Roket Qassam

Roket Qassam ( Bahasa Arab: صاروخ القسامṢārūkh al-Qassām; juga Kassam) adalah sejenis artileri roket keluli ringkas yang diisi dengan bahan letupan. Roket ini dibangunkan dan digunakan oleh Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap ketenteraan Hamas. Tiga buah model telah dihasilkan dan digunakan antara tahun 2001 sehingga 2010.

Secara umum, kesemua jenis serangan roket oleh Palestin ke atas Israel, sebagai contoh roket yang digunakan oleh Pergerakan Jihad Islam Palestin Al Quds, dikenali sebagai Qassam oleh media Israel dan media asing. [1]

Roket Qassam mula terkenal sebagai jenis roket yang digunakan oleh pasukan bersenjata Palestin menentang Israel semasa Intifada Kedua semasa pertelingkahan Israel–Palestin. [2] [3] Sejak 2000 sehingga 2009, roket Qassam telah membunuh 22 penduduk Israel dan seorang rakyat Thailand. [4] [5]

Sejarah Qassam

Asal

Roket Qassam dinamakan sempena Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap bersenjata Hamas. Ia dinamakan bersempena nama Izz ad-Din al-Qassam, seorang pendakwah bersenjata Syria yang meninggal dunia dalam satu serangan gerila terhadap pihak berkuasa wajib Britain pada tahun 1935 dan menjadi pemangkin bagi pemberontakkan Arab pada tahun 1936. [6] [7]

Pelancaran Roket

Penghasilan roket Qassams bermula pada September 2001 sejurus selepas kebangkitan Intifada kedua. Roket Qassam pertama yang dilancarkan adalah Qassam-1, dilancar pada Oktober 2001, dengan jarak maksima 3 kilometer (2 batu) hingga 4.5 kilometer (3 batu). [6] 10 February 2002 merupakan kali pertama Palestin melancarkan roket ke Israel, bukannya ke penempatan Israel di Semenanjung Gaza. Salah satu roket mengenai Kibbutz Saad. [8] Roket Qassam pertama kali mengenai bandar Israel pada 5 March 2002 apabila dua roket menghentam selatan bandar Sderot. Sesetengah roket turut mengenai sejauh pinggir bandar Ashkelon. Jumlah keseluruhan bilangan roket Qassam yang dilancarkan melampaui 1,000 menjelang 9 Jun 2006. Dalam tahun 2006 sendiri, lebih dari 1,000 roket telah dilancarkan. Pada tahun 2008, 1,750 roket telah dilancarkan. Menjelang penghujung Disember 2008, sejumlah 15 orang telah terbunuh akibat roket Qassam sejak serangan bermula pada 2001. [9]

Tindak balas Israel

Roket Qassam dipamerkan di dewan bandar Sderot

Pengenalan roket Qassam mengejutkan ahli politik dan pakar tentera Israel, [10] dan mendapat reaksi yang bercampur-campur. [11] Pada tahun 2006, Kementerian Pertahanan Israel melihat roket Qassam sebagai "lebih kepada ancaman psikologi berbanding fizikal." [12] Pasukan Pertahanan Israel telah bertindak balas akan penggunaan roket Qassam dengan melaksanakan sistem amaran awal "Warna Merah" di Sderot, Ashkelon dan sasaran berisiko tinggi. Sistem ini terdiri daripada radar maju yang mengesan roket ketika ia dilancarkan, dan pembesar suara yang memberi amaran kepada penduduk awam untuk berlindung antara 15 dan 45 saat sebelun hentaman roket [13] sebagai cubaan bagi mengurangkan ancaman dari roket. Sistem yang dikenali sebagai Kubah Besi, direka bagi memintas roket sebelum ia mengenai sasaran, kini sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi pada Mei 2010.

Bahasa lain
العربية: صاروخ القسام
Bahasa Indonesia: Roket Qassam
Basa Jawa: Roket Qassam
български: Касам (ракета)
català: Qassam
čeština: Kassám (raketa)
Deutsch: Kassam-Rakete
English: Qassam rocket
español: Qassam
Esperanto: Kassam-raketo
فارسی: راکت قسام
français: Roquette Qassam
한국어: 카쌈 로켓
Հայերեն: Քասամ հրթիռ
italiano: Qassam
עברית: קסאם
Nederlands: Qassam-raket
polski: Kassam
português: Foguete Qassam
српски / srpski: Касам ракета
svenska: Qassam-raket
українська: Кассам (ракета)
ייִדיש: קאסאם
中文: 卡桑火箭