Ochazuke

Ochazuke sebelum dituang teh

Ochazuke (茶漬け) atau chazuke adalah nama makanan Jepun atau cara makan berupa nasi putih dengan lauk sekadar yang dituang air teh hijau, dashi atau air panas. Yūzuke adalah sebutan lain untuk nasi yang dituangi air panas.

Lauk diletakkan di atas nasi sebelum dituang air teh (teh hijau atau hōjicha), dashi atau air panas. Lauk yang digunakan misalnya umeboshi, tsukemono, shiozake, nori, tsukudani, shiokara, wasabi, tarako (mentaiko).

Ochazuke merupakan makanan alas perut misalnya untuk antara dua waktu makan atau sewaktu masih lapar sebelum tidur. Di gerai makan tradisional atau di tempat mandian air panas, tetamu sering ditawar dengan ochazuke untuk meneutralkan rasa mulut sebaik menikmati makanan mewah yang enak-enak.

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Ochazuke
Basa Jawa: Ochazuke
dansk: Chazuke
Deutsch: Chazuke
English: Chazuke
español: Ochazuke
فارسی: اوچازوکه
français: Ochazuke
한국어: 차즈케
italiano: Chazuke
日本語: 茶漬け
português: Ochazuke
русский: Отядзукэ
suomi: Ochazuke
svenska: Chazuke
Türkçe: Chazuke
中文: 茶泡飯