Shunsuke Nakamura

Jangan dikelirukan dengan Shinsuke Nakamura.
Shunsuke Nakamura
Maklumat peribadi
Nama penuh Shunsuke Nakamura [1]
Tarikh lahir (1978-06-24) 24 Jun 1978 (umur 39)
Tempat lahir Yokohama, Jepun
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10+18 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Bersara
Kerjaya remaja
1986–1995 Nissan Junior Youth
1995–1998 Tōkō Gakuen High School
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1997–2002 Yokohama F. Marinos 148 (33)
2002–2005 Reggina 81 (16)
2005–2009 Celtic 128 (29)
2009–2010 Espanyol 12 (0)
Pasukan kebangsaan
1997 Jepun B20 5 (1)
2000 Jepun B23 4 (0)
2000–2010 Jepun 98 (24)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 28 October 2013.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 1 July 2010

Shunsuke Nakamura (中村 俊輔 Nakamura Shunsuke ?, lahir 24 Jun 1978) merupakan bekas pemain bola sepak professional Jepun kali terakhir bermain untuk Espanyol. Beliau merupakan pemain pertama dan satu-satunya untuk dinamakan Pemain Paling Bernilai Liga J. dua kali, menerima anugerah itu pada tahun 2000. [2] Beliau dikenali kerana visi, sentuhan, dan keupayaan mengambil sepakan percuma; Steve Perryman pernah berkata bahawa Nakamura "boleh membuka tin kacang menggunakan kaki kirinya". [3]

Bekas kelabnya termasuk Espanyol, Celtic, dan Reggina. Ketika tempohnya bersama Celtic, beliau menjadi salah seorang pemain Asia paling menonjol yang beraksi di Eropah; beliau dicalonkan untuk Ballon d'Or 2007, [4] dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain SPFA [5] dan Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan SFWA [6] pada tahun 2007, dan menjadi pemain Jepun pertama untuk menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara Eropah. [7] Pencapaian pasukannya di Celtic termasuklah memenangi Liga Perdana Scotland pada tahun 2006, 2007, dan 2008, Piala Liga Scotland pada tahun 2006 dan 2009, dan Piala Scotland pada tahun 2007.

Nakamura mempunyai 98 kap dan 24 gol untuk Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, termasuklah penampilannya ketika peringkat akhir Piala Dunia FIFA pada tahun 2006 dan 2010. [8] Beliau juga memenangi Piala Asia pada tahun 2000 dan 2004; beliau dinamakan Pemain Paling Bernilai semasa pertandingan tahun 2004. Beliau juga beraksi ketika Piala Dunia B-20 FIFA 1997 sebagai ahli pasukan Jepun bawah-20 dan ketika Sukan Olimpik Musim Panas 2000 sebagai ahli pasukan Jepun bawah-23.

Asteroid 29986 Shunsuke juga dinamakan sempena namanya.

Kejayaan

Individu

  • Sebelas Terbaik Liga J. (2): 1999, 2000
  • Pemain Paling Bernilai Liga J.: 2000
  • Pemain Paling Bernilai Piala Asia : 2004
  • Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain SPFA : 2007
  • Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan SFWA : 2007
  • Pasukan Terbaik Musim Scotland PFA: 2007 [9]
  • Pemain Terbaik Tahunan Celtic: 2007 [10]
  • Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Peminat Celtic: 2007 [10]
Bahasa lain
azərbaycanca: Şunsuke Nakamura
Bahasa Indonesia: Shunsuke Nakamura
беларуская: Сюнсукэ Накамура
македонски: Шунсуке Накамура
日本語: 中村俊輔
norsk nynorsk: Shunsuke Nakamura
português: Shunsuke Nakamura
Simple English: Shunsuke Nakamura
slovenščina: Šunsuke Nakamura
српски / srpski: Шунсуке Накамура
srpskohrvatski / српскохрватски: Shunsuke Nakamura
Tiếng Việt: Nakamura Shunsuke
українська: Накамура Сюнсуке
粵語: 中村俊輔
中文: 中村俊輔