Negara kesatuan
English: Unitary state

  •      Negara kesatuan
  •      Negara persekutuan

  • Negara kesatuan (Bahasa Inggeris: Unitary state) merupakan bentuk negeri yang ditadbir sebagai kuasa tunggal di mana kerajaan pusat adalah agung dan mutlak dan sebarang bahagian pentadbiran (pecahan negara) hanya melaksanakan kuasa-kuasa yang ditugaskan oleh kerajaan pusat. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem kerajaan kesatuan. 165 daripada 193 buah negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditadbir secara kesatuan.

    Dalam negara kesatuan, kerajaan pusat menentukan sama ada bahagian negara dibentuk atau dimansuhkan (contohnya, 22 bahagian pentadbiran Perancis digabungkan menjadi 13), apalagi menambah atau mengurangkan bidang kuasa bahagian negara. Biarpun kuasa politik dapat ditugaskan melalui penurunan kuasa kepada kerajaan tempatan secara statut, namun kerajaan pusat tetap agung kerana ia berhak untuk memansuhkan tindakan atau mengurangkan kuasa kerajaan turunan.

    United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland merupakan satu contoh negara kesatuan. Scotland, Wales dan Ireland Utara mempunyai secukup kuasa turunan berautonomi, tetapi kuasa itu ditugaskan oleh Parlimen United Kingdom yang boleh menggubal undang-undang yang meminda atau memansuhkan penugasan itu secara unilateral atau sendirian (England tidak menerima kuasa tugasan). Sama seperti negara persekutuan, penurunan kuasa dalam negara kesatuan boleh jadi simetri, di mana setiap satu bahagian negara mempunyai kuasa dan status yang sama banyak, ataupun tidak simetri, di mana bahagian negara berbagai-bagai bilangan kuasa dan status. Kebanyakan negara kesatuan tiada tempat-tempat yang mempunyai satu pun takat autonomi.[1] Di negara-negara sedemikian, bahagian negara tidak boleh memutuskan undang-undang sendiri. Contohnya, Republik Ireland dan Kerajaan Norway.

    Negara kesatuan sering diantonimkan dengan negara persekutuan, di mana kerajaan bahagian negara berkongsi kuasa dengan kerajaan pusat sebagai pelaku sama taraf menerusi perlembagaan bertulis yang memerlukan restu daripada kedua-dua kerajaan pusat dan bahagian untuk pemindaan. Ertinya, bahagian negara mempunyai hak untuk wujud dan kuasa-kuasa yang tidak boleh dipinda oleh kerajaan pusat sendirian.

    Bahasa lain
    Alemannisch: Einheitsstaat
    العربية: دولة مركزية
    asturianu: Estáu xunitariu
    azərbaycanca: Unitar dövlət
    Bahasa Indonesia: Negara kesatuan
    català: Centralisme
    čeština: Unitární stát
    dansk: Enhedsstat
    Deutsch: Einheitsstaat
    Ελληνικά: Ενιαίο κράτος
    English: Unitary state
    español: Estado unitario
    Esperanto: Unueca ŝtato
    français: État unitaire
    한국어: 단일 국가
    italiano: Stato unitario
    latviešu: Unitāra valsts
    македонски: Унитарна држава
    монгол: Нэгдмэл улс
    မြန်မာဘာသာ: ပြည်ထောင်စုစနစ်
    Nederlands: Eenheidsstaat
    日本語: 単一国家
    norsk: Enhetsstat
    oʻzbekcha/ўзбекча: Unitar davlat
    português: Estado unitário
    română: Stat unitar
    rumantsch: Stadi unitar
    Simple English: Unitary state
    slovenčina: Unitárny štát
    српски / srpski: Унитарна држава
    srpskohrvatski / српскохрватски: Unitarna država
    svenska: Enhetsstat
    Türkçe: Üniter devlet
    Türkmençe: Unitar döwlet
    українська: Унітарна держава
    中文: 单一制