Knight Templar

Kesatria Templar
Laskar-Naif Pengikut Kristus dan Kuil Sulaiman
Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon
Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici
Templarsign.jpg
Cop mohor Kesatria Templar yang terkenal dengan imej dua kesatria yang menunggang seekor kuda, sebagai simbol kemiskinan awal mereka. Teks adalah di dalam huruf-huruf Greek dan Latin, Sigillum Militum Xpisti: diikuti dengan salib, yang mana bermaksud "Mohor Tentera Kristian".
Aktifc. 1119–1314
KesetiaanPapacy
JenisKristian Barat perintah tentera
Keanggotaan15,000–20,000 anggota semasa kemuncaknya, 10% daripadanya adalah kesatria[1][2]
Ibu pejabatGunung Kuil, Jerusalem
GelaranOrder of the Temple
PengasasSt. Bernard dari Clairvaux
PakaianMantel putih dengan salib merah
Perang/pertempuranPerang Salib, termasuk:
Pertempuran Montgisard (1177),
Pertempuran Hattin (1187),
Pertempuran Arsuf (1191),
Pengepungan Acre (1190–1191),
Pengepungan Acre (1291)
Reconquista
Komander
Grand Master pertamaHugues de Payens
Grand Master terakhirJacques de Molay


Knight Templar atau Kesatria Templar atau Poor Fellow-Soldiers of Christ and of the Temple of Solomon (Latin: Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici), merupakan antara pertubuhan pasukan tentera dari Kristian Barat yang paling terkenal.[3] Pertubuhan ini bertahan selama dua kurun semasa Zaman Pertengahan. Ia ditubuhkan selepas Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1096, dengan tujuan asalnya untuk memastikan keselamatan penganut Kristian yang mengunjungi Jerusalem selepas penaklukannya.

Kesatria Templar secara rasmi disokong oleh Gereja Katolik Rom sekitar tahun 1129, dan menjadi pertubuhan kebajikan yang disukai di seluruh dunia Kristian hinggakan keahliannya dan kuasanya berkembang dengan pantas. Kesatria Templar memakai mantel putih dan salib yang berwarna merah. Mereka adalah di antara unit tempur yang memiliki kemahiran tinggi semasa perang-perang salib.[4] Ahli-ahli pasukan ini yang tidak berperang akan menguruskan infrastruktur ekonomi di seluruh dunia Kristian, memperkenalkan teknik-teknik kewangan seperti perbankan,[5][6] dan membina banyak kubu di seluruh Mediterranean dan Tanah Suci.

Kejayaan Templar bergantung rapat dengan perang salib; apabila kehilangan Tanah Suci, sokongan terhadap pasukan ini mula pudar. Khabar-khabar angin berkenaan upacara-upacara rahsia membawa kepada ketidakpercayaan, sementara Raja Philip IV dari Perancis yang mempunyai banyak hutang dengan pasukan ini mula menekan Paus Clement V bagi mengambil tindakan ke atas Kesatria Templar. Pada tahun 1307, ramai anggota pasukan ini di Perancis telah ditahan, dan diseksa untuk memberi pengakuan palsu. Mereka kemudian dihukum bakar hidup-hidup.[7] Pada tahun 1312, Paus Clement, di bawah tekanan berterusan daripada Raja Philip, telah membubarkan pasukan Kesatria Templar.

Bahasa lain
العربية: فرسان الهيكل
aragonés: Orden d'o Temple
Bahasa Indonesia: Ksatria Templar
беларуская: Тампліеры
беларуская (тарашкевіца)‎: Тампліеры
bosanski: Templari
brezhoneg: Urzh an Templ
български: Тамплиери
Чӑвашла: Тамплиерсем
Cymraeg: Urdd y Deml
Deutsch: Templerorden
eesti: Templiordu
Ελληνικά: Ναΐτες Ιππότες
Esperanto: Templanoj
français: Ordre du Temple
Frysk: Timpeliers
Gaeilge: Teamplóirí
한국어: 성전기사단
hrvatski: Templari
íslenska: Musterisriddarar
ქართული: ტამპლიერები
Lëtzebuergesch: Templeruerden
lietuvių: Tamplieriai
magyar: Templomosok
македонски: Темплари
Nederlands: Tempeliers
Nedersaksies: Tìmpelders
norsk nynorsk: Tempelriddarordenen
Nouormand: Orde du Templle
polski: Templariusze
русский: Тамплиеры
Simple English: Knights Templar
slovenčina: Rád templárov
slovenščina: Templjarji
српски / srpski: Темплари
srpskohrvatski / српскохрватски: Templari
Tiếng Việt: Hiệp sĩ Đền thánh
українська: Тамплієри
West-Vlams: Tempeliers
žemaitėška: Tamplėirē