Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional
Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei
KetuaAnton Drexler (1920–1921)
Adolf Hitler (1921–1945)
Martin Bormann (1945)
PengasasAnton Drexler
Slogan"Ein Volk, ein Reich, ein Führer" (tidak rasmi)
Diasaskan1920 (1920)
Dibubarkan1945 (1945)
DidahuluiParti Pekerja Jerman (DAP)
DiikutiTiada (diharamkan)
Ideologi diteruskan oleh neo-Nazisme
Ibu pejabatMunich, Jerman
AkhbarVölkischer Beobachter
Sayap pelajarKumpulan Pelajar Sosialis Nasional Jerman (NSDStB)
Sayap belia

Belia Hitler (HJ)

  • Deutsches Jungvolk (DJ)
  • Kumpulan Wanita Jerman (BDM)
Sayap tenteraSturmabteilung (SA)
Schutzstaffel (SS)
Pertubuhan sukanNationalsozialistischer Reichsbund für Leibesübungen (NSRL)
Pertubuhan wanitaKumpulan Wanita Sosialis Nasional (NSF)
Keahlian
  • Kurang daripada 60 (1920)
  • 8.5 juta (1945)
IdeologiSosialisme Nasional (Nazisme)
Fasisme
Nasionalisme Jerman
Antisemitisme
Nasionalisme kulit putih
Kedudukan politikBerhaluan kanan[1][2]
Warna rasmiHitam, putih, merah (Bendera empayar Jerman); coklat
Bendera parti
Flag of the NSDAP (1920–1945).svg
Politik Jerman
Parti politik
Pilihan raya
Lambang Swastika tentera Nazi.

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau National Socialist German Workers' Party (Bahasa Jerman: Mengenai audio ini Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei , atau NSDAP, sering dipanggil Parti Nazi), merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "The German Workers' Party" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.

Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

NSDAP Gaue 1926,1928,1933 & 1937

Sejarah Awal

Adolf Hitler telah menjadi Pengerusi Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang sama, beliau telah menubuhkan " Storm Troopers" (atau dalam Jerman Sturmabteilung). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik yang lain.

Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Beer Hall Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923 hingga 1925.Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk Mein Kampf (yang bermaksud perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena politik selepas beliau dibebaskan dari penjara.

Bahasa lain
العربية: الحزب النازي
Bahasa Indonesia: Partai Nazi
Bân-lâm-gú: Nazi Tóng
Boarisch: NSDAP
dansk: NSDAP
English: Nazi Party
Frysk: NSDAP
interlingua: Partito Nazi
ಕನ್ನಡ: ನಾಜಿ ಪಕ್ಷ
Kiswahili: NSDAP
لۊری شومالی: پارتی نازی
मराठी: नाझी पक्ष
norsk: NSDAP
norsk nynorsk: NSDAP
occitan: NSDAP
پنجابی: نازی پارٹی
Piemontèis: Partì Nasista
română: NSDAP
संस्कृतम्: नात्सी पार्टी
Simple English: Nazi Party
srpskohrvatski / српскохрватски: Nacionalsocijalistička njemačka radnička partija
吴语: 納粹黨
粵語: 納粹黨
中文: 纳粹党