Ikan Pelaga

Ikan Pelaga
frames
Ikan pelaga jantan
Pengelasan saintifik

Ikan pelaga merupakan sejenis ikan air tawar yang dipelihara di dalam akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara.

Antara jenis ikan pelaga ialah Betta splendens (ikan pelaga siam), Betta imbellis (ikan mengkaring) dan Trichopsis vittata (ikan sempilai). Selain itu ikan pelaga juga dikenali dengan nama ikan laga.

  • penjagaan ikan pelaga

Penjagaan ikan pelaga

Air yang sesuai untuk ikan pelaga adalah air yang bebas klorin. Jika menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan pelaga.[perlu rujukan] Terdapat juga ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan pelaga. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor atau berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan pelaga. Ini kerana air-air ini mengandungi bakteria yang tidak sihat untuk ikan pelaga. Jika bekas akuarium atau balang ikan pelaga tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh.Ini kerana ikan pelaga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium.[perlu rujukan]

Makanan

Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan pelaga. Hal ini disebabkan ikan pelaga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga cerewet dalam pemakanan. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas dan koi tidak sesuai untuk ikan pelaga. Ikan pelaga boleh diberi makan jejentik nyamuk .

Pembersihan akuarium atau bekas ikan pelaga

Pembersihan akuarium untuk ikan pelaga dilakukan sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan pelaga dengan air panas atau suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan pelaga. Penambahan ubat anti-klorin diperlukan jika menggunakan air paip. Air yang telah ditukar haruslah sama suhunya dengan air lama. Ini adalah untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut pada ikan pelaga.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Bahasa lain
العربية: سمك الفايتر
azərbaycanca: Betta splendens
Bahasa Indonesia: Betta splendens
bosanski: Sijamski borac
Ελληνικά: Ψάρι μονομάχος
español: Betta splendens
français: Combattant
hornjoserbsce: Betta splendens
hrvatski: Sijamski borac
italiano: Betta splendens
ಕನ್ನಡ: ಕಾಳಗಮೀನು
မြန်မာဘာသာ: ဖိုက်တာ (ငါး)
Nederlands: Siamese kempvis
português: Betta splendens
Simple English: Betta splendens
slovenčina: Bojovnica pestrá
srpskohrvatski / српскохрватски: Sijamski borac
Tiếng Việt: Cá xiêm
中文: 泰國鬥魚