Persekutuan Badminton Dunia

BWF logo.jpg

Persekutuan Badminton Dunia atau BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan dunia Badminton. Ditubuhkan pada 1934 sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa bersama 9 anggota ( Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland Utara, Belanda, New Zealand, Scotland, dan Wales. Pada 24 September 2006, Perjumpaan Tahunan diadakan di Madrid, yang mana kata sepakat menerima penukaran nama baru kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). [1]

Pejabat utama pertubuhan ini terletak di Cheltenham, United Kingdom sejak ia ditubuhkan, tetapi pada 1 Oktober, 2005, ia kini terletak di Kuala Lumpur. Presiden terkini ialah Kang Young Joong. [2]

Konfederasi Benua

BWF bekerjasama dengan badan kerajaan benua untuk sama-sama memprosomikan dan memperkenalkan badminton di seluruh dunia, seperti: [3]

Peta dunia dengan lima konfederasi
Benua Konfederasi Singkatan Ahli
     Asia Konfederasi Badminton Asia BAC 39
     Eropah Badminton Eropah BE 51
     Amerika Badminton Seluruh Amerika BPA 30
     Afrika Konfederasi Badminton Afrika BAC 31
     Australasia Badminton Australasia BO 8
Jumlah 159
Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Federasi Bulu Tangkis Dunia