Peso Mexico

Peso merupakan matawang negara Mexico. Ia boleh dibahagikan kepada 100 centavos.


Simbol yang digunakan untuk peso ialah "$", manakala centavos adalah dalam bentuk "¢". Kini, kod ISO 4217nya ialah MXN (sebelum 1993 kod "MXP" telah digunakan). Di samping Mexico, peso juga digunakan di beberapa negara bekas jajahan Sepanyol yang lain.

Sejarah

Pada asalnya, peso datangnya dari dolar perak Sepanyol, yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai " pieces of eight" yang dipopularkan dalam kisah-kisah lanun dahulu kala.

Peso bermaksud berat, merujuk kepada sifat utama duit syiling tersebut yang mempunyai berat yang tertentu. Lombong bijih perak di Mexico telah membekalkan sumber perak yang mencukupi untuk pembuatan duit peso ini. Selain itu, satu sifat yang penting adalah peso ini mempunyai tepian yang boleh menunjukkan sama ada duit ini telah diubahsuai atau tidak. Mengubahsuaikan wang peso merupakan amalan biasa kerana dengan mencairkan tepian duit emas atau perak ini, seseorang itu boleh mendapat logam bermutu tinggi. Oleh sebab peso merupakan duit perak tulin dengan berat yang tertentu, agak sukar untuk membuat wang palsu dan ia merupakan matawang yang popular hinggalah kehari ini.

Bahasa lain
Afrikaans: Meksikaanse peso
العربية: بيزو مكسيكي
azərbaycanca: Meksika pesosu
Bahasa Indonesia: Peso Meksiko
Bân-lâm-gú: Be̍k-se-ko peso
беларуская: Мексіканскі песа
català: Peso mexicà
čeština: Mexické peso
English: Mexican peso
español: Peso mexicano
Esperanto: Meksika peso
euskara: Peso mexikar
فارسی: پزو مکزیک
français: Peso mexicain
한국어: 멕시코 페소
hrvatski: Meksički pezo
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: মেক্সিকান পেসো
interlingua: Peso mexican
italiano: Peso messicano
lietuvių: Meksikos pesas
монгол: Мексик песо
Nāhuatl: Mexihco peso
Nederlands: Mexicaanse peso
português: Peso mexicano
română: Peso mexican
Simple English: Mexican peso
српски / srpski: Мексички пезос
srpskohrvatski / српскохрватски: Meksički pezo
Tiếng Việt: Peso México
Türkçe: Meksika pesosu