Marsyal

Rencana ini ialah mengenai gelaran. Untuk maksud lain, sila lihat marsyal (disambiguation). Untuk pangkat fil marsyal, sila lihat Fil Marsyal.

Marsyal (juga dieja marshall) [1] [2] adalah satu istilah yang digunakan dalam beberapa gelaran rasmi di pelbagai cabang masyarakat. Tatkala marsyal menjadi anggota istana yang dipercayai di Zaman Pertengahan Eropah, gelaran tersebut berkembang dengan reputasi. Dalam tempoh beberapa abad yang lepas, ia telahpun digunakan untuk jawatan tertinggi, seperti didalam pangkat tentera dan penguatkuasaan undang-undang awam.

Etimologi

"Marsyal" adalah suatu kata pinjaman purba daripada ( Bahasa Norman) Perancis Kuno (rujuk bahasa Perancis moden maréchal), yang seterusnya dipinjam dari Bahasa Frank Kuno *marhskalk (="penjaga kuda, penjaga, orang gaji"), yang masih dapat dilihat dalam Bahasa Belanda Pertengahan maerscalc, marscal, dan dalam bahasa Belanda moden maarschalk (="ketua panglima tentera"; maksud ini dipengaruhi oleh penggunaan bahasa Perancis).

Ia kata seasal dengan Bahasa Jerman Hulu Kuno mar(ah)-scalc "id.", bahasa Jerman moden (Feld-)Marschall (="ketua panglima tentera"; sekali lagi, maksud ini dipengaruhi oleh penggunaan bahasa Perancis). [3]

Ia pada asalnya dan secara harfiah bermaksud "pengembala kuda", dari bahasa Jermanik *marha- "horse" (rujuk bahasa Inggeris mare dan bahasa Jerman moden Mähre, bermaksud "kuda berkualiti buruk") dan skalk- "pengembala" (rujuk bahasa Inggeris Kuno scealc "askar pengembala" dan bahasa Jerman lapuk Schalk, bermaksud "pengembala berpangkat tinggi"). [4] Nama asal "pengembala kuda" ini dikekalkan dalam bahasa terkini Perancis untuk tukang ladam (farrier): maréchal-ferrant.

Bekas gelaran comes stabuli ("count of the stables") Rom dan Byzantine ini telah diterima pakai sebagai satu analog Latin, yang telah menjadi connétable Perancis dan, berasal dari bahasa Perancis, perkataan Inggeris ialah konstabel. Akhirnya, dalam empayar Byzantine seorang marsyal dengan kuasa yang tinggi, terutamanya di sebuah markas pemerintahan tentera daerah sempadan, juga dikenali sebagai seorang Exarch (Gabenor).

Bahasa lain
azərbaycanca: Marşal
беларуская: Маршал
Boarisch: Mareschallo
български: Маршал
čeština: Maršál
Deutsch: Marschall
eesti: Marssal
Ελληνικά: Στρατάρχης
English: Marshal
español: Mariscal
Esperanto: Marŝalo
Frysk: Maarskalk
galego: Mariscal
한국어: 원수 (군사)
Հայերեն: Մարշալ
hrvatski: Maršal
íslenska: Marskálkur
italiano: Maresciallo
Latina: Marescalcus
lietuvių: Maršalas
magyar: Marsall
монгол: Маршал
日本語: 元帥
norsk: Marskalk
oʻzbekcha/ўзбекча: Marshal
پښتو: مارشال
português: Marechal
română: Mareșal
русский: Маршал
Scots: Marshal
slovenčina: Maršal
slovenščina: Maršal
српски / srpski: Маршал
srpskohrvatski / српскохрватски: Maršal
svenska: Marskalk
Tiếng Việt: Nguyên soái
Türkçe: Mareşal
українська: Маршал
اردو: سالار
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: مارشال
中文: 元帅