Logam alkali

Logam alkali adalah satu siri kimia yang terdiri daripada unsur litium (Li), natrium (Na), kalium (K), rubidium (Rb), sesium (Cs) dan fransium (Fr).[1] Siri ini terletak di dalam blok-s jadual berkala[2] kerana semua logam alkali mempunyai elektron paling luar mereka di dalam orbital s.[3][4][5] Logam alkali memberikan contoh terbaik arah aliran berkala dari segi ciri-ciri;[3] setiap unsur memiliki perilaku yang serupa yang dikelaskan dengan baik.[3]

Semua logam alkali memiliki ciri-ciri yang amat serupa: kesemuanya bersinar, lembut, sangat reaktif dalam suhu dan tekanan piawai[3] dan senang mengeluarkan elektron paling luarnya untuk membentuk kation dengan cas +1.[6]:28 Logam-logam alkali boleh dipotong dengan pisau disebabkan kelembutannya. Apabila dipotong, ia mendedahkan permukaan bersinar yang menjadi kusam dengan cepat disebabkan oleh pengoksidaan.[3] Disebabkan kereaktifannya yang tinggi, ia perlu disimpan di dalam minyak untuk menghalang tindak balas dengan udara, dan ia biasanya ditemui secara semula jadi dalam bentuk garam serta tidak pernah ditemui dalam bentuk unsur tulen.[7] Dalam penamaan moden IUPAC, logam alkali merangkumi unsur-unsur kumpulan 1[nota 1] dengan hidrogen (H) dikecualikan; ia merupakan unsur kumpulan 1 pada nama sahaja[1][9] tetapi tidak dianggap sebagai logam alkali[10][11] kerana ia jarang memiliki sifat-sifat yang boleh dibandingkan dengan logam-logam alkali.[12] Kesemua logam alkali bertindak balas di dalam air, dan logam yang lebih berat bertindak balas dengan lebih ganas daripada logam yang lebih ringan.[3][13]

Semua logam alkali ditemui secara semula jadi. Mengikut urutan kelimpahan, natrium adalah logam yang paling banyak, diikuti dengan kalium, litium, rubidium, sesium dan akhir sekali fransium yang sangat jarang didapati disebabkan oleh keradioaktifannya yang tinggi. Ia ditemui dalam jumlah yang sedikit disebabkan kewujudannya dalam rantaian pereputan.[14][15] Ujikaji-ujikaji telah dijalankan untuk mensintesis unsur yang berkemungkinan menjadi ahli seterusnya di dalam kumpulan ini ununennium (Uue), tetapi sehingga 2012, kesemua cubaan telah berakhir dengan kegagalan.[16] Namun, ununnennium mungkin bukan sejenis logam alkali disebabkan oleh kesan relativiti yang diramalkan memberi kesan yang besar kepada ciri-ciri kimia unsur-unsur superberat,[17] dan walaupun akhirnya unsur ini disahkan sebagai salah satu logam alkali, ia diramalkan memiliki ciri-ciri kimia yang agak berbeza berbanding dengan unsur-unsur sekumpulannya yang lebih ringan.[18]:1729–1733

Kebanyakan logam alkali mempunyai pelbagai kegunaan berbeza. Kegunaan utama unsur logam alkali yang paling diketahui adalah jam atom rubidium dan sesium.[19] Penggunaan biasa sebatian natrium adalah di dalam lampu wap natrium yang mampu mengeluarkan cahaya yang sangat efisien.[20][21] Garam makan, atau natrium klorida, telah digunakan sejak dahulu kala. Natrium dan kalium adalah dua unsur-unsur penting yang memainkan peranan biologi yang penting sebagai elektrolit.[22][23] Walaupun logam-logam alkali yang lain tidak begitu penting, ia mempunyai kesan-kesan yang pelbagai ke atas tubuh badan, sama ada yang bermanfaat ataupun berbahaya.[24][25][26][27]

Bahasa lain
Afrikaans: Alkalimetaal
العربية: فلز قلوي
aragonés: Metal alcalín
asturianu: Alcalín
azərbaycanca: Qələvi metallar
Bahasa Indonesia: Logam alkali
Bân-lâm-gú: Kiⁿ-kim-sio̍k
Basa Jawa: Logam alkali
Basa Sunda: Logam alkali
беларуская: Шчолачныя металы
беларуская (тарашкевіца)‎: Лужныя мэталы
भोजपुरी: एल्कली धातु
bosanski: Alkalni metali
čeština: Alkalické kovy
Deutsch: Alkalimetalle
Ελληνικά: Αλκάλια
English: Alkali metal
español: Alcalino
Esperanto: Alkala metalo
Fiji Hindi: Alkali dhaatu
français: Métal alcalin
galego: Alcalino
贛語: 鹼金屬
客家語/Hak-kâ-ngî: Kán-kîm-su̍k
한국어: 알칼리 금속
हिन्दी: क्षार धातु
interlingua: Metallo alcalin
íslenska: Alkalímálmur
Kiswahili: Metali alikali
Kreyòl ayisyen: Metal alkalen
latviešu: Sārmu metāli
Lëtzebuergesch: Alkalimetall
Limburgs: Alkalimetaal
lumbaart: Metal alcalin
македонски: Алкален метал
मराठी: अल्क धातू
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Giĕng-gĭng-sṳ̆k
မြန်မာဘာသာ: အယ်လ်ကာလီသတ္တု
Nederlands: Alkalimetaal
नेपाल भाषा: एल्कालाइ धातु
日本語: 第1族元素
norsk nynorsk: Alkalimetall
occitan: Metal alcalin
oʻzbekcha/ўзбекча: Ishqoriy metallar
ਪੰਜਾਬੀ: ਖ਼ਾਰੀ ਧਾਤ
Plattdüütsch: Alkalimetall
polski: Litowce
português: Metal alcalino
Ripoarisch: Alkalimetall
română: Metal alcalin
Runa Simi: Alkali q'illay
саха тыла: Алкали метал
Simple English: Alkali metal
slovenčina: Alkalický kov
slovenščina: Alkalijska kovina
српски / srpski: Алкални метал
srpskohrvatski / српскохрватски: Alkalni metali
svenska: Alkalimetall
татарча/tatarça: Селтеле металлар
Tiếng Việt: Kim loại kiềm
Türkçe: Alkali metal
українська: Лужні метали
文言: 鹼金屬
吴语: 碱金属
粵語: 鹼金屬
中文: 碱金属