Perancis Seberang Laut

Perancis Seberang Laut
ڤرنچيس سبرڠ لاوت
Flag of
Bendera
Perancis Metropolitan (merah), wilayah-wilayah seberang laut (dibulatkan) dan wilayah yang dituntut (Tanah Adélie; berlorek)
Perancis Metropolitan (merah), wilayah-wilayah seberang laut (dibulatkan) dan wilayah yang dituntut (Tanah Adélie; berlorek)
Kedudukan
Bandar penempatanNouméa (New Caledonia), Papeete (Polinesia Perancis)
BahasaPerancis, Kreol Antilles, Kreol Guiana, Kreol Reunion, Shimaore, Tahiti, Marquesas, 'Uvean, Futuna, Drehu, Nengone, Paicî, Ajië, Xârâcùù, dan 35 bahasa asli lain di New Caledonia
Wilayah
Pemimpin
Emmanuel Macron
• Menteri Seberang Laut
Annick Girardin
Luas
• Jumlah
551,394 km2 (212,894 bt2)
Penduduk
• Anggaran
2,735,000 (2017)
Mata wangEuro
Franc CFP
Format tarikhhh/bb/tttt (AD)

Perancis Seberang Laut atau Perancis Luar Negeri (bahasa Perancis: France d'outre-mer atau les Outre-mer) ialah wilayah-wilayah Perancis yang terletak di luar benua Eropah (atau di luar Perancis Metropolitan). Wilayah tersebut mempunyai status perundangan dan tahap autonomi yang berbeza, walaupun kesemua (kecuali yang tidak mempunyai penghuni tetap) wilayah tersebut mempunyai wakil di kedua-dua Perhimpunan Kebangsaan dan Senat. Rakyat di wilayah tersebut mempunyai kerakyatan Perancis, mengundi untuk Presiden Perancis dan juga untuk Parlimen Eropah (rakyat Perancis yang tinggal di luar negara mengundi di kawasan undi seberang laut).

Kesemua wilayah ini merupakan peninggalan daripada empayar jajahan Perancis (abad ke-16 hingga ke-18 dan abad ke-19 hingga ke-20) yang tersebar di serata lautan-lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi, serta juga Guiana Perancis di benua Amerika Selatan dan beberapa gugusan pulau di kawasan Antartik serta tuntutan di benua Antartika.

Wilayah-wilayah ini merangkumi 17.9% daripada luas keseluruhan Perancis dengan keluasan tanah sebanyak 120,369 kilometer persegi (552,528 km2 jika termasuk Tanah Adélie) dan 4% daripada populasinya jika mengikut jumlah penduduk melebihi 2.7 juta orang pada tahun 2013. Bagi Tanah Adélie yang merupakan sebahagian daripada Tanah Selatan dan Antartika Perancis pula, kedaulatan Perancis dilaksanakan dalam konteks mengikut Sistem Perjanjian Antartika yang ditandatangani di Washington, D.C. pada 1959 di mana segala tuntutan wilayah "dibekukan".

Bahasa lain
Simple English: Overseas France
srpskohrvatski / српскохрватски: Francuski prekomorski departmani i teritorije