Logam

Dalam bidang kimia, logam adalah sejenis unsur yang bersedia untuk membentuk ion (kation) dan mempunyai ikatan logam. Logam-logam biasanya diterangkan sebagai sebuah kekisi ion-ion positif (kation) yang dikelilingi awan-awan elektron tak setempat. Logam adalah satu daripada tiga kumpulan unsur yang dikenalpasti melalui sifat-sifat pengionan dan ikatan, yang lainnya adalah metaloid dan bukan logam. Di dalam jadual berkala, satu garis pepenjuru yang dilukir daripada boron (B) kepada polonium (Po) membezakan logam dan bukan logam. Unsur-unsur pada garis ini adalah metaloid, kadang kala dipanggil ala logam; unsur-unsur ke sebelah bawah kiri merupakan logam-logam, manakala sebelah atas kanan adalah bukan logam.

Sebuah takrifan yang lebih moden untuk logam ialah ia mempunyai jalur pengaliran dan jalur valens yang bertindih pada struktur elektronnya. Takrifan ini membuka kategori tersebut kepada polimer-polimer logam dan logam-logam organik lain, yang telah direka oleh para penyelidik dan dimanfaatkan dalam peralatan teknologi tinggi. Bahan-bahan sintetik ini biasanya mempunyai ciri-ciri kepantulan kelabu keperakan yan terdapat pada unsur logam.

Unsur bukan logam adalah lebih berlimpah dalam alam semula jadi berbanding dengan unsur logam, tetapi terdapat lebih banyak jenis unsur logam dalam jadual berkala. Antara logam-logam yang diketahui ramai adalah aluminium, tembaga, emas, besi, plumbum, perak, titanium, uranium, dan zink.

Alotrop-alotrop logam cenderung untuk bersifat berkilat, mulur, mudah ditempa, dan pengalir yang baik, sementara bukan logam secara amnya adalah rapuh (bagi bukan logam pepejal), kurang berkilau, dan merupakan penebat.

Sifat-sifat kekonduksiannya adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh setiap atom yang mengenakan pegangan longgar terhadap elektron terluar (elektron valens); maka, elektron-elektron membentuk awan di sekitar nuklei logam kation yang padat rapat.

Kebanyakan logam adalah secara kimianya kurang stabil, dan bertindak balas dengan oksigen dalam udara untuk membentuk oksida pada jangka masa yang berbeza-beza (contohnya besi berkarat setelah bertahun-tahun manakala kalium terbakar dalam beberapa saat). Logam Alkali bertindak balas paling cepat diikuti dengan logam Alkali Bumi, kedua-dua kumpulan didapati pada kumpulan penghujung terkiri dalam jadual berkala. Logam peralihan mengambil masa yang lebih lama untuk teroksida (contohnya besi, tembaga, zink, nikel). Yang lainnya, seperti paladium, platinum dan emas, langsung tidak bertindak balas dengan atmosfera. Sesetengah logam membentuk lapisan pelindung oksida pada permukaannya yang tidak dapat ditembusi selanjutnya oleh molekul-molekul oksigen, seterusnya mengekalkan rupa kilauan dan kekonduksian yang baik setelah berdekad-dekad lamanya (seperti aluminium, sesetengah keluli, dan titanium).Oksida-oksida logam adalah bersifat bes (berlawan dengan bukan logam, yang bersifat asid).

Mengecat dan menganodkan logam adalah cara baik untuk mencegah kakisan.

Bahasa lain
Afrikaans: Metaal
Alemannisch: Metalle
العربية: فلز
aragonés: Metal
armãneashti: Metalu
asturianu: Metal
Avañe'ẽ: Kuarepoti
azərbaycanca: Metal
Bahasa Indonesia: Logam
বাংলা: ধাতু
Bân-lâm-gú: Kim-sio̍k
Basa Jawa: Logam
Basa Sunda: Logam
башҡортса: Металдар
беларуская: Металы
беларуская (тарашкевіца)‎: Мэтал
Boarisch: Metoi
bosanski: Metal (hemija)
brezhoneg: Metal
български: Метал
català: Metall
Чӑвашла: Металсем
čeština: Kovy
chiShona: Simbi
Cymraeg: Metel
dansk: Metal
Deutsch: Metalle
eesti: Metallid
Ελληνικά: Μέταλλα
emiliàn e rumagnòl: Metâl
English: Metal
español: Metal
Esperanto: Metalo
estremeñu: Metal
euskara: Metal
فارسی: فلز
Fiji Hindi: Dhaatu
føroyskt: Metal
français: Métal
Gaeilge: Miotal
Gàidhlig: Meatailt
galego: Metal
贛語: 金屬
گیلکی: فلز
ગુજરાતી: ધાતુ
客家語/Hak-kâ-ngî: Kîm-su̍k
한국어: 금속
հայերեն: Մետաղ
हिन्दी: धातु
hrvatski: Kovine
Ido: Metalo
Ilokano: Metal
interlingua: Metallo
Ирон: Згъæр
isiXhosa: I-metal
isiZulu: Insimbi
íslenska: Málmur
italiano: Metallo
עברית: מתכת
ಕನ್ನಡ: ಲೋಹ
ქართული: ლითონები
कॉशुर / کٲشُر: دھات
қазақша: Металдар
Кыргызча: Металл
Kiswahili: Metali
Kreyòl ayisyen: Metal
kurdî: Kanza
Latina: Metallum
latviešu: Metāli
Lëtzebuergesch: Metall
lietuvių: Metalai
Limburgs: Metaal
la .lojban.: jinme
lumbaart: Metal
magyar: Fémek
македонски: Метал
Malagasy: Metaly
മലയാളം: ലോഹം
मराठी: धातू
مصرى: معدن
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Gĭng-sṳ̆k
монгол: Металл
မြန်မာဘာသာ: သတ္တု
Nederlands: Metaal
Nedersaksies: Metaal
नेपाली: धातु
नेपाल भाषा: धातु
日本語: 金属
Nordfriisk: Metal
norsk: Metall
norsk nynorsk: Metall
Nouormand: Méta
occitan: Metal
ଓଡ଼ିଆ: ଧାତୁ
oʻzbekcha/ўзбекча: Metallar
ਪੰਜਾਬੀ: ਧਾਤ
پنجابی: دعات
Patois: Metal
Piemontèis: Metal
Plattdüütsch: Metall
polski: Metale
português: Metal
română: Metal
Runa Simi: Q'illay
русский: Металлы
русиньскый: Ков
Scots: Metal
Seeltersk: Metal
shqip: Metalet
sicilianu: Mitallu
Simple English: Metal
slovenčina: Kov
slovenščina: Kovina
Soomaaliga: Bir
کوردی: کانزا
српски / srpski: Метал
srpskohrvatski / српскохрватски: Metal
suomi: Metalli
svenska: Metall
Tagalog: Metal
தமிழ்: உலோகம்
తెలుగు: లోహాలు
ไทย: โลหะ
Tiếng Việt: Kim loại
Türkçe: Metal
українська: Метали
اردو: دھات
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: مېتال
vèneto: Metałi
vepsän kel’: Metall
Võro: Metal
文言: 金屬
Winaray: Metal
吴语: 金属
ייִדיש: מעטאל
Yorùbá: Mẹ́tàlì
粵語: 金屬
中文: 金属
Lingua Franca Nova: Metal