Sistem pengendalian

Dalam bidang sains komputer sistem pengendalian atau sistem operasi ialah sekumpulan atur cara komputeryang menguruskan sumber Perkakasan komputerperkakasan dan Perisian komputer|perisian]] bagi sesebuah komputer. Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:

Ubuntu, sebuah sistem pengendalian
  • mengawal dan memperuntukkan ingatan;
  • menjadualkan permintaan sistem;
  • mengawal peranti input dan peranti output;
  • memudahkan perangkaian komputer perangkaian; dan
  • menguruskan sistem fail.

Kebanyakan sistem pengendalian membekalkan atur cara penggunaan yang menawarkan antara muka kepada sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian. Atur cara penggunaan ini mempunyai pentafsir garis perintah sebagai antara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad 1980-an, ia telah digantikan dengan antara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian.

Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialah atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialah Microsoft Windows, Linux, dan Mac OS. Microsoft Windows menguasai bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran komputer meja dan komputer riba, manakala pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX yang lain.[1] [2] UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.

Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.

Bahasa lain
Acèh: OS
Alemannisch: Betriebssystem
العربية: نظام تشغيل
azərbaycanca: Əməliyyat sistemi
Bahasa Indonesia: Sistem operasi
Bân-lâm-gú: Chok-gia̍p hē-thóng
Basa Sunda: Sistim Operasi
беларуская (тарашкевіца)‎: Апэрацыйная сыстэма
davvisámegiella: Operatiivavuogádat
Esperanto: Operaciumo
客家語/Hak-kâ-ngî: Chok-ngia̍p hì-thúng
한국어: 운영 체제
hornjoserbsce: Dźěłowy system
Interlingue: Operativ systema
íslenska: Stýrikerfi
Lëtzebuergesch: Betribssystem
Lingua Franca Nova: Sistem de opera
македонски: Оперативен систем
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Chŏ̤-cáuk hiê-tūng
Nederlands: Besturingssysteem
नेपाल भाषा: अपरेटिङ सिस्टम
norsk nynorsk: Operativsystem
oʻzbekcha/ўзбекча: Ishlatuv tizimi
Pälzisch: Betriebssystem
Plattdüütsch: Bedriefssystem
português: Sistema operativo
Qaraqalpaqsha: Operatsion sistema
Ripoarisch: Bedriefsystem
русиньскый: Операчна сістема
Simple English: Operating system
slovenčina: Operačný systém
slovenščina: Operacijski sistem
Soomaaliga: Operating system
српски / srpski: Оперативни систем
srpskohrvatski / српскохрватски: Operativni sistem
Taqbaylit: Anagraw n wammud
татарча/tatarça: Операцион система
Tiếng Việt: Hệ điều hành
吴语: 操作系统
粵語: 作業系統
žemaitėška: Uoperacėnė sėstema
中文: 操作系统