Sukan Komanwel 2006

Sukan Komanwel XVIII
200px
Bandar tuan rumahMelbourne, Victoria, Australia
Cogan kataUnited by the moment
Penyertaan negara71[1]
Penyertaan atletLebih kurang 4,500
Acara247 dalam 16 sukan
Upacara pembukaan15 Mac 2006
Upacara penutup26 Mac 2006
Dirasmikan olehHM Ratu Elizabeth II
Pembaca ikrar AtletAdam Pine
Stadium UtamaMelbourne Cricket Ground
XVII XIX  >

Sukan Komanwel 2006, secara rasminya Sukan Komanwel XVIII, telah diadakan di Melbourne, Victoria, Australia di antara 15 dan 26 Mac 2006. Ia merupakan acara sukan terbesar pernah diadakan di Melbourne, mengatasi Sukan Olimpik Melbourne 1956 dalam aspek jumlah penyertaan pasukan, atlet bersaing, dan acara yang dipertandingkan.

Tapak untuk upacara pembukaan dan penutupan adalah di Melbourne Cricket Ground yang turut digunakan semasa Sukan Olimpik Melbourne 1956. Maskot untuk temasya ini ialah Karak,[2] sejenis Kakaktua Hitam Ekor Merah (satu spesies terancam).

Untuk kali pertama, Sukan Komanwel Melbourne 2006 melantik Rakan Muhibah, Plan International Australia.[3]

Sukan Komanwel XVIII 2006 Melbourne - Bot Ikan di Sungai Yarra
Bahasa lain