Metro Manila

Kawasan metropolitan Manila
Kalakhang Maynila
Metropolis
Lokasi Metro Manila di Filipina
Lokasi Metro Manila di Filipina
NegaraFilipina
Bandaraya terbesarBandar Raya Quezon
Bandaraya lainManila
Caloocan
Las Piñas
Makati
Malabon
Mandaluyong
Marikina
Muntinlupa
Navotas
Pasay
Pasig
Parañaque
San Juan
Taguig
Valenzuela
Keluasan[1]
 • Jumlah638.55 km2 (246.55 batu persegi)
Penduduk (2007)[2]
 • Jumlah11,553,427
 • Kepadatan18,000/km2 (47,000/batu persegi)
Zon waktuPST (UTC+8)
Laman webwww.mmda.gov.ph

Metropolis Manila (Bahasa Inggeris: Metropolis of Manila; Bahasa Tagalog: Kamaynilaan), atau Kawasan Ibu Negara Filipina (Bahasa Inggeris: National Capital Region of the Philippines), ialah kawasan metropolitan yang teramai jumlah penduduknya di negara ke-11 teramai penduduk di dunia. Metropolis ini merangkumi 16 bandaraya di sekitar Manila. Manila telah menjadi petempatan utama sejak 1700-an, dan oleh itu menjadi pusat politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan di negara Filipina.

Manila ialah sebuah bandar raya global terunggul yang meletakkan kekuatannya pada bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan, kesemuanya menyumbang kepada keunggulannya.

Seperti yang diisytiharkan dalam Dekri Presiden No. 940, seluruh kawasan metropolitan Manila merupakan pusat kerajaan Filipina, namun Bandar Raya Manila sahaja merupakan ibu negara rasmi.[3]

Mengikut banci 2007, Metro Manila diduduki 11,553,427 orang, iaitu 13% penduduk negara.[2] Jika termasuk sekali pinggir bandar di wilayah-wilayah berdekatan (Bulacan, Cavite, Laguna, dan Rizal) dari Manila Raya, maka jumlah penduduknya sekitar 20 juta.[4][5]

Keluaran serantau kasar Metro Manila pada Julai 2009 dianggarkan bernilai 468.4 bilion (pada harga malar 1985), iaitu 33% KDNK negara.[6] Pada tahun 2008, Metro Manila merupakan kelompok bandar ke-40 terkaya di dunia, menurut PricewaterhouseCoopers.[7]

Bahasa lain
asturianu: Gran Manila
Bahasa Indonesia: Metro Manila
brezhoneg: Metro Manila
català: Metro Manila
Cebuano: Metro Manila
čeština: Metro Manila
Chavacano de Zamboanga: Metro Manila
Deutsch: Metro Manila
English: Metro Manila
Esperanto: Manila Metropolo
euskara: Manila Handia
français: Grand Manille
hrvatski: Metro Manila
Ilokano: Metro Manila
interlingua: Metro Manila
Kapampangan: Keragulang Menila
Latina: Metro Manila
македонски: Метро Манила
Pangasinan: Metro Manila
português: Grande Manila
Simple English: Metro Manila
српски / srpski: Метро Манила
svenska: Metro Manila
Tiếng Việt: Vùng đô thị Manila
Türkçe: Metro Manila
vèneto: Gran Manila