Mitos Norse

Gambar Odin dan Valhalla

Mitos Norse mewakili awalan agama pra-Nasrani, kepercayaan, dan lagenda rakyat Scandinavia, yang juga dikenali sebagai kepercayaan Vanatrú atau Nordenism dan Ásatrú atau Odinism. Odin adalah orang yang sama dengan Wotan. Ini merupakan keseimbungan sistem kepercayaan Jerman kuno, yang selama beberapa abad sering digantikan dengan paksaan memeluk ugama Nasarani dibenua eropah. Dalam kebanyakan bahagian utara Eropah, dilindungi oleh laut Baltic, Laut Utara dan Lautan Atlantic penduduk Scandinavian berjaya bertahan daripada tuhan baru orang Nasarani untuk beberapa abad lagi. Uppsala di Sweden dengan kuilnya merupakan kubu terakhir tentangan teratur, tetapi diperkampungan terpencil, serpihan dari kepercayaan bertahan sehingga zaman moden.

Sumber

Kebanyakan mitos ini disampaikan secara lisan, dan kebanyakan daripadanya telah pun hilang. Bagaimanapun, sebahagian daripadanya telahpun dirakamkan oleh pengkaji Nasarani yang terpelajar "enlightened" seperti (khususnya) Snorri Sturluson di Eddas dan Heimskringla, yang menolak idea bahawa dewa pra-Nasarani adalah iblis. Mitos yang serupa dianuti di selatan.

Pengecualian kepada kekurangan dalam sumber dokumen berkaitan dengan mitos sosial Jerman awal boleh dijumpai dalam Kronikal Anglo-Saxon Chronicle, saga Beowulf dan Gesta Danorum oleh Saxo Grammaticus. Maklumat terhad wujud di Germania semasa pemerintahan Tacitus, tetapi Eddas kekal sebagai sumber maklumat utama masa kini.

Maharaja Frankish, Charlemagne dikatakan mengumpulkan koleksi penulisan pra-Nasarani Jerman yang luas, tetapi telah dimusnahkan dengan sengaja selepas kematiannya.

Edda tua "Elder Edda" (atau juga dikenali sebagai Poetic Edda) ditulis pada akhir abad ke-13. Ia mengandungi 29 puisi panjang, darimana 11 darinya berkenaan dewa Jerman, yang lainnya berkenaan hero lagenda seperti Sigurd the Volsung ( Siegfried dari Nibelungenlied)kuno "medieval". Pengkaji cenderung memikirkannya sebagai ditulis kemudian daripada Edda lain, tetapi disebabkan kandungannya yang silam, ia dikenali sebagai Edda lebih tua.


Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Mitologi Nordik
Bân-lâm-gú: Nord sîn-ōe
беларуская (тарашкевіца)‎: Скандынаўская міталёгія
føroyskt: Ásatrúgv
한국어: 노르드 신화
interlingua: Mythologia nordic
Lëtzebuergesch: Nordesch Mythologie
Lingua Franca Nova: Mitolojia norsce antica
Nederlands: Noordse mythologie
日本語: 北欧神話
norsk nynorsk: Norrøn gudelære
oʻzbekcha/ўзбекча: Skandinaviya mifologiyasi
português: Mitologia nórdica
Simple English: Norse mythology
slovenščina: Nordijska mitologija
srpskohrvatski / српскохрватски: Nordijska mitologija
Tiếng Việt: Thần thoại Bắc Âu
中文: 北欧神话