Niat baik

Rencana ini mengenai konsep niat baik. Untuk polisi rasmi Wikipedia mengenai niat baik, silalah rujuk Wikipedia:Anggaplah niat baik

Niat baik, atau dalam bahasa Latinnya bona fides, ialah keadaan mental dan moral keamanahan dan kepercayaan terhadap kebenaran atau kesalahan suatu usul atau badan pendapat atau kejujuran atau kekurangan dalam suatu tindakan kelakuan walaupun kepercayaan berkenaan secara objektifnya tidak didasari. Konsep ini penting dalam undang-undang.

Seseorang yang bertindak dalam niat baik menurut perundangan positivisme (atau sesetengah cabang undang-undang semula jadi) dikatakan telah melakukan kesalahan tidak sengaja, dan sejurusnya diputuskan sebagai tidak perlu rasa bersalah. Timbangan ini sentiasa diamalkan untuk menentukan setakat mana hak atau tanggungjawab yang bermaharajalela dalam pelbagai perhubungan antara manusia, seperti kontrak (common law) dan undang-undang tanggungjawab (sistem perundangan sivil). Pada hakikatnya, niat baik telah dikenal pasti sebagai ciri penting suatu kontrak, dan pihak-pihak dianggap mesti melakukan dengan niat baik tanggungjawab mereka dibawahnya.

Dalam hal preskripsi, niat baik dianggap sebagai keperluan yang tidak boleh diketepikan mengenai persoalan mendapat wilayah atau membebaskan diri daripada suatu bebanan. Tambahan pula, dalam pemutusan tugas yang tertanggungjawab atas seorang yang dirinya mendapat harta seorang lain, pengetahuan diambil mengenai niat baik bila mana perbicaraan mula dan selesai.

Sebagai kebebasan kontrak positif, prinsip ini bermakna bahawa pembentukan suatu contrak dan pilihan istilah ialah hasil kehendak bebas pihak-pihak terlibat. Kebebasan kontrak mengakui persaingan antara pihak kontrak sendiri berkenaan syarat-syarat kontrak, tetapi harga penguatkuasaan semula pendikarian dan inisiatif yang sebalik apa-apa persaingan, tidak mutlak.

Tetapi, penting untuk dipertunjukkan bahawa konsep niat baik tidak wujud di bawah Common Law Inggeris. Tidak seperti kebanyakan negara Eropah lain, Common Law Inggeris (dibawah hala tuju House of Lords) telah banyak kali memutuskan bahawa konsep ini tidak perlu dipakai.

Bahasa lain
العربية: حسن النية
беларуская: Bona fides
беларуская (тарашкевіца)‎: Сумленныя намеры
brezhoneg: Bona fides
български: Добросъвестност
čeština: Dobrá víra
dansk: God tro
Deutsch: Guter Glaube
English: Good faith
français: Bonne foi
galego: Boa fe
íslenska: Góð trú
italiano: Buona fede
עברית: תום לב
Nederlands: Goede trouw
日本語: 善意
norsk: Bona fide
norsk nynorsk: Bona fide
polski: Dobra wiara
português: Boa fé
русский: Bona fides
slovenčina: Bona fide
српски / srpski: Bona fide
suomi: Bona fide
svenska: God tro
українська: Bona fides
中文: 善意