Senarai Merah IUCN

Peratus spesies mengikut kelompok yang disenaraikan      terancam teruk,      terancam, atau      terjejas dalam Senarai Merah IUCN 2007.

Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (Bahasa Inggeris: IUCN Red List of Threatened Species, juga dikenali sebagai Senarai Merah IUCN atau Senarai Data Merah) yang diasaskan pada tahun 1948, ialah inventori status pemuliharaan spesies haiwan dan tumbuhan sedunia yang paling menyeluruh di dunia. Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) ialah lembaga status pemuliharaan spesies yang utama di dunia. Serantaian Senarai Merah Serantau dihasilkan oleh negara atau pertubuhan untuk menilai risiko kepupusan spesies dalam lingkungan unit pengurusan politik.

Senarai Merah IUCN berlandaskan kriteria persis yang menilai risiko kepupusan untuk ribuan spesies dan subspesies. Kriteria-kriteria ini adalah relevan kepada semua spesies dan semua tempat di dunia. Tujuannya adalah menyampaikan betapa pentingnya isu-isu pemuliharaan kepada orang awam dan penggubal dasar, di samping membantu masyarakat antarabangsa cuba mencegah kepupusan spesies.

Antara badan-badan penaksir spesies utama termasuk BirdLife International, Institut Zoologi (bahagian penyelidikan Persatuan Zoologi London), Pusat Pengawasan Pemuliharaan Sedunia, dan pelbagai kumpulan-kumpulan khusus di bawah IUCN's Suruhanjaya Kemandirian Spesies (Species Survival Commission, SSC). Secara keseluruhannya, hasil penaksiran pertubuhan-pertubuhan dan kumpulan-kumpulan sedemikian menjelaskan hampir separuh bilangan spesies yang terdapat dalam Senarai Merah.

Senarai Merah IUCN dianggap oleh ramai pihak sebagai sistem yang paling objektif dan berwibawa untuk menggolongkan spesies dari seggi risiko kepupusan.[1] Templat:Conservation status

IUCN bertujuan menilai semula kategori setiap spesies setiap lima tahun sekali sekiranya mampu, tidak pun sekurang-kurangnya sepuluh tahun sekali, secara ulasan rakan melalui kumpulan-kumpulan khusus SCC IUCN, iaitu lembaga-lembaga Senarai Merah yang bertanggungjawab terhadap satu spesies, sekelompok spesies atau kawasan geografi yang tertentu, contohnya BirdLife International memerhati seluruh kelas hidupan burung.[2]

Keluaran 2008

Senarai Merah 2008 keluar pada 6 Oktober 2008, di Kongres Pemuliharaan Sedunia IUCN di Barcelona, dan "telah mengesahkan timbulnya krisis kepupusan, yang mana satu daripada empat [spesies mamalia] berisiko menjadi lenyap buat selamanya".[3] Kajian tersebut mendapati sekurang-kurangnya 1,141 daripada 5,487 spesies mamalia di Bumi diketahui menghadapi ancaman kepupusan, sementara 836 lagi disenaraikan sebagai "kekurangan data".[4]

Bahasa lain
Afrikaans: IUBN-rooilys
azərbaycanca: Qırmızı kitab
Bahasa Indonesia: Daftar merah IUCN
Bân-lâm-gú: IUCN Âng Miâ-toaⁿ
беларуская: Чырвоная кніга
English: IUCN Red List
føroyskt: IUCN Reyðlistin
Հայերեն: Կարմիր գիրք
ქართული: წითელი წიგნი
қазақша: Қызыл кітап
Кыргызча: IUCN Red List
лезги: Яру улуб
მარგალური: ჭითა წინგი
norsk nynorsk: Global raudliste
oʻzbekcha/ўзбекча: Qizil kitob
Plattdüütsch: Rode List
саха тыла: Кыһыл кинигэ
Simple English: IUCN Red List
slovenščina: Rdeči seznam IUCN
Soomaaliga: Liiska Cas ee MCID
српски / srpski: Црвена листа IUCN
srpskohrvatski / српскохрватски: IUCN-ov crveni popis
svenska: Rödlistning
Tiếng Việt: Sách Đỏ IUCN
тоҷикӣ: Китоби сурх
Türkmençe: Gyzyl kitap