Mesin juruwang automatik

Mesin ATM NCR Personas Siri 75 di Amerika Syarikat.
Mesin ATM dalam bangunan yang lebih kecil biasanya ditempatkan di kedai serbaneka, stesen minyak, pusat beli-belah atau kawasan sibuk yang lain, sebagaimana mesin ATM luar premis jenis Wincor Nixdorf di Sweden.

Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sejenis peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan capaian transaksi kewangan kepada pelanggan institusi kewangan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan juruwang manusia atau kerani bank.

Dicipta oleh IBM, mesin ATM pertama diperkenalkan pada Disember 1972 di Lloyds Bank di UK. Pada kebanyakan mesin ATM moden, identiti pelanggan dikenal pasti melalui kad ATM yang dilengkapi jalur magnetik atau kad pintar dengan cip, yang mengandungi maklumat nombor kad serta beberapa maklumat keselamatan seperti tarikh luput atau kod CVVC (CVV). Pengesahan dilakukan dengan memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN).

Melalui mesin ATM, pengguna boleh mengakses akaun bank mereka untuk melakukan pengeluaran wang, pembayaran kad kredit, pemindahan wang ke akaun lain serta semakan wang baki. Sesetengah mesin ATM turut menyediakan khidmat pembelian kredit telefon bimbit, penambahan nilai kredit kad Touch 'n Go serta pembayaran bil utiliti. Terdapat juga mesin ATM khusus untuk tujuan memasukkan wang yang dikenali sebagai mesin deposit wang (CDM).

Bahasa lain
Afrikaans: Kitsbank
አማርኛ: ኤቲኤም
العربية: صراف آلي
অসমীয়া: এ টি এম
azərbaycanca: ATM (Bank)
Bahasa Indonesia: ATM
Basa Jawa: ATM
беларуская: Банкамат
български: Банкомат
čeština: Bankomat
Deutsch: Geldautomat
Esperanto: Bankaŭtomato
فارسی: خودپرداز
Հայերեն: Բանկոմատ
hrvatski: Bankomat
interlingua: Cassero automatic
íslenska: Hraðbanki
עברית: כספומט
ಕನ್ನಡ: ಎಟಿಎಂ
latviešu: Bankas automāts
Lëtzebuergesch: Bankomat
lietuvių: Bankomatas
magyar: Bankautomata
македонски: Банкомат
मराठी: एटीएम
Nederlands: Geldautomaat
norsk: Minibank
norsk nynorsk: Minibank
олык марий: Банкомат
ਪੰਜਾਬੀ: ਏ. ਟੀ. ਐੱਮ.
polski: Bankomat
português: Caixa eletrônico
română: Bancomat
русский: Банкомат
саха тыла: Банкомаат
Simple English: Automated teller machine
slovenčina: Bankomat
slovenščina: Bankomat
српски / srpski: Банкомат
srpskohrvatski / српскохрватски: Bankomat
svenska: Uttagsautomat
тоҷикӣ: Банкомат
Türkçe: ATM (makine)
українська: Банкомат
vèneto: Bancomat
粵語: 提款機