry School
US Army Command & General Staff College
Universiti Webster
Institut Pertanian Bogor
ProfesionTentera
AnugerahAdhi Makayasa (1973)
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanTentera Nasional Indonesia
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Indonesia
Tahun perkhidmatan1973–2000
PangkatJeneral

Susilo Bambang Yudhoyono (Jawa: ꦯꦸꦱꦶꦭꦨꦩ꧀ꦧꦁꦪꦸꦝꦪꦤ;[1] Gêdrìk: Susilå Bambang Yudhåyånå; [susiɭɔ b̥amb̥aŋ juɖ̥ɔjɔnɔ]; lahir 9 September 1949; lebih dikenali sebagai SBY) ialah ahli politik Indonesia dan merupakan bekas presiden Indonesia keempat dari 2004 hingga 2014 dan pesara pegawai tentera di Tentera Nasional Indonesia.

Melalui pindaan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 yang memungkinkan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat, beliau telah dipilih menjadi Presiden Republik Indonesia pertama pilihan rakyat serta presiden Indonesia keenam selepas dilantik pada 20 Oktober 2004 bersama Naib Presiden Jusuf Kalla. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau diangkat Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada tahun 1999 dan termuncul sebagai salah seorang pengasas Parti Demokrat. Pangkat terakhir sebelum persaraannya pada 25 September 2000 ialah Jeneral Tentera Nasional Indonesia

Latar belakang

Susilo berketerunan Jawa. Dilahirkan di Pacitan, Jawa Timur kepada Raden Soekotjo dan Siti Habibah,[2] SBY menyertai dunia ketenteraan mengikut jejak ayahnya. Pada tahun 1973, beliau lulus dari akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (AKABRI) dengan penghargaan "Adhi Makayasa" sebagai murid lulusan terbaik dan "Tri Sakti Wiratama" yang merupakan prestasi gabungan mental, fizikal, dan intelek yang tertinggi.

Nama beliau berbahasa Jawa, dengan akar Sanskrit.[3] Susilo datang dari perkataan su-, bermaksud baik[3] dan -sila, bermaksud perilaku, moral.[3] Bambang ialah nama lelaki tradisional dalam bahasa Jawa, bermaksud kesatria. Yudhoyono datang dari perkataan words yuddha -bermaksud pertempuran, perjuangan; dan yana, bermaksud perjalanan.[3] Oleh itu namanya diterjemahkan kepada kesatria yang berkelakuan baik.

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Susilo Bambang Yudhoyono
Basa Banyumasan: Susilo Bambang Yudhoyono
Baso Minangkabau: Susilo Bambang Yudhoyono
беларуская (тарашкевіца)‎: Сусіла Бамбанг Юдхаёна
oʻzbekcha/ўзбекча: Susilo Bambang Yudhoyono
Simple English: Susilo Bambang Yudhoyono
srpskohrvatski / српскохрватски: Susilo Bambang Yudhoyono
Tiếng Việt: Susilo Bambang Yudhoyono