Muggle

Muggle ialah panggilan ahli-ahli sihir kepada manusia yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau kemahiran mengenai ilmu sihir dalam siri Harry Potter. Ahli-ahli sihir yang lahir daripada keturunan asal keluarga yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan sihir amat taksub akan identiti mereka dan memandang rendah atau memandang hina kepada manusia biasa atau kepada ahli-ahli sihir yang berpengetahuan sihir tetapi dilahirkan separuh keturunan sihir atau keturunan yang memang asal-usulnya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang sihir. Mengikut legenda, Salazar Slytherin iaitu antara pengasas Hogwarts dan Rumah Slytherin, yang memulakan agenda tersebut dengan hanya memandang bahawa sihir hanya patut diajar kepada keturunan sihir sahaja. Pandangan ini disebabkan pada ketika itu, golongan ahli sihir telah ditindas dengan teruk oleh golongan Muggle ini.

Asal dan penggunaan

J. K. Rowling mengatakan beliau mencipta perkataan "muggle" daripada perkataan "mug", iaitu perkataan dalam Bahasa Inggeris bagi seseorang yang senang diperbodoh. Beliau menambahkan "-gle" untuk membuatkannya lebih memburukkan.

Perkataan "muggle" telah ditambah ke dalam Kamus Inggeris Oxford pada 2003 untuk merujuk kepada seseorang yang tidak menguasai suatu kemahiran. Perkataan tersebut telah biasa digunakan oleh oleh satu-satu kumpulan pakar untuk merujuk sesiapa yang di luar kumpulan mereka.

Stephen King yang telah diilhamkan oleh hasil Rowling, mentafsiran muggle sebagai "orang dewasa yang tidak berimaginasi dan sering tidak selesa, yang tidak memahami kanak-kanak mahupun mengendahkan mereka."

Bahasa lain
অসমীয়া: মাগোল
asturianu: Muggle
Bahasa Indonesia: Muggle
বাংলা: মাগল
беларуская: Магл
bosanski: Bezjak
català: Muggle
dansk: Muggler
eesti: Mugud
Ελληνικά: Μαγκλ
English: Muggle
español: Muggle
Esperanto: Muggle
galego: Muggle
한국어: 머글
हिन्दी: मगलू
íslenska: Muggi
қазақша: Магл
Lëtzebuergesch: Muggle
magyar: Mugli
македонски: Muggle
मराठी: मगल
日本語: マグル
norsk: Gomp
polski: Mugol
Ripoarisch: Maggel
slovenščina: Bunkelj
српски / srpski: Нормалци
தமிழ்: மகிள்
Tiếng Việt: Muggle
Türkçe: Muggle
українська: Маґл
ייִדיש: מאגל
中文: 麻瓜