Kejuruteraan petroleum

Contoh peta yang digunakan jurutera reservoir untuk menentukan di mana untuk menggerudi telaga. Tangkapan skrin Ini merupakan suatu peta kontur yang dihasilkan oleh perisian peta kontur untuk reservoir gas sedalam 8500 ft dan reservoir minyak di medan minyak Erath, Vermillion Parish, Erath, Louisiana. Jurang kiri ke kanan di bahagian atas peta kontur menunjukkan garis sesar. Garis sesar ini adalah antara garis kontur biru/hijau dan garis kontur ungu/merah/kuning. Garis kontur membulat yang berwarna merah dan halus di tengah-tengah peta menunjukkan bahagian atas reservoir minyak. Garis kontur yang berwarna merah dan halus menandakan zon sentuhan minyak gas.

""Kejuruteraan petroleum"" adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berkait rapat dengan pengeluaran hidrokarbon, sama ada minyak mentah atau gas asli. Cari gali dan Pengeluaran disifatkan termasuk dalam sektor huluan dalam industri minyak dan gas. Fokus usaha cari gali hidrokarbon oleh ahli kaji bumi dan jurutera petroleum (merupakan dua disiplin subpermukaan yang utama dalam industri minyak dan gas) adalah untuk memaksimumkan perolehan hidrokarbon yang ekonomik daripada reservoir subpermukaan. Bidang lain seperti Geologi petroleum dan geofizik memberi tumpuan kepada deskripsi statik batuan reservoir hidrokarbon, manakala kejuruteraan petroleum memberi tumpuan kepada anggaran jumlah yang boleh pulih daripada sumber ini menggunakan pemahaman yang terperinci tentang kelakuan fizikal minyak, air dan gas dalam batuan berliang pada tekanan yang sangat tinggi.

Gabungan usaha ahli geologi dan jurutera petroleum sepanjang hayat sesuatu akumulasi hidrokarbon menentukan cara bagaimana sesuatu reservoir dimajukan dan disusutkan. Biasanya gabungan tenaga kerja ini mempunyai impak yang tinggi terhadap ekonomi medan minyak/gas. Kejuruteraan petroleum memerlukan pengetahuan yang baik daripada pelbagai bidang lain yang berkaitan, seperti geofizik, geologi petroleum, penilaian formasi (pengelogan telaga), penggerudian, ekonomi, simulasi reservoir, kejuruteraan reservoir, kejuruteraan telaga, sistem angkat buatan, pelengkapan telaga dan kejuruteraan fasiliti minyak dan gas.

Pengrekrutan pekerja ke industri ini pada masa silam telah dibuat dari disiplin fizik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan perlombongan. Latihan pembangunan seseorang jurutera baharu selepas itu biasanya telah dilakukan dalam syarikat-syarikat minyak.

Bahasa lain