Kebakaran Besar London

A painting showing the great fire of London, 4 September 1666, as seen from a boat in vicinity of Tower Wharf
Gambaran Kebakaran Besar London oleh pelukis yang tidak diketahui mengenai api yang barangkalinya muncul pada malam hari Selasa, 4 September 1666 dari perahu di sekitar Dermaga Menara (Tower Wharf). Menara London terletak di sebelah kanan gambar, Jambatan London di sebelah kiri manakala Katedral St Paul berada jauh di belakang dimamah api tinggi.

Kebakaran Besar London adalah merupakan kejadian kebakaran besar yang melanda bahagian tengah kota London dari Ahad, 2 September hingga Rabu, 5 September 1666.[1] Kebakaran tersebut memusnahkan infrastruktur zaman pertengahan Kota London di dalam lingkungan tembok kota Rom lama tempat tersebut. Ia mengancam tetapi tidak sampai ke daerah bangsawan Westminster, Istana Whitehall milik Charles II, dan kebanyakan petempatan setinggan di pinggir kota. [2] Kebakaran tersebut telah memusnahkan 13,200 buah rumah, 87 gereja-gereja, Katedral St Paul, dan kebanyakan bangunan milik penguasa Kota. Kebakaran ini dianggarkan telah memusnahkan 70,000 buah rumah milik 80,000 penduduk Kota London.[3]

Bilangan korban kematian tidak diketahui namun dianggap kecil dengan hanya enam kematian sah yang telah dicatatkan. Pendapat itu telah dicabar baru-baru ini atas alasan kematian golongan miskin serta kelas pertengahan tidak tercatat sementara kepanasan api yang membakar mungkin telah membakar banyak mangsa sehingga tidak banyak peninggalan yang dapat dikenal pasti. Sekeping tembikar yang ditemukan oleh ahli-ahli arkeologi di Pudding Lane --lokasi bermulanya kebakaran tersebut--  menunjukkan suhu mencapai 1250°C.[4]

Titik asal kebakaran serta akibat

Kejadian ini bermula di kilang Thomas Farriner (atau Farynor) di Lorong Pudding tidak lama selepas tengah malam pada hari Ahad 2 September yang kemudian maraknya dengan cepat ke arah barat seluruh Kota London. Teknik memadam kebakaran pada ketika itu merupakan pembuatan penghadang api dengan meruntuhkan bangunan-bangunan di sekeliling api, namun tindakan tersebut ditunda akibat perasaan ragu-ragu Tuan Datuk Bandar London. Tiupan angin kuat memarakkan api sehingga ia gagal dipadam, dan api yang membesar tersebut bergerak ke arah utara hingga ke pusat Kota pada awal Isnin.

Masalah sosial dan ekonomi yang terzahir daripada bencana ini begitu dahsyat. Raja Charles II mengalakkan dengan kuatnya pemindahan serta penempatan semula dari London demi mengelakkan pemberontakan mereka yang terjejas dari bencana ini. London pula telah dibina semula atas pelan jalan yang sama digunakan sebelum kebakaran tersebut berlaku, meskipun terdapat cadangan-cadangan baru lain yang difikirkan dalam kerja membina semula kota itu.Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa kandungan mestilah mempunyai nama

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Kebakaran Besar London
беларуская (тарашкевіца)‎: Пажар у Лёндане 1666 году
한국어: 런던 대화재
Simple English: Great Fire of London
srpskohrvatski / српскохрватски: Veliki požar u Londonu
粵語: 倫敦大火
中文: 倫敦大火