John B. Anderson

John B. Anderson
John Bayard Anderson.jpg
Anderson, 1980
Pengerusi Persidangan Dewan Perwakilan Republikan
Dalam jawatan
3 Januari 1969 – 3 Januari 1979
PemimpinGerald Ford
John Jacob Rhodes
Didahului olehMelvin Laird
Digantikan olehSamuel L. Devine
Ahli A.S. Dewan Rakyat
dari daerah 16
Dalam jawatan
January 3, 1961 – January 3, 1981
Didahului olehLeo E. Allen
Digantikan olehLynn Morley Martin
Butiran peribadi
LahirJohn Bayard Anderson
(1922-02-15)15 Februari 1922
Rockford, Illinois, U.S.
Meninggal dunia3 Disember 2017(2017-12-03) (umur 95)
Washington, D.C., A.S.
Parti politikBebas (selepas 1980)
Sekutu gabungan
politik lain
Republican (sebelum 1980)
PasanganKeke Machakos (m. 1953)
Alma materUniversiti Illinois
University of Illinois College of Law
Harvard Law School
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanAmerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Amerika Syarikatw
Tahun perkhidmatan1943 – 1945
PangkatStaf sarjan
PertempuranPerang Dunia Kedua

John Bayard Anderson (15 Februari 1922 – 3 Disember 2017) merupakan ahli Kongres Amerika Syarikat dan calon presiden dari Illinois. Sebagai ahli [[Parti Republikan (Amerika Syarikat)|Republikan), beliau mewakili daerah kongres ke-16 Illinois dari tahun 1961 sehingga 1981. Pada tahun 1980, beliau telah bertanding sebagai calon bebas untuk kempen presiden dan memperoleh 6.6% undian popular.

Dilahirkan di Rockford, Illinois, Anderson telah menjadi pengamal undang-undang selepas berkhidmat dalam tentera semasa Perang Dunia Kedua. Selepas berkhidmat dalam Perkhidmatan Luar Amerika Syarikat, beliau telah memenangi pilihan raya bagi Peguam Negara untuk Winnebago County, Illinois. Beliau turut memenangi pilihan raya Dewan Rakyat pada tahun 1960 di kawasan kuat Republikan. Bermula sebagai ahli Dewan yang konservatif, pandangan Anderson berubah menjadi sederhana pada 1960-an, terutamanya melibatkan isu sosial. Beliau menjadi Pengerusi Persidangan Dewan Perwakilan Republikan pada tahun 1969 sehingga tahun 1979. Beliau secara lantang mengkritik Perang Vietnam dan juga tindakan Presiden Richard Nixon semasa skandal Watergate.


Anderson menyertai pemilihan calon presiden Parti Republikan pada tahun 1980 dan memperkenalkan usul memperkenalkan kenaikan cukai gas dan memotong sukai keselamatan sosial. Pada mula, beliau menjadi pencabar untuk pencalonan sebelum meninggalkan persaingan dalam Republikan dan bergerak secara bebas untuk kempen presiden. Semasa pilihan raya, Anderson berada di tempat ketiga di belakang calon Republikan, Ronald Reagan dan Presiden Demokratik Jimmy Carter. Beliau berjaya memenangi sokongan dari Republikan Rockefeller, calon bebas, intelektual liberal, dan pelajar kolej.

Selepas pilihan raya, beliau meneruskan kerjaya dalam bidang undang-undang dan membantu menubuhkan FairVote, sebuah organisasi yang menyokong pembaharuan pilihan raya seperti pengundian segera. Beliau turut memenangi saman terhadap negeri Ohio, Anderson v. Celebrezze. Beliau menjadi profesor pelawat di beberapa buah universiti dan menjadi lembaga pengarah di beberapa buah organisasi. Beliau menubuhkan Parti Keadilan pada tahun 2012.

Anderson telah meninggal dunia pada 3 Disember 2017, di Washington, D.C.[1] ketika berusia 95 tahun.

Bibliografi