Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama
Tarikh28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
LokasiEropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkanj s di China dan Kepulauan Pasifik)
HasilKemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur.
Pihak yang terlibat
Pihak Bersekutu

Flag of Russia.svg Rusia
Flag of France.svg Perancis
Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom
Canadian Red Ensign (1868–1921).svg Kanada
Flag of Italy (1861–1946).svg Itali
Flag of the United States (1912-1959).svg Amerika Syarikat

Kuasa Tengah

Bulgaria Bulgaria
Empayar Uthmaniyah Empayar Turki Uthmaniyyah
Flag of Austria-Hungary (1869-1918).svg Austria-Hungary
Flag of the German Empire.svg Empayar Jerman

Korban
Mati (tentera):
5,525,000
Cedera (tentera): 12,831,500
Hilang (tentera): 4,121,000[1]
.
Mati (tentera):
4,386,000
Cedera (tentera): 8,388,000
Hilang (tentera): 3,629,000[1]
.

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balkan yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

Fail:WW1 TitlePicture For Wikipedia Article.jpg
Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Punca Perang Dunia I

Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.

Garis waktu

1914

1915

1916

1917

  • 22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.
  • 1 Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.
  • 24 Februari: Penenggelaman Laconia.
  • 15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta.
  • Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku.
  • 6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
  • 16-29 April: Serangan Chemin des Dames.
  • April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle.
  • Jun: Pertempuran Messines.
  • 6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence.
  • 16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres.
  • 6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri Rusia.
  • Oktober: Pertempuran Caporetto.
  • 7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik.
  • 10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele.
  • November: Pertempuran Cambrai.
  • 3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia.
  • 9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.

1918

  • 3 Mac: Perjanjian Brest- Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman, Austria-Hungary dan Turki).
  • 15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia keluar dari perang.
  • Mac-Jun: Serangan Ludendorff.
  • April: Serangan Zeebruggge.
  • Jun-Julai: Serangan Piave.
  • 16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya.
  • 17 Julai: Ekspedisi Archangel.
  • 29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg.
  • September: Serangan St. Mihiel.
  • September-Oktober: Pertempuran Megiddo.
  • September-November: Pertempuran Meuse- Argonne.
  • 28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak.
  • 9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan.
  • 10 November: Republik Jerman ditubuhkan.
  • 11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa membatalkan Perjanjian Brest-Litovsk.

1919

  • 28 Jun: Persetiaan Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.
Bahasa lain
Alemannisch: Erster Weltkrieg
Bahasa Indonesia: Perang Dunia I
Basa Jawa: Perang Donya I
Basa Sunda: Perang Dunya I
беларуская (тарашкевіца)‎: Першая сусьветная вайна
Dorerin Naoero: Eaket Eb I
emiliàn e rumagnòl: Prémma guèra mundièl
English: World War I
Esperanto: Unua mondmilito
estremeñu: I Guerra Mundial
Fiji Hindi: World War I
Gàidhlig: An Cogadh Mòr
客家語/Hak-kâ-ngî: Thi-yit-chhṳ Sṳ-kie Thai-chan
къарачай-малкъар: Биринчи дуния къазауат
Lëtzebuergesch: Éischte Weltkrich
مازِرونی: جهونی جنگ اول
မြန်မာဘာသာ: ပထမ ကမ္ဘာစစ်
Nedersaksies: Eerste Wealdkrieg
नेपाल भाषा: तःहताः १
Nordfriisk: Iarst Wäältkrich
norsk nynorsk: Den fyrste verdskrigen
oʻzbekcha/ўзбекча: Birinchi jahon urushi
Patois: Wol Waar I
Plattdüütsch: Eerste Weltkrieg
qırımtatarca: Birinci Cian cenki
Simple English: World War I
slovenščina: Prva svetovna vojna
Soomaaliga: Dagaalkii koowaad
српски / srpski: Први светски рат
srpskohrvatski / српскохрватски: Prvi svjetski rat
Türkmençe: Birinji jahan urşy
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: بىرىنچى دۇنيا ئۇرۇشى
vepsän kel’: Ezmäine mail'man voin
Volapük: Volakrig balid
žemaitėška: Pėrma svieta vaina