Perdagangan adil

Pisang yang dieksport dari Republik Dominica dengan label perdagangan saksama (fairtrade) yang diiktiraf.

Perdagangan adil atau perdagangan saksama merupakan pergerakan sosial yang bertujuan membantu pengeluar di negara-negara membangun mencapai keadaan perdagangan yang lebih baik serta mempromosikan pertanian mapan. Mereka yang terlibat dalam pergerakan ini menyokong pembayaran harga yang lebih tinggi kepada pengeksport serta juga standard sosial dan persekitaran yang lebih baik. Pergerakan ini memberi tumpuan khususnya kepada komoditi atau produk yang biasanya dieksport dari negara-negara membangun ke negara-negara maju tetapi juga digunakan pasaran dalam negeri (contohnya Brazil, India dan Bangladesh) terutamanya kraftangan, kopi, koko, wain, gula, buah-buahan segar, coklat, bunga dan emas.[1][2]

Pergerakan ini bertujuan mengalakkan lebih ekuiti dalam perkongsian perdagangan antarabangsa melalui dialog, ketelusan, dan rasa hormat. Ia menggalakkan pembangunan mapan dengan menawarkan keadaan perdagangan yang lebih baik serta  melindungi hak-hak pengeluar dan pekerja yang terpinggir di negara-negara membangun.[3] Perdagangan adil didasarkan pada tiga kepercayaan teras:

  1. Pengeluar mempunyai kuasa untuk menyatakan perpaduan dengan pengguna.
  2. Amalan perdagangan dunia yang wujud pada masa ini menggalakkan pengagihan kekayaan tidak sama rata antara negara-negara. Akhir sekali;
  3. Pembelian produk dari pengeluar di negara-negara membangun pada harga yang adil adalah cara yang lebih berkesan mempromosikan pembangunan mapan daripada kaedah kerja amal dan bantuan yang tradisional.[4]

Terdapat beberapa pemeraku yang diiktiraf menilai ciri perdagangan adil yang ada dalam sesuatu produk termasuk Fairtrade International (sebelum ini dipanggil Fairtrade Labelling Organizations International atau FLO), IMO, Make Trade Fair dan Eco-Social. Tambahan lagi sebuah agensi yang pernah memberikan lesen kepada tanda Fairtrade International iaitu Fair Trade USA berpecah dari sistem ini dan menyediakan skema pelabelan perdagangan saksamanya yang tersendiri yang menimbulkan kontroversi atas penglibatan pekebun kecil bebas dan pemilik estet-estet semua jenis tanaman dalam skema tersebut. Pada tahun 2008, Fairtrade International memperakui barangan eksport yang memenuhi kriterianya bernilai sekitar 3.4 bilion.[5][6] Pertubuhan Perdagangan Dunia menerbitkan perangkaan tahunan mengenai dagangan barang-barang dan perkhidmatan sedunia ini.

  • rujukan

Rujukan

  1. ^ Brough, David (January 10, 2008), "Briton finds ethical jewellery good as gold", Reuters, NA 
  2. ^ Moseley, WG (2008), "Fair Trade Wine: North Africa's Post Apartheid Vineyards and the YouTube Global Economy", Globalizations, 5 (2): 291–304, 10.1080/14747730802057753 
  3. ^ = WFTO 
  4. ^ Linton, April (2012). Fair Trade from the Ground Up. University of Washington Press. ISBN 978-0-295-99172-6. 
  5. ^ Facts & figures, Fair trade 
  6. ^ "General overview" (PDF). WTO. 2006. m/s. 3. 
Bahasa lain
العربية: تجارة عادلة
Bahasa Indonesia: Perdagangan adil
català: Comerç just
čeština: Fair trade
Cymraeg: Masnach deg
Deutsch: Fairer Handel
Ελληνικά: Δίκαιο εμπόριο
English: Fair trade
español: Comercio justo
Esperanto: Justa komerco
한국어: 공정무역
עברית: סחר הוגן
қазақша: Әділ сауда
Nederlands: Eerlijke handel
日本語: 公正取引
norsk nynorsk: Rettferdig handel
português: Comércio justo
Simple English: Fair trade
slovenčina: Spravodlivý obchod
slovenščina: Pravična trgovina
српски / srpski: Pravedna trgovina
srpskohrvatski / српскохрватски: Pravedna trgovina
Türkçe: Adil ticaret
中文: 公平貿易