Nostalgia

Nostalgia boleh difahamkan sebagai suatu rasa kerinduan, sebak atau keinginan mengenai pengalaman manis yang dirasai suatu masa dahulu atau di suatu tempat yang pernah dijejaki.[1][2] Perasaan ini sering dikaitkan dengan kecenderungan kepada peristiwa yang berlaku dan orang yang wujud pada zaman dahulu, terutamanya mengenai "zaman kanak-kanak yang indah";[3] perkara ini dapat dihubungkan kepada rasa yang berat sebelah kepada ingatan tertentu.[4]

Rasa nostalgia ini boleh dicetuskan melalui rangsangan deria bau dan sentuhan yang diproseskan dalam amigdala iaitu kawasan emosi otak manusia. Muzik[5] dan cuaca[6] juga dapat mencetuskan rasa ini dengan sama kuatnya.

Latar belakang

Perkataan nostalgia berakar daripada bahasa Yunani gabungan νόστος (nóstos), bermaksud "kepulangan", dan ἄλγος (álgos), iaitu "kesakitan". Istilah ini mula dicetus oleh Johannes Hofer (1669–1752) pada 1688 dalam disertasi Basel beliau yang mengaitkannya idea ini dengan perasaan rindu yang serang dialami askar upahan dari Switzerland terhadap pedalaman bergunung-ganang mereka ketika berkkhidmat di kawasan Perancis dan Itali yang lebih rendah. Gejala yang dihidapi dikatakan termasuk pitam, demam panas, rasa tidak mudah hadam, sakit perut serta maut.[7]

Antara tahun 1850-an dan 1870-an, nostalgia ini lama-kelamaan tidak dipandang langsung sebagai suatu penyakit tetapi lebih kepada suatu gejala, yakni lebih kepada suatu jenis melankolia yang boleh membawa kepada perkara yang lebih gawat seperti membunuh diri; dan pemikiran ini hampir lenyap selepas itu.

Bahasa lain
العربية: نوستالجيا
Avañe'ẽ: Techaga'u
azərbaycanca: Nostalgiya
Bahasa Indonesia: Nostalgia
Bân-lâm-gú: Hoâi-kó͘
български: Носталгия
català: Nostàlgia
čeština: Nostalgie
dansk: Nostalgi
Deutsch: Nostalgie
eesti: Nostalgia
English: Nostalgia
español: Nostalgia
فارسی: نوستالژی
한국어: 노스탤지어
हिन्दी: विषाद
hrvatski: Nostalgija
íslenska: Nostalgía
italiano: Nostalgia
עברית: נוסטלגיה
مازِرونی: نوستالژی
Nederlands: Nostalgie
Nedersaksies: Vroggerseerte
norsk: Nostalgi
norsk nynorsk: Nostalgi
occitan: Nostalgia
ਪੰਜਾਬੀ: ਨੋਸਤਾਲਜੀਆ
polski: Nostalgia
português: Nostalgia
română: Nostalgie
русский: Ностальгия
sicilianu: Nustargìa
slovenčina: Nostalgia
српски / srpski: Nostalgija
srpskohrvatski / српскохрватски: Nostalgija
suomi: Nostalgia
svenska: Nostalgi
Tiếng Việt: Hoài niệm
Türkçe: Nostalji
українська: Ностальгія
中文: 懷舊