Projek Delta

Peta Projek Delta.

Projek Delta adalah salah satu siri projek pembinaan di barat daya Belanda untuk melindungi kawasan besar tanah di sekitar Rhine-Meuse-Scheldt. Kerja-kerja terdiri daripada tetembak, empangan, sluis adalah untuk memendekkan pantai Belanda, sekali gus mengurangkan jumlah banjir yang melanda bandar-bandar besar seperti Eindhoven dan The Hague.

Sejarah

Kebanyakan tanah Belanda lebih rendah daripada paras laut dan sering dilanda banjir besar. Orang Belanda pada zaman dahulu amat sensitif terhadap bencana banjir sehingga semua kanak-kanak perlu belajar berenang agar dapat menyelamatkan diri apabila berlakunya banjir. Sejak itu, mereka berusaha melakukan pelbagai cara untuk mengekang kejadian banjir dengan membuat benteng di laut serta sunga seawal abad ke-9 hinggalah pengenalan sistem daik (benteng atau tembok daripada tanah) ketika abad ke-12 dan abad ke-13.

Antara Januari dan Februari 1953, bahagian barat Belanda dibadai taufan dahsyat menyebabkan kemusnahan besar sehingga 1,800 orang terkorban. Susulan itu, pihak kerajaan giat melakukan pelbagai pelan tindakan untuk mengelak kejadian sama menggunakan teknologi kejuruteraan canggih bagi mengukuhkan kawasan pinggir pantai dan tebing sungai. Projek Delta diperkenalkan dengan pembinaan empangan, sluis (pintu laluan air), daik, tetambak dan penghadang ribut di sepanjang wilayah barat daya secara besar-besaran. Projek ini siap pada Ogos 2010 manakala usaha menambahbaik dijalankan sebagai menghadapi fenomena pemanasan global ini.

Bahasa lain
Afrikaans: Deltawerke
العربية: أعمال الدلتا
asturianu: Plan Delta
Bahasa Indonesia: Delta Plan
català: Pla Delta
čeština: Deltawerken
Deutsch: Deltawerke
Ελληνικά: Delta Works
English: Delta Works
español: Plan Delta
français: Plan Delta
galego: Plan Delta
한국어: 삼각주 계획
italiano: Piano Delta
Limburgs: Deltawerke
magyar: Delta Works
Nederlands: Deltawerken
日本語: デルタ計画
norsk nynorsk: Deltaprosjektet
polski: Plan Delta
српски / srpski: Делта план
srpskohrvatski / српскохрватски: Delta projekt (Nizozemska)
українська: Дельта (проект)
Zeêuws: Deltaplan