Jerman

Republik Persekutuan Jerman
Bundesrepublik Deutschland
Flag of Jerman
Jata bagi Jerman
BenderaJata
Lagu kebangsaan: Das Lied der Deutschen
Lokasi Jerman (hijau)
Lokasi Jerman (hijau)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Coat of arms of Berlin.svg Berlin
Bahasa rasmi[1]
Kumpulan etnik91% Jerman, 3% Turki, 6% kumpulan minoriti
KerajaanRepublik Persekutuan Berparlimen
Frank-Walter Steinmeier
Angela Merkel
Pembentukan
962
18 Januari 1871
23 Mei 1949
3 Oktober 1990
Luas
• Jumlah
357,021 km2 (137,847 bt2) (ke-63)
• Air (%)
2.416
Penduduk
• Anggaran 2007
82,218,000[1] (ke-14)
• Bancian 2000
82,797,408
• Ketumpatan
230.9/km2 (598.0/sq mi) (ke-40)
KDNK (PPP)anggr. 2007 
• Jumlah
$2.81 trilion (ke-5)
• Per kapita
$34,181 (ke-21)
KDNK (nominal)anggr. 2007 
• Jumlah
$3.32 trilion (ke-3)
• Per kapita
$40,415 (ke-19)
Gini (2000)28.3
low
HDI (2005) 0.935
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-22
Mata wangEuro (€) (EUR)
Zon waktuCET (UTC+1)
• Musim panas (DST)
CEST (UTC+2)
Kod panggilan49
Internet TLD.de
  1.   Bahasa Denmark, Jerman Rendah, Sorbia, Roma dan Frisia adalah diiktiraf secara rasmi dan dilindungi oleh ECRML.

Jerman atau secara rasminya Republik Persekutuan Jerman (Bahasa Jerman: Mengenai audio ini Bundesrepublik Deutschland , IPA: [ˈbʊndəsʁepuˌbliːk ˈdɔʏtʃlant]),[2] ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah. Negara ini bersempadankan Laut Utara, Denmark dan Laut Baltik di utara; Poland dan Republik Czech di timur; Austria dan Switzerland di selatan; dan Perancis, Luxembourg, Belgium dan Belanda di barat. Negara ini memiliki keluasan sekitar 357,021 km² dan mengalami iklim sederhana bermusim. Dengan lebih 82 juta penduduk, jumlah ini merupakan yang terbesar di dalam Kesatuan Eropah selain kumpulan pendatang antarabangsa ketiga terbesar.[3]

Rekod tentang Germania, iaitu sebuah kawasan yang dihuni oleh orang-orang Jermanik telah dicatatkan sebelum tahun 100 M. Bermula pada abad ke-10 pula, wilayah-wilayah Jerman telah membentuk tulang belakang Empayar Suci Rom yang bertahan sehingga tahun 1806. Ketika abad ke-16, kawasan di utara Jerman menjadi pusat pergerakan Reformasi Protestan. Sebagai sebuah negara bangsa zaman moden, ia kemudiannya disatukan ketika Perang Perancis-Prusia pada tahun 1871. Selepas Perang Dunia II, negara ini telah dipecahkan pula oleh kuasa-kuasa Barat. Akhirnya pada tahun 1990, Jerman Timur dan Jerman Barat telah disatukan semula.

Jerman Barat ialah negara pengasas Komuniti Eropah pada tahun 1957, yang kemudiannya menjadi Kesatuan Eropah pada tahun 1993. Negara ini adalah sebahagian daripada kawasan tanpa sempadan Schengen dan mula menggunakan matawang bersama Eropah, Euro pada tahun 1999. Jerman ialah sebuah republik persekutuan berparlimen yang mengandungi 16 buah negeri bersekutu. Ibu negara dan kota raya terbesar ialah Berlin. Jerman turut menganggotai PBB, NATO, G8 dan telah menandatangani Protokol Kyoto. Ia merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia mengikut KDNK dan pengeksport barang dagangan terbesar pada tahun 2007. Berdasarkan nilai mutlak, Jerman memperuntukkan bantuan pembangunan kedua terbesar di dunia,[4] manakala perbelanjaan ketenteraannya berada di kedudukan keenam.[5] Negara ini telah berjaya membangunkan gaya hidup yang tinggi dan menubuhkan satu sistem keselamatan sosial yang menyeluruh. Ia memegang kedudukan penting dalam hal-ehwal Eropah dan mengekalkan kerjasama erat pelbagai peringkat di pentas dunia.[6] Di samping itu, Jerman turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.[7]

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Jerman

Puak-puak Jermanik

Asal-usul orang-orang Jermanik dikatakan bermula sewaktu Zaman Gangsa atau sekurang-kurangnya ketika Zaman Besi sebelum era orang-orang Rom. Dari selatan Scandinavia dan utara Jerman, puak-puak ini mula berkembang ke selatan, timur dan barat pada abad pertama SM dan membuat perhubungan dengan puak Celt di Gaul selain orang-orang Iran serta puak-puak Balt dan Slav di Eropah Timur. Sumber sejarah berkenaan puak ini hampir kesemuanya berasal daripada rekod Empayar Rom.[8]

Perkembangan puak-puak Jermanik sekitar tahun-tahun 750 SM – 1 M.

Di bawah pemerintahan Augustus, Jeneral Rom bernama Publius Quinctilius Varus mula menakluk Germania (nama yang digunakan oleh orang-orang Rom untuk merujuk kawasan yang bermula dari Sungai Rhine hingga ke Pergunungan Ural). Daripada pertembungan sebeginilah puak-puak Jermanik ini mempelajari taktik-taktik perang orang Rom sambil mengekalkan identiti puak mereka. Pada tahun 9 M, tiga legion Romawi yang dipimpin oleh Varus telah dikalahkan oleh pemimpin Cheruscan bernama Arminius di Perang Hutan Teutoburg. Jerman Moden, sehingga Sungai Rhine dan Sungai Danube, terus kekal di luar kawalan Empayar Rom. Menjelang tahun 100 M, puak-puak ini mula menetap sepanjang Sungai Rhine dan Danube, menghuni kebanyakan kawasan yang kini adalah negara Jerman. Abad ke-3 menyaksikan kemunculan beberapa puak Jermanik Barat seperti Alamanni, Frank, Chatti, Saxon, Frisia, Sicambri dan Thuringia. Sekitar 260 M, mereka memecahkan Limes dan kubu sempadan di Sungai Danube untuk mencereboh ke dalam kawasan di bawah kawalan Rom.[9]

Empayar Rom Suci (962–1806)

Putera-Pemilih Empayar Rom Suci di dalam naskhah kulit dari tahun 1341.

Empayar zaman pertengahan ini terhasil melalui pembahagian Empayar Carolingia pada tahun 843, yang diasaskan oleh Charlemagne pada 25 Disember 800 dan wujud dalam bentuk yang berbeza-beza sehingga tahun 1806, dengan wilayahnya merangkumi Sungai Eider di utara hingga pantai Mediterranean di selatan. Seringkali dirujuk sebagai Empayar Rom Suci (atau Empayar Lama), ia secara rasminya digelar Empayar Rom Suci Bangsa Jerman (Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ) bermula pada tahun 1448 bagi menyesuaikan gelaran itu dengan wilayahnya yang telah dikurangkan.

Di bawah maharaja-maharaja Dinasti Ottonia (919-1024), wilayah-wilayah seperti Lorraine, Saxony, Franconia, Swabia, Thuringia dan Bavaria telah disatukan dan raja Jerman di wilayah-wilayah ini dimahkotakan sebagai Maharaja Rom Suci pada tahun 962. Di bawah pemerintahan maharaja-maharaja Dinasti Salia (1024-1125), Empayar Rom Suci menyerap utara Itali dan Burgundy, walaupun maharaja-maharaja ini kehilangan kuasa melalui Kontroversi Pertabalan. Di bawah pemerintahan maharaja-maharaja Dinasti Hohenstaufen (1138-1254) pula, putera-putera Jerman meningkatkan pengaruh mereka ke selatan dan timur hingga ke wilayah-wilayah yang dihuni oleh orang-orang Slav. Bandar-bandar di utara Jerman pula berkembang makmur sebagai ahli di dalam Liga Hansa.

Martin Luther, (1483–1546) pencetus gerakan Reformasi Protestan.

Titah-perintah Paus melalui Mohor Emas pada tahun 1356 menyediakan perlembagaan asas bagi empayar ini yang bertahan hingga ke pembubarannya. Ia menyenaraikan peraturan bagi pemilihan maharaja oleh tujuh orang putera-pemilih yang memerintah sebahagian besar wilayah yang berpengaruh di dalam empayar ini. Bermula pada abad ke-15, maharaja-maharaja telah dipilih secara eksklusif dari kalangan Dinasti Habsburg dari Austria.

Paderi Martin Luther telah menerbitkan 95 Dalil-dalil pada tahun 1517 yang mencabar amalan-amalan Gereja Katolik Rom, sekaligus mencetuskan pergerakan Reformasi Protestan. Sebuah gereja Lutheran yang terpisah menjadi agama rasmi di beberapa negeri Jerman selepas tahun 1530. Perbalahan keagamaan ini terus memuncak sehingga membawa kepada Peperangan 30 Tahun (1618-1648) yang memusnahkan banyak tempat di seluruh wilayah Jerman.[10] Jumlah penduduk di negeri-negeri ini jatuh mendadak sebanyak 30%.[11] Perdamaian Westfalen (1648) mengakhiri konflik keagamaan ini tetapi empayar secara nyata (de facto) dibahagikan kepada beberapa wilayah bebas. Dari tahun 1740 dan seterusnya, sifat keduaan di antara Kerajaan Austro-Habsburg dan Prusia menguasai sejarah Jerman. Pada tahun 1806, Imperium dicerobohi dan dibubarkan hasil Peperangan Napoleon.[12]

Pemulihan dan Revolusi (1814–1871)

Parlimen Frankfurt pada tahun 1848.

Berikutan kejatuhan Napoleon Bonaparte, Kongres Vienna bersidang pada tahun 1814 dan menubuhkan Gabungan Jerman (Deutscher Bund), iaitu sebuah liga yang agak longgar yang menghimpunkan 39 negeri-negeri yang berdaulat. Perselisihan faham berkenaan politik pemulihan membawa kepada kebangkitan pergerakan liberal, yang menuntut perpaduan dan kebebasan. Hal ini dibalas dengan langkah-langkah baru yang menindas yang diketengahkan oleh seorang negarawan dari Austria yang bernama Klemens Wenzel von Metternich. Zollverein, iaitu penyatuan tarif jual beli, seterusnya berhasil meneguhkan perpaduan dari segi ekonomi di negeri-negeri Jerman. Ketika ini jugalah, ramai orang-orang Jerman dirangsang oleh idea-diea Revolusi Perancis dan semangat kebangsaan pula menjadi daya penggerak yang penting, teutamanya di kalangan intelektual. Buat pertama kalinya warna hitam, merah dan emas dipilih bagi mewakili pergerakan ini, yang kemudiannya menjadi warna-warna kebangsaan Jerman.[13]

Dipengaruhi beberapa pergerakan revolusi di Eropah yang berjaya menubuhkan sebuah Republik di Perancis, para intelektual dan orang-orang awam memulakan Revolusi-revolusi 1848 di negeri-negeri Jerman. Raja-raja pada mulanya cuba memenuhi tuntutan pergerakan ini. Raja Frederick William IV dari Prusia ditawarkan gelaran maharaja tetapi dengan kuasa yang dikurangkan. Baginda menolak mahkota tersebut dan perlembagaan yang dicadangkan, membawa kepada halangan sebentar bagi gerakan revolusi ini. Perbalahan di antara Raja William I dari Prusia dan parlimen yang semakin liberal tercetus kerana pembaharuan cuba dilakukan ke atas pihak tentera pada tahun 1862 dan tindakan raja melantik Otto von Bismarck sebagai Perdana Menteri Prusia yang baru. Beliau berjaya melancarkan perang ke atas Denmark pada tahun 1864. Kemenangan ini, iaitu dua tahun selepas perang bermula, membolehkan beliau menubuhkan Persekutuan Jerman Utara (Norddeutscher Bund) sekaligus mengenepikan Austria, yang dulunya merupakan negeri Jerman yang berpengaruh besar, di dalam hal-ehwal saki-baki negara Jerman yang tinggal.

Empayar Jerman (1871–1918)

Penubuhan Jerman moden di Versailles, Perancis pada tahun 1871. Bismarck di tengah-tengah berpakaian pakaian seragam berwarna putih.

Negara yang kini dikenali sebagai Jerman telah disatukan sebagai sebuah negara bangsa yang moden pada tahun 1871 apabila Empayar Jerman dibentuk dengan Prusia sebagai ahlinya yang terbesar. Selepas kekalahan Perancis di Perang Perancis-Prusia, Empayar Jerman dimasyhurkan di Istana Versailles pada 18 Januari 1871. Dinasti Hohenzollern dari Prusia memerintah empayar baru ini dengan Berlin sebagai ibu negaranya. Empayar ini menyatukan bahagian-bahagian Jerman yang bertaburan di Eropah Tengah kecuali Austria ( atau Jerman kecil). Bermula pada tahun 1884, Jerman mula menubuhkan beberapa koloni di luar Eropah.

Sewaktu Era Pengasas ( Gründerzeit) yang menyusur selepas penyatuan Jerman, Maharaja William I melancarkan dasar luar negara yang mengukuhkan kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa besar dengan memeterai pakatan sekutu, yang memulaukan Perancis melalui kaedah diplomatik dan menghindari perang. Namun di bawah pemerintahan William II, Jerman, seperti juga kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya, mengambil langkah-langkah imperialistik yang membawa kepada pergeseran dengan negara-negara jirannya. Kebanyakan negara sekutu mula meminggirkannya dengan tidak membaharui pakatan lama dan pakatan-pakatan baru tidak melibatkannya. Lebih khusus lagi ialah kejayaan Perancis menubuhkan hubungan baru melalui Entente Cordiale dengan United Kingdom selain dengan Empayar Rusia. Melainkan hubungannya dengan Kerajaan Austro-Hungary, Jerman menjadi semakin terpinggir.

Empayar Jerman (1871–1918), dengan Kerajaan Prusia (biru) sebagai ahli terbesar.

Penjajahan Jerman di luar Eropah lebih tertumpu kepada Afrika sebagaimana kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya. Persidangan Berlin pada tahun 1884 membahagi-bahagikan Afrika di kalangan kuasa-kuasa Eropah. Jerman memiliki beberapa bahagian di Afrika yang merangkumi Afrika Timur Jerman, Afrika Barat Daya, Togo dan Cameroon. Perebutan Afrika ini menyebabkan tekanan di antara kuasa-kuasa besar yang mungkin menyumbang kepada keadaan-keadaan yang menyebabkan Perang Dunia I.

Pembunuhan Putera Mahkota Austria pada 28 Jun 1914 mencetuskan Perang Dunia I. Jerman, sebagai sebahagian daripada Kuasa Tengah, mengalami kekalahan di tangan Kuasa-kuasa Sekutu di dalam salah satu perbalahan terburuk sepanjang zaman. Revolusi Jerman tercetus pada bulan November 1918 yang memaksa Maharaja William II dan semua putera-putera pemerintah di Jerman turun takhta. Gencatan senjata yang mengakhiri peperangan dipersetujui pada 11 November dan Jerman dipaksa menerima syarat-syarat Persetiaan Versailles pada bulan Jun 1919. Rundingannya, yang berlawanan dengan amalan tradisi diplomasi pasca-perang, langsung tidak melibatkan Kuasa Tengah yang kalah. Perjanjian ini dianggap di Jerman sebagai sambungan memalukan perang sebelumnya, yang dilakukan dengan kaedah-kaedah lain dan kekerasannya sering dikaitkan dengan kebangkitan fahaman Nazi di negara ini.[14]

Republik Weimar (1919–1933)

Selepas kejayaan Revolusi Jerman pada bulan November 1918, sebuah republik diisytiharkan. Perlembagaan Weimar berkuatkuasa setelah ditandatangani oleh Presiden Friedrich Ebert pada 11 Ogos 1919. Parti Komunis Jerman ditubuhkan oleh Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht pada tahun 1918 manakala Parti Pekerja Jerman, kemudiannya dikenali sebagai Parti Pekerja Sosialistik Kebangsaan Jerman atau Parti Nazi, pula ditubukan pada bulan Januari 1919.

Menderita akibat Zaman Meleset, syarat-syarat Persetiaan Versailles yang agak keras dan kerajaan tidak stabil yang silih berganti menyebabkan khalayak umum di Jerman semakin tidak menghiraukan sistem politik demokrasi berparlimen. Hal ini diburukkan lagi dengan tersebarnya mitos politik sayap kanan Dolchstoßlegende, yang menyatakan bahawa Jerman kalah pada Perang Dunia I kerana Revolusi Jerman, dan bukanlah kerana kalah di medan perang. Di sebelah sayap kiri pula, pergerakan komunis seperti Liga Spartacus, mahu memansuhkan sistem yang mereka anggap sebagai "pemerintahan kapitalis" dengan sistem komunisme majlis yang dipanggil "Räterepublik". Kumpulan separa tentera ditubuhkan oleh beberapa parti dan pembunuhan bermotifkan politik berleluasa. Kumpulan separa tentera ini menakut-nakutkan pengundi dan mencambahkan keganasan dan kemarahan di kalangan khalayak umum, yang menempuh kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi. Selepas beberapa siri kabinet kecundang, Presiden Paul von Hindenburg, yang tiada pilihan lain selain yang diajukan oleh penasihat-penasihatnya yang rata-rata dari parti sayap kanan, melantik Adolf Hitler sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933.

Empayar Ketiga (1933–1945)

Pada 27 Februari 1933, bangunan Reichstag mengalami kebakaran. Melalui dikri kecemasan, beberapa hak asasi demokrasi kemudiannya dibatalkan dengan serta-merta. Sebuah Akta Pengkuasaan memberi kerajaan pimpinan Hitler kuasa penuh perundangan. Hanya Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) sahaja yang membangkang akta ini manakala Parti Komunis tidak boleh hadir untuk membangkang kerana kebanyakan wakil-wakilnya telah dibunuh atau dipenjarakan.[15][16] Sebuah negara totalitarian berpusat ditubuhkan melalui beberapa siri tindakan dan dikri yang menjadikan Jerman sebuah negara satu parti. Perusahaan dikawal ketat dengan pelbagai kuota dan keperluan bagi menganjak ekonomi ke arah pengeluaran berasaskan keperluan perang. Pada tahun 1936, tentera Jerman memasuki kawasan cegah senjata Rheinland dan dasar beralah yang dibawakan oleh Perdana Menteri United Kingdom Neville Chamberlain ternyata tidak cukup untuk mengekang kemaraan tentera Jerman. Kejayaan itu memberanikan Hitler melancarkan dasar peluasan kuasa pada tahun 1938 bagi menubuhkan Jerman Raya. Bagi mengelakkan peperangan dari dua arah, Hitler memeterai Pakatan Molotov-Ribbentrop dengan Kesatuan Soviet.

Pada tahun 1939, akibat percambahan tekanan daripada semangat kebangsaan, ketenteraan dan isu-isu kewilayahan membawa kepada serangan kilat oleh Jerman ke atas Poland, yang diikuti dua hari kemudiannya dengan pengisytiharan perang oleh Britain dan Perancis, sekaligus menandakan bermulanya Perang Dunia II. Jerman kemudiannya mencapai kawalan secara langsung mahupun tidak langsung ke atas sebahagian besar benua Eropah.

Runtuhan perang di Berlin selepas Perang Dunia II, Postdamer Platz 1945.

Pada 22 Jun 1941, Hitler melanggar pakatan dengan Kesatuan Soviet dengan pembukaan barisan timur dan penaklukan ke atas Kesatuan Soviet. Sejurus selepas Empayar Jepun melancarkan serangan ke atas markas Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat. Walaupun tentera Jerman pada mulanya mara dengan pantas ke dalam wilayah Kesatuan Soviet, Perang Stalingrad menandakan titik peralihan penting peperangan ini. Berikutan dengan itu, tentera Jerman terpaksa menarik diri ke barisan timur. Perang Normandy pula menjadi titik peralihan di barisan barat, apabila tentera sekutu mendarat di pantai Normandy dan mara dengan pantas ke dalam wilayah Jerman. Pada 8 Mei 1945, angkatan tentera Jerman menyerah kalah apabila Tentera Merah menakluki Berlin.

Rejim Empayar Ketiga ini, telah melaksanakan dasar-dasar yang secara langsung menindas sebahagian daripada ahli masyarakat termasuklah orang-orang Yahudi, Komunis, Roma, golongan homoseksual, freemason, pembangkang, paderi, pendakwah dan orang kurang upaya. Penindasan di zaman Nazi ini, yang kemudiannya dikenali sebagai Holokus, telah mengakibatkan pembunuhan sehingga lebih 11 juta orang, termasuk 6 juta orang Yahudi dan 3 juta rakyat Poland. Perang Dunia II dan pembunuhan beramai-ramai Nazi ini menyebabkan korban nyawa sebanyak 35 juta di seluruh Eropah.

Pembahagian dan Penyatuan semula (Sejak 1945)

Selepas tahun 1949, dua buah negara Jerman termasuk kota Berlin yang dibahagi dua terbentuk menurut zon pendudukan Pihak Berikat. Jerman Barat dibentuk daripada zon-zon yang ditadbir oleh Amerika Syarikat, Britian dan Perancis. Jerman Timur dibentuk daripada kawasan yang ditadbir oleh Kesatuan Soviet.

Peperangan telah menyebabkan jumlah kematian sekitar 10 juta orang tentera dan orang awam. Jerman kemudiannya menanggung kehilangan wilayah yang besar. Sebanyak 15 juta orang berketurunan Jerman yang tinggal kebanyakannya di bekas wilayahnya di timur (dan negara-negara lain) pula diusir keluar. Jerman turut mengalami kemusnahan teruk di banyak bandar-bandar utamanya. Wilayah kebangsaan yang tinggal dan kota Berlin dibahagi oleh Pihak Berikat kepada empat zon pendudukan tentera.

Sektor-sektor yang dikawal oleh Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat kemudiannya bergabung pada 23 Mei 1949 bagi membentuk Republik Persekutuan Jerman, manakala pada 7 Oktober 1949, kawasan ditadbir Kesatuan Soviet pula membentuk Republik Demokratik Jerman. Kedua-dua negara ini dikenali secari tidak rasmi sebagai "Jerman Barat" dan "Jerman Timur", manakala dua bahagian kota Berlin dikenali sebagai "Berlin Barat" dan "Berlin Timur". Ibu negara kedua-duanya pula ialah masing-masing Bonn dan Berlin Timur. Namun begitu, Bonn hanya diisytihar sebagai ibu negara sementara.[17] bagi menekankan pendirian kerajaannya bahawa kewujudan dua negara itu hanyalah sementara dan akan disatukan semula pada kemudian hari.

Jerman Barat seterusnya menubuhkan republik persekutuan berparlimen dengan " ekonomi pasaran sosial" dan bersekutu dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Negara ini kemudiannya menikmati pertumbuhan ekonomi yang panjang sekitar dekad 1950-an ( Wirtschaftswunder) dan menyertai NATO pada tahun 1955 selain turut membentuk Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) pada tahun 1958.

Jerman Timur pula menjadi anggota Blok Timur di bawah kawalan politik dan ketenteraan KRSS melalui tenteranya dan Pakatan Warsaw. Sedang ia mengaku sebagai sebuah demokrasi, kuasa politik sebenarnya dipegang oleh ahli-ahli tertinggi (" Politbüro") Parti Perpaduan Sosialis Jerman (SED) yang berfahaman komunis. Kuasa mereka dijamin melalui Stasi, polis cawangan khas yang besar saiznya dan beberapa pertubuhan di bawah SED yang mengawal semua aspek kehidupan masyarakat. Sebagai balasan, keperluan asas penduduk dipenuhi oleh pemerintah dengan harga yang rendah. Negara ini mengamalkan ekonomi terancang ala-Soviet dan kemudiannya menyertai Comecon. Pada masa yang sama, pemerintah memainkan propaganda dengan menonjolkan faedah program sosial di bawah pemerintahannya selain menuduh Jerman Barat berulang kali cuba menaklukinya. Di sebalik propaganda ini, kebanyakan warganya masih "memandang ke barat" bagi kebebasan berpolitik dan kemakmuran ekonomi.[18] Tembok Berlin yang dibina pada tahun 1961 bagi menghalang warga Jerman Timur daripada melarikan diri ke Jerman Barat kemudiannya menjadi simbol Perang Dingin.

Ketegangan hubungan di antara Jerman Timur dan Barat menjadi seakan-akan reda pada awal dekad 1970-an melalui Ostpolitik yang dibawakan oleh Canselor Willy Brandt. Dasarnya itu termasuklah penerimaan de facto kehilangan wilayah-wilayah Jerman sewaktu Perang Dunia II.

Tembok Berlin di hadapan Gerbang Brandenburg sejurus selepas pembukaanya pada tahun 1989.

Setelah menempuhi penghijrahan besar-besaran warga Jerman Timur ke Jerman Barat melalui Hungary dan tunjuk perasan besar-besaran ketika musim panas tahun 1989, penguasa-penguasa Jerman Timur dengan tanpa disangka-sangka melonggarkan kawalan sempadan pada bulan November yang membenarkan warganya masuk ke Jerman Barat. Dasar yang pada asalnya dilakukan sebagai "tolok tekanan" bagi mengekalkan Jerman Timur sebagai sebuah negara, sebenarnya mempercepatkan proses pembaharuan , yang akhirnya ditamatkan dengan Perjanjian Dua Tambah Empat pada 12 September 1990 dan Penyatuan Semula Jerman pada 3 Oktober 1990. Di bawah perjanjian ini, keempat-empat kuasa pendudukan melepaskan hak mereka di bawah "Surat Cara Penyerahan" dan Jerman memperoleh semula kedaulatannya. Melalui Akta Bonn-Berlin yang diluluskan parlimen pada 10 Mac 1994, Berlin dipilih sebagai ibu negara Jerman yang bersatu manakala Bonn diikitiraf sebagai bandar raya persekutuan (Bundesstadt) dengan mengekalkan beberapa kementerian.[19] Perpindahan kerajaan ke Berlin diselesaikan pada tahun 1999.

Sejak penyatuan semula, Jerman telah mengambil peranan penting di dalam Kesatuan Eropah dan NATO. Jerman menghantar tentera pengaman bagi menjamin kestabilan di Balkan dan tentera persekutuannya ke Afghanistan sebagai sebahagian daripada usaha NATO menjamin keselamatan di negara ini selepas penggulingan Taliban.[20] Kerahan tentera ini adalah sangat kontroversi, kerana Jerman, yang diikat oleh undang-undang selepas perang, hanya boleh mengerah tenteranya bagi tujuan pertahanan negara sahaja, Kerahan tentera di wilayah asing dianggap sebagai tidak termasuk di dalam peruntukan pertahanan tersebut. Namun, undian di parlimen terhadap isu berkenaan secara langsung membenarkan penglibatannya dalam usaha-usaha pengaman.

Bahasa lain
Acèh: Jeureuman
адыгабзэ: Германие
Адыгэбзэ: Джэрмэн
Afrikaans: Duitsland
Akan: Germany
Alemannisch: Deutschland
አማርኛ: ጀርመን
Ænglisc: Þēodscland
العربية: ألمانيا
aragonés: Alemanya
ܐܪܡܝܐ: ܓܪܡܢ
armãneashti: Ghermãnia
arpetan: Alemagne
asturianu: Alemaña
Avañe'ẽ: Alemáña
авар: Герман
Aymar aru: Alimaña
azərbaycanca: Almaniya
تۆرکجه: آلمان
Bahasa Indonesia: Jerman
bamanankan: Alimaɲi
বাংলা: জার্মানি
Bân-lâm-gú: Tek-kok
Basa Banyumasan: Jerman
Basa Jawa: Jérman
Basa Sunda: Jérman
башҡортса: Германия
Baso Minangkabau: Jerman
беларуская: Германія
беларуская (тарашкевіца)‎: Нямеччына
भोजपुरी: जर्मनी
Bikol Central: Alemanya
Bislama: Jemani
Boarisch: Deitschland
བོད་ཡིག: འཇར་མན།
bosanski: Njemačka
brezhoneg: Alamagn
ᨅᨔ ᨕᨘᨁᨗ: Jerman
български: Германия
буряад: Германи
català: Alemanya
Cebuano: Alemanya
Чӑвашла: Германи
čeština: Německo
Chamoru: Alemaña
Chavacano de Zamboanga: Alemania
Chi-Chewa: Germany
chiShona: Germany
chiTumbuka: Germany
corsu: Germania
Cymraeg: Yr Almaen
dansk: Tyskland
davvisámegiella: Duiska
Deitsch: Deitschland
Deutsch: Deutschland
ދިވެހިބަސް: ޖަރުމަނުވިލާތް
dolnoserbski: Nimska
Dorerin Naoero: Djermani
ཇོང་ཁ: ཇཱར་མ་ནི
eesti: Saksamaa
Ελληνικά: Γερμανία
emiliàn e rumagnòl: Germâgna
English: Germany
español: Alemania
Esperanto: Germanio
estremeñu: Alemaña
euskara: Alemania
eʋegbe: Germany
فارسی: آلمان
Fiji Hindi: Germany
føroyskt: Týskland
français: Allemagne
Frysk: Dútslân
Fulfulde: Almaanya
furlan: Gjermanie
Gaeilge: An Ghearmáin
Gagana Samoa: Siamani
Gagauz: Germaniya
Gàidhlig: A' Ghearmailt
galego: Alemaña
贛語: 德國
Gĩkũyũ: Njĩrĩmani
گیلکی: آلمان
ગુજરાતી: જર્મની
𐌲𐌿𐍄𐌹𐍃𐌺: 𐌲𐌰𐌹𐍂𐌼𐌰𐌽𐌾𐌰
गोंयची कोंकणी / Gõychi Konknni: जर्मनी
客家語/Hak-kâ-ngî: Tet-koet
한국어: 독일
Hausa: Jamus
Hawaiʻi: Kelemānia
Հայերեն: Գերմանիա
हिन्दी: जर्मनी
hornjoserbsce: Němska
hrvatski: Njemačka
Igbo: Jémanị
Ilokano: Alemania
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: জার্মানি
interlingua: Germania
Interlingue: Germania
ᐃᓄᒃᑎᑐᑦ/inuktitut: ᔮᒪᓂ
Ирон: Герман
isiXhosa: IJamani
isiZulu: IJalimani
íslenska: Þýskaland
italiano: Germania
עברית: גרמניה
kalaallisut: Tyskit Nunaat
ಕನ್ನಡ: ಜರ್ಮನಿ
Kapampangan: Alemanya
ქართული: გერმანია
kaszëbsczi: Miemieckô
қазақша: Германия
kernowek: Almayn
Kinyarwanda: Ubudage
Кыргызча: Германия
Kirundi: Ubudage
Kiswahili: Ujerumani
Kongo: Alemanyi
Kreyòl ayisyen: Almay
kurdî: Almanya
Ladino: Almania
лезги: Германия
Latina: Germania
لۊری شومالی: آلمان
latgaļu: Vuoceja
latviešu: Vācija
Lëtzebuergesch: Däitschland
lietuvių: Vokietija
Ligure: Germania
Limburgs: Duitsland
lingála: Alémani
Livvinkarjala: Germuanii
la .lojban.: dotygu'e
Luganda: Girimane
lumbaart: Germania
मैथिली: जर्मनी
македонски: Германија
Malagasy: Alemaina
മലയാളം: ജർമ്മനി
къарачай-малкъар: Германия
Malti: Ġermanja
Māori: Tiamana
मराठी: जर्मनी
მარგალური: გერმანია
مصرى: المانيا
مازِرونی: آلمان
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Dáik-guók
Mirandés: Almanha
Перем Коми: Немечму
монгол: Герман
မြန်မာဘာသာ: ဂျာမနီနိုင်ငံ
Nāhuatl: Alemania
Na Vosa Vakaviti: Jamani
Nederlands: Duitsland
Nedersaksies: Duutslaand
नेपाली: जर्मनी
नेपाल भाषा: जर्मनी
日本語: ドイツ
Napulitano: Germania
нохчийн: Германи
Nordfriisk: Tjüschlönj
Norfuk / Pitkern: Doichland
norsk: Tyskland
norsk nynorsk: Tyskland
Nouormand: Allemangne
Novial: Germania
occitan: Alemanha
олык марий: Немыч Эл
ଓଡ଼ିଆ: ଜର୍ମାନୀ
Oromoo: Jarmanii
oʻzbekcha/ўзбекча: Germaniya
ਪੰਜਾਬੀ: ਜਰਮਨੀ
पालि: जर्मनी
Pälzisch: Deutschland
Pangasinan: Alemanya
پنجابی: جرمنی
Papiamentu: Alemania
پښتو: المان
Patois: Joermani
ភាសាខ្មែរ: អាល្លឺម៉ង់
Picard: Alemanne
Piemontèis: Almagna
Plattdüütsch: Düütschland
polski: Niemcy
Ποντιακά: Γερμανία
português: Alemanha
Qaraqalpaqsha: Germaniya
qırımtatarca: Almaniya
reo tahiti: Heremani
Ripoarisch: Dütschland
română: Germania
Romani: Jermaniya
rumantsch: Germania
Runa Simi: Alimanya
русский: Германия
русиньскый: Нїмецько
саха тыла: Германия
संस्कृतम्: शर्मण्यदेशः
sardu: Germania
Scots: Germany
Seeltersk: Düütsklound
Sesotho: Jeremane
Sesotho sa Leboa: Jeremane
shqip: Gjermania
sicilianu: Girmania
සිංහල: ජර්මනිය
Simple English: Germany
سنڌي: جرمني
SiSwati: IJalimane
slovenčina: Nemecko
slovenščina: Nemčija
словѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟ: Нѣмьци
ślůnski: Mjymcy
Soomaaliga: Jarmalka
کوردی: ئەڵمانیا
Sranantongo: Doysrikondre
српски / srpski: Њемачка
srpskohrvatski / српскохрватски: Njemačka
suomi: Saksa
svenska: Tyskland
Tagalog: Alemanya
தமிழ்: ஜெர்மனி
Taqbaylit: Lalman
tarandíne: Germanie
татарча/tatarça: Алмания
తెలుగు: జర్మనీ
tetun: Alemaña
Tiếng Việt: Đức
ትግርኛ: ጀርመን
тоҷикӣ: Олмон
Tok Pisin: Siamani
ᏣᎳᎩ: ᎠᏛᏥ
Tsetsêhestâhese: Ma'evé'ho'éno
ತುಳು: ಜರ್ಮನಿ
Türkçe: Almanya
Türkmençe: Germaniýa
Twi: Gyaaman
тыва дыл: Германия
удмурт: Германия
українська: Німеччина
اردو: جرمنی
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: گېرمانىيە
Vahcuengh: Dwzgoz
vèneto: Germania
vepsän kel’: Saksanma
Volapük: Deutän
Võro: S'aksamaa
walon: Almagne
文言: 德國
West-Vlams: Duutsland
Winaray: Alemanya
Wolof: Almaañ
吴语: 德国
Xitsonga: Jarimani
ייִדיש: דייטשלאנד
Yorùbá: Jẹ́mánì
粵語: 德國
Zazaki: Almanya
Zeêuws: Duutsland
žemaitėška: Vuokītėjė
中文: 德国
डोटेली: जर्मनी
ГӀалгӀай: Германи
Kabɩyɛ: Caama
Lingua Franca Nova: Deutxland