Pendapatan negara kasar

Pendapatan negara kasar (PNK) terdiri daripada seluruh nilai yang dihasilkan di dalam sesebuah negara, iaitu keluaran dalam negeri kasar (KDNK), bersama-sama dengan pendapatan yang diterima daripada negara-negara lain (khususnya faedah dan dividen), tolak bayaran-bayaran yang serupa kepada negara lain. Ia terdiri daripada:

  • perbelanjaan penggunaan perseorangan;
  • pelaburan swasta kasar;
  • perbelanjaan penggunaan pemerintahan;
  • pendapatan bersih daripada aset di luar negeri (penerimaan pendapatan bersih); dan
  • eksport kasar barangan dan perkhidmatan;

selepas tolak dua komponen: import kasar barangan dan perkhidmatan, serta cukai perniagaan tak langsung. Pendapatan negara kasar adalah serupa dengan keluaran negara kasar (KNK), kecuali pengukuran KNK tidak tolak cukai perniagaan tak langsung. Misalnya, keuntungan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat yang beroperasi di United Kingdom akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara kasar (PNK) Amerika Syarikat dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) United Kingdom, tetapi tidak akan diambil kira dalam penghitungan PNK United Kingdom atau KNK Amerika Syarikat.

  • lihat juga

Lihat juga

  • Ukuran pendapatan dan output negara
  • Senarai negara mengikut PNK per kapita
  • Low-Income Countries Under Stress (LICUS) (program Bank Dunia)
  • Gaji purata negara


Bahasa lain