Itali
English: Italy

Republik Itali
ريڤوبليك إيطاليا

Repubblica italiana
Flag of Itali
: teks mempunyai penanda italik (<a  href=bantuan)  
Lagu Rakyat Itali
Lokasi  Itali  (dark green) – di Eropah  (green & dark grey) – di Kesatuan Eropah  (green)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Itali  (dark green)

– di Eropah  (green & dark grey)
– di Kesatuan Eropah  (green)  –  [Petunjuk]

Ibu kotaRom
Bandar terbesaribu negara
Bahasa rasmiItali[1]
PemerintahanRepublik berparlimen unitari
• Presiden
Sergio Mattarella
Giuseppe Conte
PerundanganParlimen
Senat Republik
Dewan Rakyat
Pembentukan
• Penyatuan
17 Mac 1861
• Republik
2 Jun 1946
Keluasan
• Jumlah
301,338 km2 (116,347 bt2) (ke-71)
• Air (%)
2.4
Populasi
• Anggaran 2016
60,589,445 [2] (ke-23)
• Kepadatan
201.3/km2 (521.4/sq mi) (ke-63)
KDNK (PPP)Anggaran 2018 
• Total
$2.399 trilion [3] (ke-12)
• Per kapita
$39,499[3] (ke-32)
KDNK (nominal)Anggaran 2018 
• Jumlah
2.181 trilion[4] (ke-8)
• Per kapita
$35,913[3] (ke-25)
Gini (2016)33.1[5]
rendah
HDI (2015) 0.887[6]
sangat tinggi · ke-26
Mata wangEuro (€)2 (EUR)
Zon masaUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan394
Internet TLD.it3
  1. Bahasa Perancis berkongsi taraf rasmi di Lembah Aosta; Bahasa Slovenia berkongsi taraf rasmi di wilayah Trieste dan wilayah Gorizia; Bahasa Jerman dan Bahasa Ladin berkongsi taraf rasmi di wilayah Bolzano-Bozen.
  2. Sebelum 2002, lira Itali. Euro diterima di Campione d'Italia, tetapi matawang rasmi di situ ialah franc Switzerland.[7]
  3. Domain .eu juga digunakan kerana dikongsi bersama negara-negara anggota Kesatuan Eropah yang lain.
  4. Untuk memanggil Campione d'Italia, perlunya mendail kod Switzerland (+41).

Itali (Bahasa Itali: Italia [iˈtaːlja]), nama rasmi: Republik Itali (Bahasa Itali: Repubblica italiana[note 1]), ialah sebuah negara yang terletak di Eropah selatan tengah. Itali bersempadan dengan Perancis, Switzerland, Austria dan Slovenia sepanjang pergunungan Alps di utara; di selatan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Itali, Sicily, Sardinia – dua pulau terbesar di Laut Mediterranean – dan banyak lagi pulau kecil. Negara-negara berdaulat San Marino dan Kota Vatikan merupakan enklaf dalam wilayah Itali, manakala Campione d'Italia merupakan eksklaf Itali di Switzerland. Wilayah Itali berkeluasan 301,338 km2 (116,347 bt2) dan dipengaruhi oleh iklim sederhana bermusim. Dengan 60.4 juta orang penduduk, Itali merupakan negara keenam paling ramai penduduk di Eropah, dan ke-23 teramai di dunia.

Rom, selaku ibu negara Itali, merupakan pusat politik tamadun Barat selama berabad-abad lamanya sebagai ibu kota Empayar Rom. Setelah kejatuhan empayar tersebut, Itali menahan serangan demi serangan daripada bangsa asing, baik puak-puak Germanik seperti Lombard dan Ostrogoth, mahupun Bizantium dan Norman, antara lainnya. Berabad-abad kemudian, Itali menjadi tempat kelahiran Zaman Pembaharuan (Renaissance),[8] sebuah pergerakan cendekiawan yang sangat berhasil dan terbukti penting dalam pembentukan hala tuju pemikiran Eropah pada zaman seterusnya.

Sepanjang sejarahnya pasca Empayar Rom, Itali terpecah-belah kepada berbilang negara dan negeri kota (seperti Kerajaan Sardinia, Kerajaan Dua Sicily dan Duchy Milan), tetapi akhirnya disatukan pada tahun 1861,[9] ekoran peristiwa pergolakan yang dikenali sebagai "Il Risorgimento" ("Kebangkitan Semula"). Mulai akhir abad ke-19, melepasi Perang Dunia Pertama hinggalah Perang Dunia Kedua, Itali memiliki sebuah empayar jajahan yang menjangkau Libya, Eritrea, Somalia, Habsyah, Albania, Rhodes, Dodecanese dan sebuah tanah konsesi di Tianjin, China.[10]

Negara Itali moden merupakan sebuah republik demokrasi yang menduduki tangga ke-23 negara termaju di dunia[11] dan juga tangga ke-10 Indeks Kualiti Hidup.[12] Itali menikmati taraf hidup yang amat memuaskan serta KDNK per kapita yang tinggi.[13][14] Itali merupakan negara pengasas pertubuhan yang kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah dan sebahagian Eurozone. Itali juga menganggotai pertubuhan G8, G20 dan NATO. Ia juga mencatat KNDK nominal ke-7 terbesar, KDNK (PPP) ke-10 terbesar[15] dan belanjawan kerajaan keenam terbesar di dunia.[16] Itali juga menganggotai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Pertubuhan Perdagangan Sedunia, Majlis Eropah, Kesatuan Eropah Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Itali mempunyai perbelanjaan pertahanan ke-9 terbanyak di dunia dan berkongsi senjata nuklear NATO.

Itali memainkan peranan penting dalam hal-ehwal ketenteraan, kebudayaan dan diplomasi Eropah dan global. Pengaruh politik, sosial dan ekonomi di Eropah menjadikannya sebuah kuasa serantau besar di samping United Kingdom, Perancis, Jerman dan Rusia.[17][18][19][20][21] Negara ini menikmati mutu pendidikan awam yang tinggi, tenaga kerja yang ramai,[22] serta tarafnya sebagai sebuah negara yang amat terglobal.[23]

Bahasa lain
Acèh: Itali
адыгабзэ: Италие
Адыгэбзэ: Италэ
Afrikaans: Italië
Akan: Italy
Alemannisch: Italien
አማርኛ: ጣልያን
Ænglisc: Italia
Аҧсшәа: Италиа
العربية: إيطاليا
aragonés: Italia
ܐܪܡܝܐ: ܐܝܛܠܝܐ
armãneashti: Italia
arpetan: Étalia
অসমীয়া: ইটালী
asturianu: Italia
Avañe'ẽ: Itália
авар: Италия
Aymar aru: Italiya
azərbaycanca: İtaliya
تۆرکجه: ایتالیا
Bahasa Indonesia: Italia
Bali: Italia
বাংলা: ইতালি
Bân-lâm-gú: Í-tāi-lī
Basa Banyumasan: Italia
Jawa: Itali
Sunda: Italia
башҡортса: Италия
Minangkabau: Italia
беларуская: Італія
беларуская (тарашкевіца)‎: Італія
भोजपुरी: इटली
Bikol Central: Italya
Bislama: Itali
Boarisch: Italien
བོད་ཡིག: ཨི་ཏ་ལི།
bosanski: Italija
brezhoneg: Italia
ᨅᨔ ᨕᨘᨁᨗ: Italia
български: Италия
буряад: Итали
català: Itàlia
Cebuano: Italya
Чӑвашла: Итали
čeština: Itálie
Chamoru: Italia
Chavacano de Zamboanga: Italia
Chi-Chewa: Italia
chiShona: Italy
chiTumbuka: Italy
corsu: Italia
Cymraeg: Yr Eidal
dansk: Italien
davvisámegiella: Itália
Deitsch: Idali
Deutsch: Italien
ދިވެހިބަސް: އިޓަލީވިލާތް
dolnoserbski: Italska
Dorerin Naoero: Itari
डोटेली: इटाली
ཇོང་ཁ: ཨྀཊ་ལི་
eesti: Itaalia
Ελληνικά: Ιταλία
emiliàn e rumagnòl: Itâglia
English: Italy
español: Italia
Esperanto: Italio
estremeñu: Italia
euskara: Italia
eʋegbe: Italy
فارسی: ایتالیا
Fiji Hindi: Italy
føroyskt: Italia
français: Italie
Frysk: Itaalje
Fulfulde: Italiya
furlan: Italie
Gaeilge: An Iodáil
Gaelg: Yn Iddaal
Gagana Samoa: Italia
Gagauz: İtaliya
Gàidhlig: An Eadailt
galego: Italia
ГӀалгӀай: Итали
贛語: 意大利
Gĩkũyũ: Itari
ગુજરાતી: ઈટલી
𐌲𐌿𐍄𐌹𐍃𐌺: 𐌹𐍄𐌰𐌻𐌾𐌰
गोंयची कोंकणी / Gõychi Konknni: इटली
客家語/Hak-kâ-ngî: Yi-thai-li
한국어: 이탈리아
Hausa: Italiya
Hawaiʻi: ʻĪkālia
հայերեն: Իտալիա
Արեւմտահայերէն: Իտալիա
हिन्दी: इटली
hornjoserbsce: Italska
hrvatski: Italija
Ido: Italia
Igbo: Italy
Ilokano: Italia
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: ইতালি
interlingua: Italia
Interlingue: Italia
ᐃᓄᒃᑎᑐᑦ/inuktitut: Italy
Ирон: Итали
isiXhosa: IItaly
isiZulu: ITaliya
íslenska: Ítalía
italiano: Italia
עברית: איטליה
Kabɩyɛ: Itaalii
kalaallisut: Italia
ಕನ್ನಡ: ಇಟಲಿ
Kapampangan: Italya
къарачай-малкъар: Италия
ქართული: იტალია
kaszëbsczi: Italskô
қазақша: Италия
kernowek: Itali
Kinyarwanda: Ubutaliyani
Кыргызча: Италия
Kirundi: Ubutariyano
Kiswahili: Italia
коми: Италия
Kongo: Italia
Kreyòl ayisyen: Itali
kurdî: Îtalya
Ladino: Italia
Latina: Italia
لۊری شومالی: ایتالٛیا
latgaļu: Italeja
latviešu: Itālija
Lëtzebuergesch: Italien
лезги: Италия
lietuvių: Italija
Ligure: Italia
Limburgs: Italië
lingála: Italya
Lingua Franca Nova: Italia
Livvinkarjala: Itualii
la .lojban.: italias
Luganda: Yitale
lumbaart: Itàlia
magyar: Olaszország
मैथिली: इटाली
македонски: Италија
Malagasy: Italia
മലയാളം: ഇറ്റലി
Malti: Italja
Māori: Itāria
मराठी: इटली
მარგალური: იტალია
مصرى: ايطاليا
مازِرونی: ایتالیا
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: É-dâi-lé
Mirandés: Eitália
мокшень: Италие
монгол: Итали
မြန်မာဘာသာ: အီတလီနိုင်ငံ
Nāhuatl: Italia
Na Vosa Vakaviti: Itali
Nederlands: Italië
Nedersaksies: Italiën
Nēhiyawēwin / ᓀᐦᐃᔭᐍᐏᐣ: ᐃᑕᓖ
नेपाली: इटाली
नेपाल भाषा: इटाली
日本語: イタリア
Napulitano: Italia
нохчийн: Итали
Nordfriisk: Itaalien
Norfuk / Pitkern: Italii
norsk: Italia
norsk nynorsk: Italia
Nouormand: Italie
Novial: Italia
occitan: Itàlia
олык марий: Италий
ଓଡ଼ିଆ: ଇଟାଲୀ
Oromoo: Xaaliyaanii
oʻzbekcha/ўзбекча: Italiya
ਪੰਜਾਬੀ: ਇਟਲੀ
पालि: इटली
Pälzisch: Italien
Pangasinan: Italia
پنجابی: اٹلی
Papiamentu: Italia
پښتو: اېټاليا
Patois: Itali
Перем Коми: Италья
ភាសាខ្មែរ: អ៊ីតាលី
Picard: Italie
Piemontèis: Italia
Plattdüütsch: Italien
polski: Włochy
Ποντιακά: Ιταλία
português: Itália
Qaraqalpaqsha: İtaliya
qırımtatarca: İtaliya
reo tahiti: ’Itāria
Ripoarisch: Italie
română: Italia
romani čhib: Italiya
rumantsch: Italia
Runa Simi: Italya
русский: Италия
русиньскый: Італія
саха тыла: Италия
ᱥᱟᱱᱛᱟᱲᱤ: ᱤᱴᱟᱞᱤ
संस्कृतम्: इटली
Sängö: Italùii
sardu: Itàlia
Scots: Italy
Seeltersk: Italien
Sesotho: Ithali
Sesotho sa Leboa: Italia
Setswana: Italia
shqip: Italia
sicilianu: Italia
සිංහල: ඉතාලිය
Simple English: Italy
سنڌي: اٽلي
SiSwati: INtaliyane
slovenčina: Taliansko
slovenščina: Italija
словѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟ: Їталїꙗ
ślůnski: Italijo
Soomaaliga: Talyaaniga
کوردی: ئیتالیا
Sranantongo: Italiyanikondre
српски / srpski: Италија
srpskohrvatski / српскохрватски: Italija
suomi: Italia
svenska: Italien
Tagalog: Italya
தமிழ்: இத்தாலி
Taqbaylit: Ṭelyan
tarandíne: Itaglie
татарча/tatarça: Италия
తెలుగు: ఇటలీ
tetun: Itália
Tiếng Việt: Ý
ትግርኛ: ጣልያን
тоҷикӣ: Итолиё
Tok Pisin: Itali
ᏣᎳᎩ: ᎢᏔᎵ
Tsetsêhestâhese: Italy
Tshivenda: Italy
ತುಳು: ಇಟಲಿ
Türkçe: İtalya
Türkmençe: Italiýa
Twi: Italy
тыва дыл: Италия
удмурт: Италия
українська: Італія
اردو: اطالیہ
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: ئىتالىيە
Vahcuengh: Eiqdaihleih
vèneto: Itałia
vepsän kel’: Italii
Volapük: Litaliyän
Võro: Itaalia
walon: Itåleye
文言: 義大利
West-Vlams: Itoalië
Winaray: Italya
Wolof: Itaali
吴语: 意大利
Xitsonga: Ithali
ייִדיש: איטאליע
Yorùbá: Itálíà
粵語: 意大利
Zazaki: İtalya
Zeêuws: Itâlië
žemaitėška: Italėjė
中文: 意大利