Republik Rakyat China

Republik Rakyat China
ريڤوبليك رعيه چينا

中华人民共和国[a]
Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó
Flag of China
Jata bagi China
BenderaJata
Lagu kebangsaan: Barisan Para Sukarelawan
《义勇军进行曲》
Wilayah kuasaan berwarna hijau gelap;Wilayah tuntutan yang tidak dikuasai berwarna hijau muda.
Wilayah kuasaan berwarna hijau gelap;
Wilayah tuntutan yang tidak dikuasai berwarna hijau muda.
Ibu negaraBeijing (北京)
Bandar terbesarShanghai (上海)
Bahasa rasmiMandarin Baku (de facto)[1]
Bahasa-bahasa daerah yang diiktirafRujuk Bahasa di China
Tulisan rasmiTulisan Cina Ringkas[1]
Kumpulan etnik92% Han; 55 kaum minoriti teriktiraf
DemonimCina
KerajaanRepublik rakyat,[2]
negara komunis,[3][4]
[b]
Xi Jinping
• Perdana Menteri
Li Keqiang
PerundanganKongres Rakyat Kebangsaan
Penubuhan
• RRC diisytiharkan
1 Oktober 1949
Luas
• Jumlah
9,640,821 km2 (3,722,342 bt2)[c] or 9,671,018 km2[c] (ke-3/ke-4)
• Air (%)
2.8[d]
Penduduk
• Anggaran 2010
1,338,612,968[5] (pertama)
• Bancian 2000
1,242,612,226
• Ketumpatan
139.6/km2 (361.6/sq mi) (ke-53)
KDNK (PPP)anggr. 2016 
• Jumlah
$21.4 trilion (ke-1)
• Per kapita
$15,399 (ke-78)
KDNK (nominal)anggr. 2016 
• Jumlah
$11.2 trilion (ke-2)
• Per kapita
$8123 (ke-71)
Gini (2007)47.0[6]
Ralat: Nilai Gini tidak sah
HDI (2007) 0.772[7]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-91
Mata wangYuan China (¥) (CNY)
Zon waktuWaktu Piawai China (UTC+8)
Format tarikhyyyy-mm-dd
or yyyymd
(CE; CE-1949)
Memandu di sebelahkanan, kecuali Hong Kong & Makau
Kod panggilan86 [d]
Internet TLD.cn[d]
a.   Lihat juga Nama-nama China.

b.   Ringkasan pencirian struktur politik sejak 1980-an tidak dapat dilakukan.[8]

c.   9,598,086 km2 kecuali semua wilayah pertikaian.
9,640,821 km2 Termasuk kawasan tadbiran RRC (Aksai Chin dan Kawasan Rentas Karakoram yang dituntut oleh India), tidak termasuk Taiwan.[9]

d.   Maklumat untuk tanah besar China sahaja, tanpa merangkumi Hong Kong, Makau dan wilayah tadbiran Republik China (Taiwan).
Republik Rakyat China
Cina Ringkas:
Cina Tradisional:

Republik Rakyat China (RRCCina: 中华人民共和国), lebih dikenali dengan nama China (Cina: 中国) sahaja, ialah sebuah negara di Asia Timur yang merupakan negara paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1,300 juta orang, iaitu kira-kira satu perlima manusia di bumi. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti,[10] dan berbidang kuasa di 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi, empat perbandaran tadbiran langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai, dan Chongqing), dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi tinggi[11] (Hong Kong dan Makau). Ibu negara RRC ialah Beijing.[12]

Pada keluasan kira-kira 9.6 juta kilometer persegi (3.7 juta batu persegi), RRC ialah negara ketiga atau keempat terluas di dunia dari segi keluasan keseluruhan,[13] dan negara kedua terbesar dari segi keluasan daratan.[14] Lanskapnya dipelbagaikan dari tanah hutan steppe dan gurun (Gobi dan Taklamakan) di bahagian utara yang kering bersebelahan dengan Mongolia dan Siberia di Rusia, hingga ke hutan-hutan subtropika di bahagian selatan yang lembap bersebelahan dengan negara-negara Vietnam, Laos, dan Myanmar. Rupa bumi di bahagian baratnya tinggi dan berceranggah, dengan banjaran-banjaran Himalaya dan Tian Shan yang membentuk sempadan semula jadi China dengan India dan Asia Tengah, berbeza sekali dengan pinggiran laut timur tanah besar China yang bertanah dan digarisi pantai sepanjang 14,500 kilometre (9,010 mi) di tepi Laut China Selatan di tenggara dan Laut China Timur di timur yang juga terletaknya Taiwan, Korea, dan Jepun.

Tamadun Cina purba—antara tamadun-tamadun terawal di dunia—menjadi makmur di lembangan subur Sungai Kuning yang mengalir merentasi Dataran China Utara.[15] Selama lebih 4,000 tahun, sistem politik China berasaskan sistem raja turun-temurun (juga dikenali sebagai dinasti). Dinasti pertamanya ialah Xia (kira-kira 2000 SM), tetapi pada zaman Dinasti Qin barulah lahirnya negara China yang bersatu pada 221 SM. Dinasti terakhir, iaitu Dinasti Qing, berakhir pada tahun 1911 dengan penubuhan Republik China (ROC) oleh pejuang nasionalis Kuomintang (KMT). Separuh pertama abad ke-20 menyaksikan China dalam kancah pecah belah dan perang saudara yang membahagikan negara kepada dua paksi politik, iaitu Kuomintang dan komunis. Pada 1949, pertempuran besar-besaran berakhir dengan kemenangan dalam perang saudara oleh pihak komunis mengasaskan Republik Rakyat China di tanah besar China. Kerajaan Republik China pimpinan Kuomintang berundur ke Taipei, dengan bidang kuasanya kini terhad kepada Taiwan dan beberapa pulau terpencil. Semenjak itu, RRC sentiasa berbalah dengan RC mengenai perihal kedaulatan dan taraf politik Taiwan.

Sejak pembaharuan ekonomi berasaskan pasaran diperkenalkan pada tahun 1978, China telah menjadi sebuah ekonomi utama yang paling cepat bertumbuh di dunia,[16] pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar untuk segala barang dagangan. Pengindustrian pesat telah membenamkan kadar kemiskinannya dari 53% pada tahun 1981 kepada 8% pada tahun 2001.[17] Namun demikian, RRC kini berdepan dengan sebilangan masalah lain termasuk kependudukan yang semakin berusia kesan dasar anak tunggal,[18] jurang pendapatan yang makin besar antara penduduk bandar dan luar bandar, dan pencemaran alam sekitar.[19][20] Lebih-lebih lagi, China turut dikecam atas pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan-kerajaan negara lain mahupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO),[21] di samping sering kali mengganggu kebebasan akhbar.[22]

China ialah sebuah kuasa utama, ekonomi kedua terbesar di dunia secara nominal (atau terbesar di dunia mengikut pariti kuasa beli) dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping menganggotai pertubuhan-pertubuhan berbilang pihak termasuk WTO, APEC, G-20 dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. China ialah sebuah negara bersenjata nuklear yang teriktiraf dan juga bala tentera tetap terbesar di dunia dengan belanjawan pertahanan kedua termahal. China disifatkan berpotensi menjadi kuasa terbesar oleh sesetengah ahli akademik,[23] serta para penganalisa ketenteraan,[24] dasar awam dan ekonomi.[25]

Bahasa lain
адыгабзэ: Китай
Akan: China
Alemannisch: Volksrepublik China
العربية: الصين
অসমীয়া: চীন
авар: Чин
تۆرکجه: چین
Bahasa Banjar: Ripublik Rakyat Cina
Bahasa Indonesia: Republik Rakyat Tiongkok
bamanankan: China
বাংলা: গণচীন
Baso Minangkabau: Republik Rakyaik Cino
беларуская: Кітай
беларуская (тарашкевіца)‎: Кітай
भोजपुरी: चीन
Bislama: Jaena
Boarisch: Kina
bosanski: Kina
български: Китай
Chamoru: China
Chavacano de Zamboanga: China
Chi-Chewa: China
chiShona: China (nyika)
chiTumbuka: China
corsu: China
dansk: Kina
davvisámegiella: Kiinná
ދިވެހިބަސް: ސީނުކަރަ
Dorerin Naoero: Tsiene
Ελληνικά: Κίνα
emiliàn e rumagnòl: Cina
English: China
Esperanto: Ĉinio (Ŝtato)
eʋegbe: China
فارسی: چین
Fiji Hindi: China
français: Chine
Frysk: Sina
Fulfulde: Ciina
Gagana Samoa: Saina
Gĩkũyũ: China
ગુજરાતી: ચીન
गोंयची कोंकणी / Gõychi Konknni: चीन
Hausa: Sin
Hawaiʻi: Kina
Հայերեն: Չինաստան
hornjoserbsce: China
hrvatski: Kina
Ilokano: Tsina
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: গণচীন
interlingua: China
Interlingue: China
ᐃᓄᒃᑎᑐᑦ/inuktitut: ᓴᐃᓇ
Ирон: Китай
isiXhosa: IShayina
isiZulu: IShayina
italiano: Cina
kalaallisut: Kina
ქართული: ჩინეთი
कॉशुर / کٲشُر: چیٖن
Kinyarwanda: Ubushinwa
Кыргызча: Кытай
коми: Китай
Kongo: Sina
Kreyòl ayisyen: Chin
kurdî: Çîn
latgaļu: Ķīna
latviešu: Ķīna
lea faka-Tonga: Siaina
Lëtzebuergesch: Volleksrepublik China
Ligure: Cinn-a
Limburgs: China
lingála: Sína
Livvinkarjala: Kitai
lumbaart: Cina
magyar: Kína
മലയാളം: ചൈന
къарачай-малкъар: Къытай Халкъ Республика
Malti: Ċina
Māori: Haina
मराठी: चीन
მარგალური: ჩინეთი
مصرى: الصين
مازِرونی: چین
Mirandés: China
Перем Коми: Кина
мокшень: Китай
монгол: Хятад улс
Nāhuatl: China
Na Vosa Vakaviti: Jaina (matanitu)
Nedersaksies: Volksrippebliek China
नेपाल भाषा: चीन
Napulitano: Cina
Nordfriisk: China
Norfuk / Pitkern: Shiina
norsk nynorsk: Folkerepublikken Kina
олык марий: Китай
ଓଡ଼ିଆ: ଚୀନ
Oromoo: Chaayinaa
oʻzbekcha/ўзбекча: Xitoy
پنجابی: چین
Papiamentu: China
ភាសាខ្មែរ: ចិន
Piemontèis: Cin-a
Plattdüütsch: Volksrepubliek China
Ποντιακά: Κίνα
português: China
Qaraqalpaqsha: Qıtay
qırımtatarca: Çin Halq Cumhuriyeti
reo tahiti: Tinitō
Romani: China
Sängö: Sînä
sardu: Cina
Sesotho: Tjhaena
Sesotho sa Leboa: Tšhaena
shqip: Kina
sicilianu: Cina
සිංහල: චීනය
سنڌي: چين
SiSwati: IShayina
slovenčina: Čína
словѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟ: Срѣдинꙗнє
Soomaaliga: Shiinaha
Sranantongo: Sneysa
српски / srpski: Кина
srpskohrvatski / српскохрватски: Kina
suomi: Kiina
svenska: Kina
Tagalog: Tsina
தமிழ்: சீனா
Taqbaylit: Ccinwa
татарча/tatarça: Кытай
తెలుగు: చైనా
tetun: Xina
Tiếng Việt: Trung Quốc
Tshivenda: China
Türkçe: Çin
Twi: China
тыва дыл: Кыдат
удмурт: Китай
اردو: چین
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: جۇڭخۇا خەلق جۇمھۇرىيىتى
vepsän kel’: Kitai
Volapük: Tsyinän
West-Vlams: China
Xitsonga: Chayina
ייִדיש: כינע
डोटेली: चीन देश
ГӀалгӀай: Чинхойче
Kabɩyɛ: Siini
Lingua Franca Nova: Xina