Perwakilan berkadar

Perwakilan Berkadar merupakan suatu sistem pengundian atau pilihan raya di mana keputusan akhir pilihan raya adalah berdasarkan kepada agihan undi yang diperolehi oleh setiap parti. Misalnya, jika parti A menang 30% undi keseluruhan pilihan raya, 30% kerusi di parlimen akan diberi kepada parti tersebut. Ini bermakna setiap undian adalah bernilai. Manakala dalam sistem pengundian majoriti mudah (simple majority), peratusan ini tidak penting.

Terdapat tiga sistem yang berasaskan pengundian cara perwakilan berkadar:

  • Sistem Senarai Parti (Party List System)
  • Sistem Campuran Ahli (Mixed Member System)
  • Undi Pemindahan Tunggal (Single Transferable Vote)

Sistem Senarai Parti

Sistem ini merupakan sistem yang paling popular berbanding dengan kaedah lain dalam sistem perwakilan berkadar. Semua parti akan menyenaraikan nama calon-calon yang mewakili parti masing-masing. Semua nama ini akan dicetak ke atas kertas undi. Sewaktu pilihan raya, para pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Sistem ini mudah difahami kerana perwakilan di Parlimen mencerminkan agihan undi yang diraih oleh setiap parti dalam pilihan raya.

Negara-negara yang mengamalkan sistem pengundian ini adalah: Afrika Selatan, Algeria, Angola, Argentina, Austria, Belanda, Belgium, Benin, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Burkina Faso, Burundi, Cape Verde, Chile, Colombia, Costa Rica, Cyprus, Denmark, Republik Dominican, El Salvador, Eritrea, Estonia, Finland, Greece, Guinea-Bissau, Guinea Khatulistiwa, Guyana, Iceland, Indonesia, Israel, Kemboja, Latvia, Liberia, Liechtenstein, Luxembourg, Moldova, Montenegro, Mozambique, Namibia, Nicaragua, Norway, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Republik Czech, Republik Dominican, Romania, San Marino, São Tomé dan Príncipe, Sepanyol, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sri Lanka, Surinam, Sweden, Switzerland, Turki, Uruguay.

Bahasa lain
العربية: تمثيل نسبي
Bahasa Indonesia: Perwakilan berimbang
한국어: 비례대표제
日本語: 比例代表制
occitan: Proporcionala
srpskohrvatski / српскохрватски: Proporcionalni izborni sistem
Tiếng Việt: Đại diện tỷ lệ