Sintesis pertuturan

Stephen Hawking ialah salah seorang pengguna sintesis pertuturan yang masyhur

Sintesis pertuturan (speech synthesis) adalah penghasilan pertuturan manusia tanpa mengggunakan suara manusia secara langsung.

Secara umum, pensintesis pertuturan (speech synthesizer) adalah perisian atau perkakasan yang mampu menghasilkan "ujaran buatan" (artificial speech).

Sistem ujaran buatan "sintesis pertuturan", yang sering dipanggil sistem teks-ke-pertuturan (text-to-speech, TTS), merujuk kepada keupayaannya untuk menukar teks kepada pertuturan. Bagaimanapun, terdapat sistem yang hanya menghasilkan wakil simbol linguistik seperti transkripsi fonetik kepada pertuturan.

Seimbas berkenaan dengan teknologi sintesis pertuturan

Gambaran am sebuah sistem TTS tipikal

Sistem teks-ke-pertuturan (atau enjin) terdiri daripada dua bahagian: bahagian depan dan bahagian belakang. Umumnya, bahagian hadapan mengambil input dalam bentuk teks dan output wakil simbol linguistik. Bahagian belakang mengambil wakil simbol linguistik sebagai input dan menghasilkan gelombang ujaran buatan. Keaslian pensintesis pertuturan biasanya merujuk kepada berapa tepat bunyi output kedengaran seperti suara manusia sebenar.

Bahagian hadapan mempunyai dua tugas utama. Pertama, ia mengambil teks mentah dan menukar sebahagian daripadanya seperti nombor dan ringkasan kepada perkataan bertulis yang setara. Proses ini dikenali sebagai "penormalan teks" (text normalization), "prapemprosesan", atau "pembuatan token" (tokenization). Kemudian ia memberikan transkripsi fonetik kepada setiap perkataan, dan menandakan teks kepada pelbagai unit prosodi, seperti frasa, klausa, dan ayat. Proses pemberian transkripsi fonetik kepada perkataan ini dikenali sebagai "teks-ke-fonem" (text-to-phoneme, TTP) atau penukaran " grafem-ke-fonem" (grapheme-to-phoneme GTP). Gabungan transkripsi fonetik dan maklumat mengenai unit prosodi membentuk output wakil simbol linguistik pada bahagian hadapan.

Bahagian lain, bahagian belakang, mengambil wakil simbol linguistik dan menukarkannya kepada output bunyi sebenar. Bahagian belakang sering dirujuk sebagai "pensintesis". Teknik pensintesis yang berlainan dibincangkan di bawah.

Bahasa lain
Afrikaans: Spraaksintese
العربية: تصنيع صوتي
Bahasa Indonesia: Sintesis bunyi
български: Речеви синтез
čeština: Syntéza řeči
Esperanto: Parolsintezo
føroyskt: Talusyntesa
français: Synthèse vocale
한국어: 음성 합성
italiano: Sintesi vocale
қазақша: Сөз синтезі
latviešu: Runas sintēze
Nederlands: Spraaksynthese
日本語: 音声合成
norsk nynorsk: Talesyntese
Papiamentu: Síntesis di bos
polski: Synteza mowy
português: Síntese de fala
русский: Синтез речи
Simple English: Text to Speech
српски / srpski: Sinteza govora
srpskohrvatski / српскохрватски: Sinteza govora
svenska: Talsyntes
українська: Синтез мовлення
中文: 语音合成