Majalah pulpa

Spicy Mystery Stories, Februari 1936.

Majalah pulpa atau Cereka Pulpa merupakan majalah-majalah cereka yang tidak mahal yang diterbitkan dari tahun 1896 sehingga 1950-an. Istilah pulpa berasal dari kertas pulpa kayu murah di mana majalah dicetak. Sebaliknya, majalah yang dicetak pada kertas berkualiti tinggi disebut "kilap" (glossies). Majalah pulpa biasa mempunyai 128 halaman; dengan kelebaran adalah 7 inci (18 cm) dan dengan 10 inci (25 cm) tinggi, serta 0.5 inci (1.3 cm) tebal.

Pulpa telah mewujudkan istilah cereka pulpa yang merujuk kepada kesusasteraan berkualiti rendah. Walaupun banyak penulis yang disegani menulis untuk pulpa, majalah-majalah itu terkenal dengan perkara-perkara seperti penindasan, eksploitatif, dan sensasi. Buku komik adiwira moden juga adakalanya dianggap "pulpa hero"; majalah pulpa yang menampilkan cerita panjang watak adiwira yang berilustrasi, seperti The Shadow, Doc Savage, and The Phantom Detective.

Bahasa lain
العربية: مجلة اللب
български: Пълп-списания
čeština: Rodokaps
Deutsch: Pulp-Magazin
English: Pulp magazine
Esperanto: Pulpa magazino
فارسی: مجله زرد
français: Pulp (magazine)
galego: Pulps
한국어: 펄프 매거진
italiano: Pulp magazine
Nederlands: Pulp (literatuur)
português: Pulp
русский: Pulp-журналы
Simple English: Pulp fiction
українська: Pulp-журнал