Penilikan

Penilikan atau peramalan merupakan cubaan mendapat wawasan terhadap persoalan atau situasi dengan proses atau ritual yang melibatkan kuasa ghaib.[1] Digunakan dalam pelbagai bentuk sepanjang sejarah, penilik memastikan tafsiran bagi hala tuju penanya dengan membaca tanda-tanda, peristiwa atau alamat, ataupun melalui hubungan dengan unsur ghaib.[2]

Penilikan boleh dilihat sebagai kaedah sistematik untuk menyusun aspek-aspek kewujudan yang rambang dan tidak berturutan supaya dapat memperoleh wawasan terhadap masalah yang sedia ada. Jika harus membezakan antara peramalan dan penilikan nasib, maka peramalan mempunyai unsur yang lebih formal atau berupa ritual dan sering mempunyai ciri-ciri yang lebih sosial, biasanya dalam konteks keagamaan, seperti yang terdapat dalam perubatan tradisional Afrika, sedangkan penilikan nasib adalah amalan hari-harian untuk kegunaan peribadi. Pelbagai budaya dan agama maka pelbagai juga kaedah penilikan.

Penilikan dilabel tahyul oleh komuniti saintis dan pewaham (skeptis).[3][4] Pada abad ke-2, Lucian menulis sebuah karangan tentang kerjaya seorang penyemu yang bernama "Alexander sang nabi palsu", dilatih oleh "salah seorang daripada mereka yang menghebahkan penyihiran, serapah ajaib, tangkal untuk hal cinta, bala untuk musuh, pembongkaran harta karun tersembunyi, dan pewarisan harta pusaka",[5] biarpun ramai orang Rom percaya akan mimpi ramalan dan tangkal.

  • rujukan

Rujukan

  1. ^ Peek, P.M. African Divination Systems: Ways of Knowing. page 2. Indiana University Press. 1991.
  2. ^ Silva, Sónia (2016). "Object and Objectivity in Divination". Material Religion. 12 (4): 507–509. 10.1080/17432200.2016.1227638. 1743-2200. 
  3. ^ Yau, Julianna. (2002). Witchcraft and Magic. In Michael Shermer. The Skeptic Encyclopedia of Pseudoscience. ABC-CLIO. pp. 278-282. ISBN 1-57607-654-7
  4. ^ Regal, Brian. (2009). Pseudoscience: A Critical Encyclopedia. Greenwood. p. 55. ISBN 978-0-313-35507-3
  5. ^ "Lucian of Samosata : Alexander the False Prophet". tertullian.org. 
Bahasa lain
Afrikaans: Wiggelary
العربية: كهانة
Bahasa Indonesia: Ramalan
български: Предсказание
català: Endevinació
čeština: Věštba
Cymraeg: Darogan
dansk: Divination
English: Divination
español: Adivinación
euskara: Aurresan
français: Divination
한국어: 점복
hrvatski: Proricanje
interlingua: Divination
italiano: Divinazione
ქართული: მკითხაობა
Кыргызча: Төлгө
magyar: Jóslás
македонски: Претскажување
Nederlands: Wichelarij
日本語: 占い
norsk nynorsk: Klarsyn
polski: Wróżenie
português: Adivinhação
Runa Simi: Watuq
русский: Предсказание
sicilianu: Arriminavintura
Simple English: Divination
slovenčina: Veštenie
српски / srpski: Прорицање
srpskohrvatski / српскохрватски: Proricanje
suomi: Divinaatio
svenska: Spådomskonst
татарча/tatarça: Тәкъдир
Tiếng Việt: Bói toán
Türkçe: Divinasyon
中文: 占卜
Kabɩyɛ: Tɩʋ pazɩyʋ