Iklan televisyen

Iklan televisyen ialah sebuah rancangan televisyen yang dibuat dan dibayar oleh sesebuah organisasi untuk menyampaikan mesej, biasanya untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Iklan televisyen pertama disiarkan di Amerika Syarikat pada tarikh 1 Julai 1941. Kini, banyak iklan yang disiarkan berbentuk iklan pendek selama beberapa saat sehingga beberapa minit (Ini termasuklah yang panjangnya sama dengan rancangan televisyen biasa yang biasanya berbentuk informersial). Pengiklanan cara ini digunakan untuk mempromosikan pelbagai produk, perkhidmatan dan idea. Ia juga digunakan untuk kempen pilihanraya di beberapa negara.

Bahasa lain